Tuesday, December 27, 2011

Mengutip Remis

Nah, inilah hasil kutipan petang nih.
Bila cuaca baik, mood baik maka aku akan ke tepi pantai kat pesisiran pantai Sabak Bernam untuk buat aktiviti kutip remis.

Remis, mungkin perkataan ni asing buat sesetengah orang. Termasuk la diri aku sendiri sebenarnya, pada awalnya aku memang tak tau ape benda remis tu. Tapi sebab aku tak tahu, aku pun pegi la menimba ilmu dengan orang yang tahu. :p

Remis adalah sejenis kerang lautan yang boleh didapati di pesisir pantai, bukan hanya terdapat di Pantai Remis. Huhuhuhu... Untuk mendapatkan remis ni, korang perlu beberapa peralatan asas iaitu:

► Periuk untuk korang isikan remis yang dah dikutip
► Senduk nasik untuk korek pasir laut. Bawak lebih pun takpa kot-kot senduk hanyut ada senduk spare ☺
► Kereta atau motor untuk korang pegi pantai dan balik ke rumah dengan cepat

Dah siap peralatan asas, korang kena pegi kat tepi pantai yang tak bape jauh dari ombak dia, kat kawasan pasir yang lembab. Kat kawasan tu, korang boleh mula mengorek guna senduk nasik tu. Korek lebih kurang sedalam 20cm pun dah memadai. Sambil dok korek tu perhatikan la ada tak jumpe remis. Kalau ada, cepat2 kutip masuk dalam periuk.

Remis yang korang dah kutip tu boleh la dibawa balik ke rumah. Ada orang cakap kat aku, remis ni sedap kalau masak sambal. Masalahnya aku duk bujang tak reti nak masak sambal² ni. Leceh. Jadi, apa yang aku buat, aku rebus remis tu dalam periuk. Kemudian lepas cangkerangnya terbukak, korang boleh lah makan isiniya tu dicicahkan sekali dengan sos cili maggi. Perghhhh FRESHHHHH beb rasa dia. Rasa dia tawar kalau korang rebus tanpa letak garam. Tapi tawar dia tetap mengenyangkan perut aku yang semakin membesar... Hahahahaha :D

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D