Tuesday, August 20, 2013

Semakan Status Perjalanan Imigresen

Seperti yang ramai sedia maklum, PTPTPU PTPTN bakal melaksanakan sistem CCRIS bagi peminjam PTPTN. Tertinggal isu ni ? Baca kat sini [Klik Sini]

Oleh itu, korang yang ada hutang PTPTN dan berhasrat melancong ke luar negara, boleh menyemak status perjalanan atau status kawalan imigresen sama ada nama korang telah disenaraihitam ke luar negara atau clear.

Semak status korang di sistem imigresen [Klik Sini].



Aku punya status, TIADA HALANGAN ke luar negara. Mohon jeles hehehe.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Kekayaan Bocor Kerana Kereta

Posting bagi tajuk ni aku jumpa dalam facebook, tak tahu nak kredit pada siapa sebab sumbernya ada dari pelbagai. Apa pun, pengisian posting ni wajar dijadikan panduan menguruskan hutang dan kewangan korang. Teruskan membaca agar korang tak tersilap langkah dalam mengurus wang.


Kekayaan ‘Bocor’ Kerana Kereta
Saya nampak, antara kesilapan biasa graduan baru ialah terlalu gopoh nak beli kereta. Nak ada kereta sendiri! Barulah ada ‘style’ agaknya… Padahal, kalau dia tahu, lebih baik beli rumah sebelum beli kereta. Beli kereta hari ni, esok nilainya dah jatuh RM5,000! Tapi beli rumah hari ni, tahun depan harganya dah mahal.

Bagi saya, orang muda lebih baik kocek penuh berbanding hutang penuh. Biarlah kita bermotor kapcai, tapi kita tak perlu berinstallment untuk ‘dapatkan’ isteri. Lagi malang kalau anak dah nak masuk 3, 4, tapi isteri tu masih berstatus ‘installment’!

Saya benar-benar nampak, kaya atau sempit, silapnya pada kita sendiri salah mengurus duit. Ia bukan soal gaji besar atau gaji kecik. Orang gaji kecik boleh hidup senang, boleh beli itu ini secara TUNAI! Tapi orang bergaji besar semuanya beli nak pakai kad kredit dan nak beli cara installment! Orang macam tu, gaji sebesar mana sekalipun dia tetap akan rasa sempit!

Beli Bila Perlu, Bukan Ikut Mahu

Bukan salah beli kereta, tapi dari sudut keutamaan, ia antara keutamaan yang paling akhir kalau betul-betul nak jadi kaya. Saya beli kereta di saat-saat kami sangat PERLUKAN kereta .kereta itu ialah TIARA the legend.

Kalau setakat nak balik kampung, naik bas lagi senang untuk orang bujang. Duit petrol, dan duit tol tak berbaloi kalau setakat balik sorang diri. Itu belum kira kos maintenance, kos accident dan kos saman speed trap! Kalau setakat nak pergi kerja, baik naik motor jer lagi jimat. Jimat duit, jimat masa. Nak parking pun senang.

Berhati-hati Apabila Deal Dengan Salesman
Ingatlah tuan-tuan dan puan-puan sekelian, anda mestilah berhati-hati apabila ingin membeli kereta baru atau kereta second hand. Ramai salesman yang tak jujur menanti untuk menggigit anda.

Ramai orang mudah tertipu dengan diskaun harga yang ditawarkan atau anda akan dapat cash rebet sekiranya anda membeli dengan salesman ini... awas... cek betul-betul anda rugi atau anda untung???? Dari segi zahirnya anda rasa anda untung kerana anda ditawarkan diskaun...tapi anda sebenarnya rugi kerana salesman sudah makan di atas interest bank yang sengaja dilebihkan dari kadar biasa.

Sebagai contoh; Harga Perodua Myvi ialah RM46,900. Tetapi salesman kata dia boleh bagi anda RM1000 diskaun dan beberapa hadiah menarik... Ini bererti; harga kereta setelah ditolak diskaun ialah RM45,900. Anda bersetuju untuk membayar RM5,900 sebagai downpayment. Setelah dibuat sedikit kira-kira dan salesman bagitau anda bulanan kereta anda ialah RM487 selama 9 tahun. Anda tanpa banyak soal terus bersetuju membeli dengan salesman ini.

