Thursday, February 11, 2016

Cara Guna Applikasi Mediexpress MAA Takaful

Assalamualaikum semua. Lama abang tak update entry blog abang ni. Al maklumlah sibuk dengan closing pendaftaran takaful. Insya Allah lepas ni abang akan update banyak entry dengan cerita untuk dikongsikan bersama.

Entry kali ni abang nak share sikit kepada semua pelanggan kad hospital @ medical card MAA Takaful termasuk konsultan MAA Takaful tentang Applikasi (Android Apps) Mediexpress.

Apps Mediexpress ni khas untuk pelanggan MAA Takaful yang ada daftar pelan kad hospital, tak kisah sama ada pelan stand alone ataupun pelan sebagai rider. 

Dengan apps ini, pelanggan yang ada kad hospital MAA Takaful boleh;

  • Semak Guarantee Letter Takaful (GL)
Check GL (Guarantee Letter) yang dikeluarkan oleh MAA Takaful, Initial GL dan juga discharge GL secara online. Tak perlu lagi call agent atau call syarikat takaful untuk tahu status GL

  • Semak Baki Penggunaan Kad Hospital
Check jumlah baki tahunan kad hospital yang boleh digunakan dalam tahun polisi (unutilised balance). Jangan risau jika baki berkurangan kerana kad hospital MAA Takaful TIADA had limit lifetime. Bermaksud, tahun polisi berikutnya had tahunan kad hospital akan direset semula jika kita dah buat claim dalam tahun semasa.

  • Semak Butiran Claim
Check semua claim yang berkaitan dengan penggunaan kad hospital

  • Carian Hospital Panel
Carian hospital panel MAA Takaful (hospital locator).

  • eCard
Jika kad hospital hilang, hanya tunjukkan eCard ini untuk kemasukan ke wad hospital.

Install Apps Mediexpress di telefon tuan/puan di SINI


CARA DAFTAR APPS MEDIEXPRESS

Dalam tutorial ni abang akan gunakan ID Apps abang sendiri memandangkan abang sendiri pernah admit hospital guna apps ni.

Ok cara nak daftar kad hospital melalui Apps Mediexpress seperti berikut:

1. Telefon tuan/puan perlu install apps ini terlebih dahulu. Boleh download kat google playstore atau terus tekan link ni <klik sini untuk download>.

2. Selesai download, ,masuk ke apps tersebut dan ikut step berikut


About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Friday, January 1, 2016

Cara Terima Gaji Secara Berterusan (Cara 1)


#‎Cara1‬ untuk buat isteri terima gaji suami secara berterusan.


Contoh gaji bulanan suami Rm 3,000. Setahun gaji suami Rm 36,000 (3,000x12).



Mintak suami ambil pelan takaful income replacement dengan coverage Rm 450,000.



Pada bila-bila masa jika takdir suami meninggal dunia atau ditimpa hilang upaya kekal dan majikan suami tak lagi bayar gaji suami, isteri claim duit takaful.

Rm 450,000 duit takaful tadi, isteri dapat lump sum dan laburkan pada instrument yang beri pulangan 8% setahun.

Setiap tahun puan-puan akan dapat dividen pelaburan Rm 36,000 (8% x 450,000) iaitu bersamaan gaji tahunan suami puan-puan.

Dengan itu, ianya mengantikan semula pendapatan gaji suami puan-puan walaupun pendapatan suami telah terhenti kerana meninggal dunia atau hilang keupayaan bekerja.

Selama mana ganti gaji suami?
Ianya adalah SELAMA-LAMANYA selagi mana wang pelaburan Rm450,000 tidak dikeluarkan daripada instrument pelaburan.

♡Tiada masalah kewangan untuk kebajikan keluarga.

♡Nafkah berterusan untuk isteri dan anak.

♡Dana pendidikan anak telah siap tersedia.

♡Tiada masalah untuk melaksanakan sedekah jariah dengan adanya dana kewangan tersebut.

Takaful income replacement bukan sahaja untuk mereka yang berkeluarga, malah bagi yang bujang juga boleh buat sebagai persediaan kewangan untuk perkara yang tidak dijangkakan.

Tengok Cara2 pulak [Cara2]

★★★★★
Nak tahu berapa sum covered income replacement yang perlu tuan/puan ada beserta caruman bulanannya ?

