Friday, May 26, 2017

Cara Check NCD Kereta

Renew insurans/takaful kereta setahun sekali. Sebab buat hanya sekali, maka kerap kali berlaku masalah lupa. Apa yang selalu pemilik kereta lupa ?

1. Kelayakan NCD (Non Claim Discount) kereta
2.Syarikat insurans/kereta yang terakhir/terkini yang melindungi kereta

Jangan kalut-kalut. Sekarang NCD kereta, syarikat insurans/takaful kereta kita yang latest, semua boleh check online dekat;


Hanya perlu masukkan nombor plate kereta dan nombor kad pengenalan owner kereta.

Tadaa.....




Akan keluar semua detail berkenaan NCD dan syarikat insurans/takaful kereta yang terkini siap dengan tarikh-tarikh penting yang kita mungkin perlukan.

Senang je kan. Semua maklumat dihujung jari. Tapi bahayanya bila maklumat kita disalahguna oleh scammer-scammer, geng-geng nigga scammer sebagainya.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Bolehkah kita menerima manfaat dari insurans kovensional yang dibeli oleh majikan kita?

Soalan: Bolehkah kita menerima manfaat dari insurans kovensional yang dibeli oleh majikan kita?


 
Jawapan: Pembelian dan manfaat insurans konvensional itu bukan pilihan kita, ia adalah pilihan majikan kita dan kita cuma mendapat manfaat darinya.

Pulangan dari insurans konvensional ialah harta yang haram secara hukmi/li ghayrihi (sebab hukum/perbuatan).

Jika kita melanggan terus insurans konvensional, maka pulangannya adalah haram bagi kita.

Apabila majikan kita membeli insurans konvensional, hukum haramnya jatuh kepada majikan kita sahaja.

Dan apabila kita ditimpa kecelakaan, dan pihak syarikat insurans konvensional membayar manfaat terus kepada majikan kita, dan selepas itu baru diberikan manfaat kepada kita atau waris kita, maka kita tidak akan menanggung dosa haram akibat menerima manfaat daripada insurans konvensional.

Yakni hukumnya harus kita menerima manfaatnya

Walaubagaimana pun, kita disarankan supaya memilih majikan yang melanggan insurans takaful.

Tetapi jika sudah dicuba sedaya-upaya masih mendapat majikan yang melanggan insurans konvensional, hendaklah kita tidak redha dan terus-menerus menasihati majikan kita supaya melanggan takaful yang nyata harus.

Wallahu’alam

-petikan kuliah Lariba

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Pampasan Insurans Konvensional - Wang Tak Patuh Syariah

Sebarang bentuk pendapatan atau perolehan hasil daripada perbuatan atau transaksi yang bertentangan dengan hukum syarak adalah dikategorikan sebagai Wang Tidak Patuh Syariah.

Antara klasifikasi Wang Tidak Patuh Syariah yang abg nak hurai sikit adalah berkenaan dengan pampasan insurans konvensional. Haaaa... Pampasan insurans konvensional yang diterima adalah merupakan harta tak patuh syarak ya tuan puan semua.



Cara membersihkan harta tak patuh syarak bagi Pampasan Insurans Konvensional, diambil dari petikan kuliah Lariba.

Contoh, berlaku kematian orang yang diinsuranskan.

Jumlah pampasan RM200,000

Jumlah premium yang telah dibayar sepanjang hidup orang diinsuranskan, RM10,000. 

Maka diharuskan dibahagikan RM10,000 mengikut faraid

Baki pampasan polisi insurans konvensional, RM 190,000, tidak boleh diwarisi secara faraid dan wajib dilupuskan dengan diserahkan kepada pihak Baitulmal Majlis Agama Islam atau didermakan untuk tujuan kebajikan termasuklah kepada fakir dan miskin.

Kita telah ada alternatif perlindungan kewangan dan insurans yang menepati syariah iaitu Takaful.

Kenapa masih melanggan insurans konvensional yang muamalatnya tidak menepati syariah Islam ? Ha, kesian bayar premium bulan-bulan akhirnya harta tak patuh syarak tu tak boleh diwarisi oleh waris keluarga. Maka, marilah berhijrah dari insurans konvensional kepada takaful.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Thursday, May 25, 2017

Liberalisasi Insurans Kenderaan 1 Julai 2017

Liberalisasi tarif insurans kenderaan bermula 1 Julai 2017.



Sebelum liberalisasi tarif (sebelum 1 Julai), premium insurans kenderaan ditetapkan (fixed tariff) berdasarkan;

1. CC kenderaan
2. Model Kenderaan
3. Umur kenderaan
4. Ncd maksima 55%

Boleh tengok video Etiqa Takaful pasal liberalisasi kat sini [Klik Sini]

Bermula 1 Julai, syarikat insurans kenakan premium kenderaan melalui profil risiko pemandu kenderaan dengan menilai aspek seperti;

1. Sikap pemandu (kesalahan trafik, langgar lampu merah, masuk simpang tak bagi signal dan lain-lain)
2. Jadual penyelenggaraan kereta oleh pemandu kenderaan
3. Anti theft sistem yang dipasang pada kenderaan
4. Tempat meletak kenderaan
5. Ncd maksima dikekalkan 55%


Makanya selepas 1 Julai ini, setiap syarikat insurans akan caj premium yang berbeza dan coverage yang berbeza berdasarkan 'risk profile' pemandu dan kenderaan yang nak diinsuranskan.

Ini apa yang abg faham pasal liberalisasi.

So apa komen korang pasal liberalisasi ni?

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Checklist Ramadhan Tahun 2017

Alhamdulillah, Ramadhan semakin hampir dan kita diberi peluang untuk bertemu dengan Ramadhan tahun ni, Syukur pada Allah kerana nikmat usia dan umur yang panjang Allah bagi pada kita.

