Friday, February 28, 2020

Panduan Untuk Peminjam Bank Menentang Ketidakadilan Tindakan Bank

Jika anda mengalami masalah pinjaman dengan pihak bank seperti bank mahu mengambil tindakan melelong atau membankrapkan anda, anda boleh merujuk masalah anda kepada Establishmen Tribunal Timbangtara Malaysia (MATE).

Dengan bayaran serendah RM10, anda boleh mewakili diri anda sendiri dalam menentang tuntutan pihak bank di Tribunal ini.

Presiden MATE, Y. Bhg Dato’ Munsyi Muslim Bin Yacob berkata, banyak kes melibatkan ketidakadilan yang dilakukan oleh pihak bank ke atas peminjam yang hanya menindas dan mahu menghukum peminjam.

Banyak peminjam yang tidak mampu mengupah peguam dan hanya pasrah dengan tindakan yang bakal dikenakan oleh pihak bank. Justeru, beliau menggesa peminjam supaya tampil dan bawa kes mereka ke MATE untuk diadili.



Bertemakan “Tegas Dan Saksama”, MATE bertindak sebagai orang tengah untuk mengadili kes-kes yang melibatkan pertikaian antara peminjam dengan bank.

Dalam sidang media hari ini bersama PPIM, beliau membidas sikap sesetengah bank yang menggunakan nama “Islamic Banking” tetapi tidak patuh syariah.

“Bank-bank ini hanya menggunakan nama Islam sahaja tetapi menindas peminjam. Saya gesa kerajaan tarik semula lesen perbankan islam kepada bank-bank begini.”

Pihak MATE melalui Presidennya akan memilih atau melantik seorang Penimbangtara dari senarai Panel yang berkelayakan bagi mendengar sebarang rujukan tanpa prasangka atau berat sebelah.

Dalam mana – mana rujukan kepada MATE atau Penimbangtara, mana – mana pihak boleh memohon untuk rujukan kepada MATE melalui suatu borang khas yang dikenali sebagai Borang MATE / KL – 05 / 2006 dengan menyertakan bayaran tidak kurang daripada RM10.

MATE dikawal selia di bawah Kaedah-Kaedah Establishmen Tribunal Timbangtara Malaysia 2006.

Jika anda mahu membuat aduan kepada MATE, anda boleh menghubungi nombor di bawah atau terus ke pejabat mereka di:-

Penolong Pendaftar Kanan
(Unit Rujukan & Pendaftaran)
Arbitrasi & A.D.R Kuala Lumpur
Establishmen Tribunal Timbangtara Malaysia (MATE)
No. 23-2 Lorong 6A/91,
Taman Shamelin Perkasa,
56100 Cheras, Kuala Lumpur.
Tel: 03 - 4292 6399 / 03-9283 6399
Fax: 03 - 9283 4444



Posting Asal : Jumpa Kat Mahkamah

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D