Ok...anda tau tak berapa anda buat loan? Anda tau tak berapa interest bank yang terkini untuk pinjaman kereta? Anda tau tak cara kira-kira pinjaman kereta? Kalau anda tau sudah pasti anda tidak akan setuju dengan jumlah bulanan yang dikenakan.

Interest bank bagi kereta nasional baru ialah 2.8% dan bagi kereta terpakai ialah 3.5%. Bulanan RM487 adalah dikira dengan interest 3.5%. Sekiranya dikira dengan interest 2.8% bulanannya ialah RM463.

Untuk interest 3.5%, keuntungan yang diambil bank ialah RM12,600. Untuk interest 2.8% keuntungan yang diambil bank ialah RM10,800. Bezanya ialah RM2,250.

Walaupun RM487 dan RM463 perbezaan cuma RM24 sahaja tetapi kalau dikira RM24 X 108 bulan (9 tahun) jumlahnya agak besar.

Berbalik kepada cerita salesman 'baik hati' yang bagi diskaun kepada anda tadi... dia sebenarnya telah memanipulasi anda yang tak tau apa-apa.... Walaupun dia dengan baik hati offer RM1000 diskaun tetapi secara diam telah telah mengambil duit anda sebanyak RM2,250 in return tanpa anda sedari.

Sebab itulah tuan-tuan dan puan-puan sekelian, anda mestilah tau serba sedikit tentang proses loan dibuat.

Pertama; Mestilah tau harga kereta yang sebenar. Kereta baru amat senang untuk tahu harganya iaitu pada quotation kereta. Sementara kereta terpakai harga tak sama... tetapi anda mestilah tau pasaran semasa. Paling mudah untuk buat perbandingan harga boleh tengok dalam Mudah.my. Mesti diingat bahawa harga kereta terpakai yang dipamerkan adalah harga kereta shj tak termasuk insuran, road tax dan lain-lain proses.

Kedua; Mesti tau kadar interest semasa.

Ketiga; Tahu cara pengiraan loan kereta.
Contoh pengiraan sebuah Perodua Myvi baru: Harga:RM46,900.00, downpayment RM6,900.00. Jadi loan anda ialah RM40,000.00.

RM40,000 X 2.8% = RM1,120 (kadar keuntungan bank untuk setahun).

RM1,120 X 9 tahun (sekiranya loan 9 th)=RM10,080

Jadi: RM40,000 (loan) +
RM10,080 (keuntungan bank)
------------
RM50,080 / 108 (9 th) = RM463.00 sebulan

Jadi anda kena bayar RM463.00 sebulan.


Keempat; Boleh bertanya kadar interest yang sebenar apabila pihak bank menelefon anda, sekiranya anda tak bersetuju boleh dirunding minta kadar yang lebih rendah.

Kelima. Pastikan bayaran booking dan downpayment dibuat di showroom dan dapatkan resit yang original. Elakkan terima resit yang dibeli kat supermarket walaupun ada cop syarikat.

Loan Kereta 2nd hand

Anda juga mesti bijak semasa buat pengiraan loan untuk kereta 2nd hand. Harga kereta yang dipaparkan adalah harga bodi kereta sahaja. Awas jangan terpedaya dengan harga yang lebih murah dari kedai used car lain. Pastikan ia betul-betul murah. Bermacam cara dan tektik digunakan penjual kenderaan terpakai untuk mengelabui mata pembeli. Bagaimana? Misalnya harga sebuah perodua myvi tahun 2009 ialah RM32000. Harga on the road boleh jadi RM36400. Apa pulak yang lebih lebih RM4400 ni... ok RM4400 ini adalah insurans dan documentations fees. Biasanya di bahagian inilah pihak used car akan charge giler-giler. Documentations fees termasuk- Company service, JPJ, Puspakom, service permohonan loan, runner dan transfer nama.

