Monday, July 22, 2019

Kerana Percayakan Produk Suplement Daripada Ubat Hospital

Masa tak dapat diundur kembali. 

Saya baru selesai menyiapkan laporan perubatan yang diminta oleh waris seorang pesakit. 

Pesakitnya terlantar di rumah. 
Akibat stroke hampir dua tahun lepas. 

Kekuatan tangan dan kakinya lepas penilaian Jurupulih Anggota hanya 1/5 kedua-dua belah. 

Makanannya hanya susu melalui tiub. Untuk 'membuang' pun, terpaksa pakai lampin pakai buang. 

Yang menyedihkan, umurnya masih muda, awal 50-an. Seorang yang bekerjaya hebat, anak-anak semuanya masih belajar. Suatu waktu dulu dialah yang menyara keluarga dengan gaji 5 angka. Bebas ke sana ke mari berkereta. 



Masa dia dalam perjalanan ke universiti anaknya, dia mendapat serangan jantung seterusnya stroke. Hingga terpaksa dimasukkan ke hospital bermalam-malam. Rupa-rupanya bila ditanya dia ada kencing manis dan darah tinggi sudah 10 tahun tetapi guna produk supplemen sebagai ubatnya. 

Dia tak percaya ubat hospital yang kononnya rosakkan buah pinggang.  (Jangan tanya apa produknya sebab kebanyakannya sama, tiada kajian kukuh yang membuktikan keberkesanan dan keselamatannya)

Sedih memikirkan.

Kenapa pesakit-pesakit sebegini sanggup mengambil risiko untuk mencuba supplemen yang tak terbukti. Iklannya memang gah untuk menarik minat orang ramai tapi hakikatnya kalau ia betul berkesan, pasti berpusu-pusu saintis luar negara datang menjulang supplemen ajaib itu. 

Cubalah pikir. Sudahlah harganya pun boleh bikin kita telan air liur. Beratus-ratus. Bukan untuk orang miskin. Produk yang mahal tapi tak ada jaminan keberkesanan apatah lagi profil kesan sampingannya. 

Kalau ada ahli keluarga atau kawan yang terpengaruh dengan supplemen hingga meninggalkan rawatan sepatutnya, mintalah mereka mencarum banyak-banyak dengan syarikat TAKAFUL sebagai bekalan. Sekurang-kurangnya, adalah duit belanja untuk anak dan isteri, bila anda tidak lagi mampu menyara keluarga. 

Jangan menyesal di kemudian hari.

Post Asal : Sakinah Sulong

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D