Wednesday, June 26, 2013

Pengajian Jarak Jauh - PLK Blended UiTM

Mencari ilmu adalah satu tuntutan dalam agama Islam. Kita seharusnya berlumba-lumba dalam mencari ilmu, bukan sahaja terhad kepada ilmu duniawi, malah juga ilmu ukhrawi.


Ok post kali ini aku nak cerita pasal ilmu dunia yang boleh korang miliki dengan keazaman dan semangat yang tinggi lagi kental. Kalau korang bercita-cita untuk memiliki segulung ijazah atau diploma secara santai dan separuh masa, korang boleh mendaftar sebagai pelajar PLK (Program Pengajian Luar Kampus) Blended UiTM. Program ni khas untuk korang yang bekerja dan takde masa yang banyak untuk datang kelas setiap hari.

Apa yang menarik tentang program pengajian jarak jauh ni ialah korang hanya perlu datang 7 kelas/seminar setiap semester. Kelas/seminar ni pulak diadakan pada hari sabtu dan ahad, tertakluk pada jadual subjek yang korang pilih, dan dilaksanakan 2 kali sebulan. Hah, enjoy dan rileks. Setiap kelas/seminar adalah selama 2 jam. Bermakna satu subjek korang cuma bertemu face to face dengan lecturer selama 14 jam aje. Lepas tu terus duduk final exam. Hah, hebat tak study PLK Blended ?? Hehehe


Oleh sebab interaksi dalam kelas/seminar hanya 7 kali satu semester, dah tentunya masa pertemuan face to face yang singkat akan membataskan sesi pembelajaran dan pengajaran kan. Tapi takpe, UiTM ada menyediakan laman iClass yang korang boleh log in dengan internet (PC,Laptop,Smartphone) untuk sesi pembelajaran secara maya. Kira lebih kurang macam forum, tapi lebih kepada perbincangan dan diskusi ilmiah dan akademik.

Bersesuaian dengan nama pengajian jarak jauh "Blended", korang adalah dikehendaki untuk menyediakan diri dengan subjek dan topik yang berkaitan sebelum datang kelas/seminar. Pensyarah korang takda masa yang cukup kalau nak ajar semua topik dalam satu semester dalam masa 14 jam pertemuan. PLK Blended ni korang kena banyak study sendiri, bila tak faham sesuatu perkara korang kena bincang dan rujuk dalam iClass.


Pada pendapat aku, seronok belajar secara pengajian jarak jauh dengan program PLK Blended ni. Aku sendiri dah masuk semester ke-2 Program PLK Blended Ijazah Perakaunan. Daripada aku tak buat apa hari Sabtu dan Ahad, sekurang-kurangnya ada program ilmu yang aku boleh pergi. Cukup waktu, dapat segulung ijazah :)

Rugi kalau korang tak sambung pengajian. Biarpun korang dah bekerja dan ada duit, mencari ilmu di amat dituntut. Banyak perkara yang boleh kita belajar selain secara tak langsung memajukan akal fikiran dan kehidupan kita. 

Dulu lepas diploma aku tak terus sambung ijazah sebabnya gaji aku lepas diploma dah lebih dari apa yang aku harapkan :) Tapi bila usia dah dewasa ni baru la aku sedar aku kena majukan ilmu disamping menjana pendapatan. Kan balance gitu hehe

Kepada korang yang nak memohon pengajian jarak jauh secara PLK Blended UiTM, boleh terus memohon sepanjang masa kat sini: http://ined.uitm.edu.my/


Korang yang nak sambung belajar, ni pesan aku :


  • Kuatkan semangat sebab korang buat partime jangan sangkut setengah jalan
  • Takda apa yang mustahil kalau nak pointer tinggi macam pelajar fulltime. Malas nak tunjuk result aku, nanti korang tak percaya hahaha
  • Hati kena kental datang kelas/seminar Sabtu/Ahad sebab korang kena tinggalkan jemputan kenduri kendara yang jatuh pada hari yang sama dengan kelas/seminar. Rugi woo lau miss kelas/seminar
  • Jangan hangat-hangat taik ayam, buktikan semangat korang tu lebih hangat dari taik ayam :D
  • Buat persediaan sebelum datang kelas/seminar. Kalau korang datang dengan otak kosong, balik pun gerenti kosong hahaha :D
  • Rajin-rajin log masuk iClass untuk tengok perbincangan akademik
  • Dan... Korang mesti ada internet.. Tak kira la internet rumah ke, ofis punya ke, mesti ada. Kalau xde, camne nak log iClass :P
Secara umum, belajar sepenuh masa or berkerja sambil belajar semuanya menuntut komitmen yang tinggi. pengurusan masa amat penting dan cara belajar. Apa yang paling penting apa niat kita sambung belajar dan kemana halatuju kita dan kena kuat semangat jika nak berkerja sambil belajar.

"Percaya pada diri sendiri daripada percaya pada cakap orang"