Dari segi insurans, anda mesti tau bagaimana cara untuk mengira insuran kenderaan dengan tepat. Kalau anda tak tau kira, anda boleh kira secara online- masuk je 'Paultan' blog, di sini ada Insurance Calculator. Salesman penipu akan kira dengan tak tepat. Kat sini pun dia orang dah boleh untung beratus ringgit sekiranya pembeli tak tau kira insuran. Aku pun hampir terkena. Harga kereta ialah RM32000. Salesman kata dia nak insured RM40000 kerena harga pasaran ialah RM40000. Tau berapa dia kira???? RM1720 untuk nilaian RM40000. Ini tak masuk akal langsung sebab kalau insured RM40000 insuransnya hanya RM1251. Kalau insured RM32000 (mengikut harga kereta) pasti lagi murah.

Anda juga mesti berfikir secara logik. Kalau anda beli kereta 2nd hand dan anda buat loan RM32000 selama 9 th, bulanan ialah RM405. Sebaliknya sekiranya anda beli kereta baru dan buat loan RM40000 selama 9 th, bulanan ialah RM465. Jadi perbezaan bayar bulanan tak banyak...cuma RM60 je, lebih baiklah anda beli baru biar betul-betul puas hati. Kereta 2nd ni kita tak tau sejarah silamnya baik ke buruk ke..

p/s : jangan terpedaya pada mulut manis salesman. bak ibarat menanan tebu di tepi bibir.abis madu sepah di buang"

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Monday, August 19, 2013

Petua Rawat Diabetes atau Kencing Manis

Ada satu perkongsian yang menarik aku nak kongsikan di sini, pasal rawatan diabetes atau lebih popular dengan kencing manis. Rakyat Malaysia rata-ratanya yang tak kawal makan tentu boleh terjerat dengan penyakit seumur hidup ni. Sekali dah disahkan diabetes, maka seumur hidup kena kawal pemakanan.

Ringkasan dari posting perkongsian di facebook tersebut:

1. Ambil sebiji tomato yang cukup masak (merah).

2. Potong dan blend dengan sesudu teh yis (mauripan) dicampur dengan secawan air.

3. Diminum segera sebaik tomato habis diblend. Jangan dibiarkan lama kerana gelembung yis akan memenuhi cawan dan menyukarkan korang nak minum.

4. Buat 3 hari berturut-turut. Setiap hari dua kali, pagi sekali, malam sekali.

Insyallah boleh dijadikan ikhtiar perubatan. 
Kredit kepada owner facebook tersebut. Kongsikan post ini jika ianya bermanfaat untuk korang.




Bagi pemohon takaful yang declare ada kencing manis. MAA biasanya akan keluarkan penangguhan permohonan (deferment) dan mintak buat ujian HBA1C. Selepas pemohon buat HBA1C, keputusan ujian tersebut akan dinilai oleh underwriter MAA untuk menentukan sama ada permohonan takaful tersebut boleh diluluskan, dikenakan syarat tambahan, atau ditolak.

Ala, senang cerita kalau boleh apply aja takaful masa tengah komfem sihat ni. Lagi-lagi kalau kita tahu parents kita adalah sejarah penyakit keturunan, maka kita apply la takaful awal-awal sementara sihat. Ni bila dah sakit, baru nak mintak borang. Lepas tu kena reject, kata takaful ni tak nak tolong orang dah sakit. Acaner.... Dah takaful tu bukannya badan kebajikan untuk orang yang sakit ambil kesempatan tukar duit kecil beli sijil takaful untuk terus dapat duit besar buat claim takaful.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Jauhi Makanan & Minuman Kacang Soya

Bagi mereka yang ada endometriosis, fibroid, adenomyosis, PCOS, sila jauhi makanan dan minuman dari KACANG SOYA kerana ia mengandungi phytoestrogen yang menyebabkan ketumbuhan.

Fan Page Dr. Hamid [Klik Sini]


About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Petua Kawal Darah Tinggi, Kencing Manis & Kolestrol

Petua Dr. Hamid kali ini ialah makan 3-5 helai daun sambung nyawa, dikunyah sehingga lumat dan ditelan bersama segelah air.