Setiap tahun ramai antara kita berazam untuk menjadikan Ramadhan kali ini menjadi bulan ibadah yang lebih baik daripada Ramadhan sebelum-sebelumnya. Termasuklah abg, tiap tahun berazam nak buat ibadah lagi banyak.

Tapi....

Macam mana nak pastikan Ramadhan tahun ni lebih baik daripada Ramadhan yang lepas ?

Since tahun 2013 abg guna checklist harian. Supaya end of the day, boleh review balik apa yang dah dibuat sepanjang Ramadhan. Habis Ramadhan bila review balik checklist, tengok apa yang dah buat sepanjang Ramadhan, boleh menangis beb.

Menangis bukan sebab seronok nak beraya, tapi menangis sebab banyak rompong dan melepaskan bulan Ramadhan dengan sia-sia. Sibuk ke bazar, sibuk ke mall cari persiapan raya, sibuk dengan dunia.

Astafirullahalazim. Moga Allah ampunkan dosa-dosa kita dan moga Allah berikan kita hidayah agar kita dapat mencapai azam kita untuk memanfaatkan bulan Ramadhan kali ini.


Boleh download, print out dan share dengan orang lain.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Tuesday, May 16, 2017

Kenapa Baby Perlu Ambil Medical Card Seawal Kelahiran ?

Kebanyakan ibu bapa tidak menyedari bahawa baby mudah dijangkiti oleh pelbagai penyakit antaranya bronchitis, bronchiolitis dan demam panas .

Asma juga merupakan penyakit yang sangat berisiko mampu menyerang baby. Hanya bermula dengan bayi terkena selsema pada permulaannya kemudian keadaan menjadi serius sehingga membawa kepada asma.


Baby turut mudah dijangkiti demam panas dan jika dibiarkan tanpa rawatan kemungkinan boleh terkena sawan apabila suhu badan mendadak naik tanpa disedari oleh penjaga dan ibu bapa.

Sekiranya perkara di atas TELAH atau PERNAH terjadi kepada baby, kemudian baru nak mohon takaful medical card, maka pemohonan kemungkinan diterima tetapi dengan pengecualian untuk penyakit yang pernah dihidap (exclusion clause).

Ingat pelbagai penyakit lain juga berpotensi menyerang bayi, ketika kecil, kerana sistem imunisasi mereka masih di tahap yang belum kuat.


Kes HFMD, chicken pox, macam-macam sakit mudah menyerang baby.


Dah sediakan takaful medical card untuk baby ?


✔ Baby diterima masuk ke 102 buah hospital pakar/swasta
✔ Bil rawatan hospital baby ditanggung
✔ Kos doktor pakar tidak lagi jadi masalah

Klik link untuk pelan takaful baby
http://babytakaful.wasap.myhttp://babytakaful.wasap.myhttp://babytakaful.wasap.my

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Monday, May 15, 2017

Bottled Hope Trail Run 2017 - MAEPS

14 Mei 2017. Orang sibuk celebrate Hari Ibu, abg sibuk berpagi-pagi dekat MAEPS Serdang untuk berlari. Hari Ibu adalah setiap hari untuk abg, jadi tak perlu ada hari khusus untuk celebrate. Huhuhu

Race Kit Collection @ Avenue K KL

Bottled Hope Trail Run ni lain sikit. Medal dia wood carving dan BIB number dia jenis ada biji benih (seeded bib) untuk ditanam kat rumah. Dia punya route pun menarik. Walaupun jarak paling jauh dia offer 5km, dia punya laluan adalah 2km on road dan 3km lagi off road. Jalan offroad masuk hutan dan mendaki curam. Habis peluh jantan semua keluar.

Larian kali ni disertai kawan abg yang juga Konsultan Zurich Takaful, Bro Ahmad Syakir.

Starting Point
Sebelum mula berlari, organiser dah readykan aktiviti Zumba sebagai aktiviti untuk warm up. Warming up sebelum berlari adalah sangat penting bagi mengurangkan kecederaan sendi-sendi dan otot-otot badan yang ketat. Hahahaha. Ni la first time abg join Zumba. LoL

Boleh tahan jugak Zumba nih, belum lari lagi. Dah suku peluh keluar warming up.

Water Station Pertama
Jalan offroad dia lecak. Mungkin sebab sebelum ni hujan tak berhenti. Lari 5km dan ada 2 water station beb. Selama ni abg lari 5km/6km hanya ada 1 water station yang disediakan organizer di tengah-tengah route. Agaknya organizer untuk bottled hope ni tau yang ramai akan pancit masa daki jalan offroad.

Amek oksigen di puncak MAEPS
Ok la, aktiviti fun run ni sebenarnya bukan nak lumba sangat dan tak kisah pun siapa no 1 no 2 no 3. Yang penting dapat lari ramai-ramai, keluar peluh, badan sihat dan sambil lari sambil tengok pemandangan sekitar yang selalu kita terlepas pandang selama ni. Bukan tengok awek atau usha amoi ye. Hahahaha

Sebab dah pancit, jadilah aktiviti bergambar.

5km aje pun. Mesti boleh habis punya lari walaupun lari main-main. Macam biasa, jadi finisher dapatlah medal. Wood carving medal tau. Siap dikalungkan lagi tu. Selalu organizer lain bagi medal dalam bungkusan plastik je. Hahahaha


Marilah berlari untuk sihat. Jom jom. Eh, lepas puasa la sambung lari. Bulan puasa bulan untuk kita kejar ibadat khusus. Doa-doakan s dapat menjalani ibadah puasa dengan lebih baik dari tahun sebelum-sebelumnya.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus