Monday, August 8, 2016

Faraid & Tanggungjawab

Rupanya setelah kematian suami tanggungjawab mencari nafkah buat anak-anak jatuh kepada walinya iaitu datuk atau pakciknya, bukan tanggungjawab si ibu. Padanlah dari segi pemberian faraid bahagian isteri paling sedikit berbanding yang bakal diterima oleh waris yang lain.


Saya tertanya-tanya, kenapa bahagian isteri paling sedikit sedangkan isterilah yang bakal menanggung keperluan anak-anak kelak. Bahkan rumah dan kereta peninggalan suami boleh dituntut wali jika tidak tersenarai sebagai harta pusaka yang dikhususkan untuk si isteri.



Ramai dari kita tidak tahu kerana belum pernah dengar lagi ada wali yang mencari nafkah buat anak yatim yang masih mempunyai ibu. Inilah amanah Allah yang dilupakan. Demikianlah besarnya tanggungjawab seorang lelaki, bertanggungjawab anda bukan hanya kepada anak isteri sahaja tetapi turut kepada pewalinya.

Apabila agama itu diambil separuh separuh, yang memihak padanya diambil , yang memberi rugi padanya ditinggalkan.

Mari kita berfikir akan kisah benar yg berlaku pada seorang balu yg kematian suami.

1. Semasa hidup si mati orang susah, adik beradik tak pernah menjenguk, apatah lagi nak hulur belanja untuk anak buah walaupin semuanya kerja best-best.

2. Rezeki anak-anak si mati dapat beli sebidang tanah dan membeli sebuah rumah teres. Tak lama kemudian, si mati membeli lagi sebidang tanah utk tujuan berkebun tapi tak kesampaian (meninggal dulu).

3. Simpanan si mati ada dalam 10k di bank, sebuah rumah dan sebidang tanah.

4. Si mati selalu bagitau isterinya kalu dia tiada, isteri dan anak-anak tak lah susah mana, ada tempat bergantung, ada sedikit duit dan ade tempat berlindung (rumah). Betapa besarnya harapan si mati utk si isteri dan anak-anak.

5. Ditakdirkan si mati meninggal dunia akibat sesak nafas (masalah jantung). Si mati meninggalkan balu dan 2 orang anak perempuan.

6. Sejurus selepas si mati dikebumikan, adik beradik si mati termasuk ibu si mati telah mengajak si isteri berbincang pasal harta si mati kononnya si mati akan terseksa dalam kubur kalau tak diselesaikan secepat mungkin.

7. Si mati tiada anak lelaki, jadi harta-harta si mati akan dapat juga pada adik beradiknya.

8. Tak sampai seminggu si mati meninggal, datanglah adik beradik bertandang kerumah, siap buat lakaran dalam kertas ikut hukum faraid, bahagian utk isteri, anak-anak, ibu si mati dan adik beradik si mati.

8. Hukum faraid-bahagian isteri dapat paling sedikit, lansung tak pedulikan perasan si balu yg masih bersedih, dihamburkan pula nas-nas dalil bab pembahagian faraid.

9. Paling memilukan, dinilaikan sekali rumah yang diduduki oleh sibalu dengan anak-anak ikut nilai pasaran. Kemudian mereka bagi dua pilihan pada si balu, bayar harga rumah tersebut kepada waris-waris yang berhak sekiranya mahu tetap tinggal disitu, atau keluar dari rumah tersebut kerana rumah itu akan dijual dan duit jualan tersebut akan dibahagikan ikut hukum.

10. Nak cari mana 150k? Nak tak nak terpaksa keluar dari rumah tersebut. Rumah dijual, dapatlah bahagian si balu dan anak-anak. Dengan jumlah yang si balu dapat dan anak-anak si mati dapat, mustahil dapat cari rumah baru.

Bermulalah episod merempat si anak-anak yatim, berpindah randah, menyewa situ sini, jangankan si balu, si anak pon bekerja lepas balik sekolah nak sara diri sendiri, duit simpanan /tanah sebidang/rumah semua dijual waris.

Harapan si mati untuk tidak menyusahkan anak dan isteri selepas ketiadaanya berkecai sama sekali. Waris-waris semua lesap lepas dapat bahagian masing-masing.

Walaupun berhak pada harta si mati tapi kene tengok pula tanggungjawab yang harus dipikul. Jangan ambil agama itu separuh separuh untuk kepentingan sendiri.

Ya.
Tak berdosa ambil harta yang sememangnya hak kita dalam hukum, tapi berdosa gagal menjalankan tanggungjawab nafkah pada anak-anak si mati-tempat tinggal /pakaian/makan minum.

Jika kita termasuk dlm golongan sebegitu sebelum ni, berubahlah dan moga dijauhkan keturunan kita, adik-adik kite suami kita anak-anak kita dari bersifat kejam begini.

Ambil pengajaran saudara saudari, sekali lagi saya ingatkan apa yang agama ajar, bila si mati meninggalkan anak-anak yang belum baligh, wajib bagi walinya mengikut turutan wali sebelah si mati menyediakan nafkah untuk anak si mati.

Kalau tidak diambil peduli, menanggunglah diakhirat kelak.

Hukum faraid itu sangat adil dan indah, diberi lebih kepada lelaki sebab lelaki adalah ketua keluarga yang kena menanggung orang-orang dibawahnya.

Kenapa apabila tiada anak lelaki, harta akan diberi juga kepada adik beradik si mati? Jelas Allah memberitahu bahawa adalah tanggungjawab si wali untuk menanggung nafkah si anak yatim (lebih2 si yatim adalah perempuan) dan semoga dengan pembahagian faraid dapat meringankan beban /membantu si wali2 utk menjaga dan memberi nafkah kepada si anak yatim selain menjelaskan hutang-piutang si mati.

INGAT YA ! 
Dapat pembahagian harta si mati bukan terus beli rumah baru, shopping atau melancong dulu, tapi tunaikan dulu tanggungjawab si anak yatim.

Wallahu'alam
Perkongsian Ustazah Nik Salida Suhaila- al maraaya, tv al hijrah

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D