Menurut beliau, daun sambung nyawa boleh membantu meningkat kesihatan, mengawal darah tinggi, mengawal kolestrol, kencing manis dan detox liver. Malah kajian terbaru juga mendapati daun sambung nyawa ini boleh membantu mengawal kanser payudara.

Apa pun penyakit yang kita ada, kita perlu berikhtiar untuk merawat. Insya Allah jika tepat ubatnya, Allah akan berikan kita kesembuhan. Bagi yang masih sihat, jika membaca posting ini, aku amat tekankan agar korang yang masih sihat mengambil insurans perubatan. Jangan riuh sangat fikir komitmen bulanan, kalau dah sakit tak boleh kerja, lagi tinggi komitmen korang nanti.

Fan page Dr. Hamid [Klik Sini]


About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Petua Rawatan Sengugut, Lepas Bedah & Bersalin

Sebagai seorang wakil takaful, kehidupan aku kadang kala dipenuhi dengan nama-nama penyakit dan masalah kesihatan. Aku turut mengikuti beberapa fan pages doktor-doktor terkenal di Malaysia yang banyak berkongsi tentang masalah penyakit, kos-kos rawatan dan tak kurang juga doktor yang menyarankan beberapa ubatan alternatif dan juga petua-petua lama. 

Bagi kaum perempuan dan mereka yang mengalami masalah mendapatkan zuriat, mungkin nama Dr. Hamid Arshat tidak perlu lagi diperkenalkan kerana beliau sememangnya seorang doktor pakar sakit puan yang bagus. Beberapa orang klien takaful aku pernah mendapatkan rawatan dan menjalani pembedahan organ pembiakan (masalah endometriosis) dengan beliau, sikap peribadi Dr. Hamid amat terpuji.

Aku nak kongsikan satu petua yang aku printscreen dari fan page Dr. Hamid [Fan Pages Dr. Hamid] yang mana boleh korang jadikan sebagai usaha dan ikhtiar bagi merawat radangan yang berlaku ketika sengugut, selepas pembedahan, selepas bersalin dan lain-lain penyakit yang biasa dimulai dengan proses imflammation.

Kita berdoa agar Dr. Hamid dipanjangkan usia bagi beliau terus membantu mereka yang bermasalah.



About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Peminjam PTPTN Kini Disenaraikan Dalam Data Bank Negara


The Star online hari ini melaporkan bahawa peminjam PTPTN akan disenaraikan di dalam data hutang (kredit) Bank Negara Malaysia berkuatkuasa bulan Ogos 2013.

Wah, ini berita buruk kepada peminjam PTPTN yang selama ini ingkar bagi membuat pembayaran balik wang pinjaman. Menurut laporan akhbar tersebut, peminjam yang tidak membuat bayaran balik pinjaman mereka perlu berbincang dengan PTPTN atau mereka akan berdepan dengan kesukaran membuat pinjaman lain.

Kalau korang berhutang PTPTN, maka berusahalah untuk selesaikan hutang tersebut walaupun secara ansuran perlahan-lahan. Kerana kegagalan korang untuk bayar hutang PTPTN akan menyebabkan:

Korang dilarang ke luar negara. Macam mana nak pergi umrah ? Pergi haji ?
Tidak dibenarkan membuat pinjaman. Nak kena beli kereta dan rumah secara cash, mampu ?
Anak korang mungkin tak boleh pinjam PTPTN sebab korang.

Senang cerita la, bila nama pemimjam dimasukkan ke dalam senarai data kredit Bank Negara Malaysia, pada masa akan datang tak mustahil lebih banyak restriction akan dikenakan kepada peminjam yang ingkar.

Petikan The Star Online [SUMBER]:


Apa pun aku nak pesan kepada korang yang mempunyai hutang, tidak terhad kepada hutang PTPTN, malah merangkumi hutang piutang lain, HUTANG WAJIB DIBAYAR WALAUPUN TIDAK DITUNTUT.


BAYAR ... BAYAR... BAYAR...
HUTANG

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus