Monday, June 1, 2020

Cara Mohon Employement Insurance System (EIS)

EIS DAN BAGAIMANA CARA UNTUK MEMOHON?


EIS adalah singkatan kepada Employment Insurance System atau Sistem Insurans Pekerjaan yang ditubuhkan di bawah Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 bagi membantu para pekerja yang kehilangan kerja untuk mendapatkan pekerjaan kembali dan beberapa faedah kewangan yang lain.

BERAPA KADAR CARUMAN EIS NI?

Kadar caruman untuk EIS adalah sebanyak 0.2% untuk majikan dan 0.2% untuk pekerja berdasarkan gaji bulanan pekerja.

Contohnya, gaji bulanan kita RM 2,000 sebulan. Jadi, kadar caruman adalah sebanyak RM 3.90 (0.2% pekerja) + RM 3.90 (0.2% majikan) = RM 7.80. Jelas ya?

APA FAEDAH YANG KITA AKAN DAPAT KALAU MENCARUM DENGAN EIS?

Baik, begini, dengan mendaftar dan mencarum EIS bulanan, pekerja akan mendapat 2 jenis faedah iaitu faedah kewangan dan juga faedah pertolongan mendapatkan pekerjaan lain.

Faedah kewangan adalah seperti berikut:

1. Elaun Pencarian Pekerjaan

Untuk pekerja yang kehilangan satu-satunya pekerjaan yang ada. Pemohonan yang berjaya akan dibayar elaun bulanan minimum untuk 3 bulan dan maksimum 6 bulan. Kadar bayaran adalah berdasarkan kadar di Jadual 1 Akta tersebut.

Apabila pemohon yang sudah mendapat pembayaran elaun kali pertama, pemohon perlulah menunjukkan bukti bahawa beliau sedang giat mencari pekerjaan baru untuk menerima elaun bulanan seterusnya.

2. Elaun Pengurangan Pendapatan

Khusus untuk pekerja yang ada beberapa pekerjaan tetapi telah hilang salah satu daripada pekerjaan-pekerjaan tersebut. Kadar bayaran sama dengan Elaun Pencarian Pekerjaan namun elaun pendapatan berkurang ini akan dibayar secara sekaligus.

3. Yuran Latihan

Latihan vokasional kepada mereka yang memohon dan lulus. Yuran latihan akan dibayar terus kepada pihak yang menyediakan latihan. Maksudnya, kita hanya perlu hadir untuk latihan sahaja. Yuran semua akan ditanggung oleh EIS.

4. Elaun Latihan

Jadi, pemohon yang lulus untuk dapatkan Yuran Latihan di atas, selain yuran latihan yang ditanggung, juga yang akan diberikan elaun untuk menggalakkan mereka mengikuti kesemua sesi latihan. Pembayaran dibuat sehingga 6 bulan dengan kadar RM 10 hingga RM 20 untuk setiap hari latihan. Pemohon perlulah mengemukakan bukti bahawa mereka telah menghadiri semua sesi latihan yang diadakan untuk mendapat elaun ini.

5. Elaun Bekerja Semula Secara Awal

Insentif kewangan yang diberikan kepada penerima Elaun Pencarian Pekerjaan yang berjaya mendapatkan pekerjaan baru semasa masih menerima elaun itu. Mereka akan dibayar sebanyak 25% daripada jumlah yang berhak dapat tapi masih belum diterima. Pembayaran akan dibuat secara sekaligus.

Manakala, faedah bantuan pencarian kerja adalah seperti berikut:

1. Program Penempatan Bekerja Semula.

2. Kaunseling kerjaya.


SYARAT DAN KELAYAKAN UNTUK MEMOHON EIS

1. Warganegara Malaysia

2. Bekerja di sektor swasta

3. Permohonan PERLU dilakukan dalam masa 60 HARI dari tarikh penamatan pekerjaan.

4. Hilang pekerjaan di bawah definisi Kehilangan Pekerjaan oleh EIS.

5. Menepati Syarat Kelayakan Caruman yang telah ditetapkan oleh EIS.


KEHILANGAN PEKERJAAN YANG MACAM MANA TERMASUK BAWAH EIS?

1. Diberhentikan kerja (retrenchment) dan redundancy

2. VSS/MSS ( Voluntary/Mutual Separation Scheme)

3. Penutupan syarikat disebabkan oleh bencana alam.

4. Syarikat gulung tikar

5. Pembuangan kerja secara konstruktif

6. Perletakan jawatan atas sebab gangguan seksual atau ugutan di tempat kerja

7. Perletakan jawatan atas sebab diarahkan untuk melaksanakan tugasan berbahaya yang tidak termasuk dalam skop tugas.

Jadi, maksudnya kalau kita dibuang kerja atas kesalahan disiplin, perletakan jawatan secara sukarela, bersara ataupun kontrak tetap sudah tamat maka kita tidak layak untuk memohon faedah-faedah di bawah EIS.


MACAM MANA NAK MOHON FAEDAH EIS?

Boleh pergi sahaja ke mana-mana kaunter PERKESO secara fizikal. Untuk permhonan online, boleh layari :


Dokumen-dokumen yang diperlukan:

a. Salinan kad pengenalan

b. Bukti kehilangan pekerjaan i.e Surat Penamatan Pekerjaan

c. Salinan butir-butir akaun bank.

d. Penyata gaji 6 bulan terakhir

Oleh itu, amatlah penting untuk kita pastikan bahawa majikan kita berdaftar dan mencarum untuk EIS supaya sekurang-kurangnya sekiranya perkara yang tidak diingini berlaku (kehilangan kerja), kita boleh memohon bantuan untuk mengurangkan beban kita dalam menguruskan hal tersebut.

Boleh kongsikan kepada mereka yang memerlukan info ini.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D