Add saya di Facebook atau boleh terus whatsapp saya.

*Ini adalah cadangan pelan sahaja. Ianya perlukan perbincangan lanjut berdasarkan pencarian fakta (fact finding) keluarga tuan/puan.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Thursday, December 31, 2015

Cara Terima Gaji Secara Berterusan (Cara 2)



‪#‎Cara2‬ Abg dah share cara1 [Cara1]. Kali ini ni abg nak share cara2.

Mengambil contoh yang sama, suami bergaji bulanan Rm3,000 dan ambil takaful income replacement coverage Rm450,000.

Takdir suami meninggal awal sebarang sebab atau ditimpa kemalangan hilang upaya.

Isteri terima hibah takaful Rm 450,000.

Duit tersebut isteri beli 2 rumah unit medium cost. Kemudian rumah tu disewakan.

Duit hasil sewa rumah setiap bulan yang dikutip boleh guna untuk sara keluarga secara berterusan sampai bila-bila.

Pendapatan keluarga berterusan walaupun hakikatnya suami tidak lagi membawa pulang gaji kepada keluarga.

Rumah tadi dibeli cash guna hibah takaful. Maka tiada hutang.

Bila 10 tahun lagi, anak pun dah besar, nak pakai duit untuk pendidikan, rumah tadi dijualkan semula.

Contoh beli rumah hari ni harga Rm450,000 , lagi 10 tahun tak mustahil harga jual Rm 1,000,000.

Keluarga hidup senang dengan takaful income protection, nak buat kebajikan untuk arwah suami pun apa ada hal bila kita ada duit. Tiap-tiap tahun nak buat kenduri tahlil tumbang kambing pun takde masalah.

Begitulah indahnya takaful income replacement untuk ahli keluarga.

Cara1 lebih sesuai untuk isteri yang tidak bekerja, cara2 sesuai bagi isteri yang bekerja kerana risiko cara1 dan cara2 yang berlainan.

Nak cerita semua benda dalam fb/blog memang susah. Nak tau lebih boleh sembang dengan abg, okay.

DUIT BUKANLAH SEGALA-GALANYA

TETAPI

SEGALA-GALANYA MEMERLUKAN DUIT
(hatta nak tanam jenazah pun perlu duit kurang-kurang Rm1,500)

Fikir-fikirkan :)

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Monday, September 7, 2015

Insurans Untuk Orang Kerja Kerajaan

Kadang-kadang orang bertanya, perlu ke insurans kalau dah kerja dengan kerajaan atau bahasa mudahnya kerja government ?

Okay untuk penjelasan berkenaan isu tu, di sini saya copy semula pendapat dan pandangan seorang doktor yang berkhidmat dengan kerajaan (Dr Nurul Yusof) seperti di bawah ini.

Pendapat dan pandangan beliau ada kebenarannya yang perlu diakui oleh tuan/puan yang kerja dengan kerajaan.


PERLU KE ORANG KERAJAAN ADA INSURANS?

Keistimewaan pegawai kerajaan di hospital kerajaan ialah mendapat rawatan percuma sahaja. Tetapi senarai menunggu masih perlu diikut jika penyakit anda tidak urgent.

Urgent di sini maksudnya ialah kalau tidak dirawat segera, boleh mati. Makin segera kematian kalau tidak dirawat, makin urgentlah kes tersebut. Kalau tak rawat pun tak mati maksudnya tak urgent dan boleh masuk ke senarai menunggu. Dalam senarai menunggu, siapa yang datang dulu dia dapat.

Di sini anda perlu faham yang ada sakit yang boleh dirawat dengan ubat tahan sakit. Walaupun orang tersebut mengalami kesakitan sekali-sekala, dan penyakit yang dia alami tidak akan menyebabkan kematian (hanya menyebabkan kesakitan) jadi ada kemungkinan kami akan beri ubat tahan sakit dan orang tersebut masih akan berada dalam senarai menunggu.



Perkara ini memang digunapakai di semua hospital kerajaan sejak dahulu lagi. Saya yang doktor ini kalau mahu mendapatkan rawatan pun, saya perlu ikut procedure ini. Walaupun doktor bedah itu kawan kelas saya dulu. Saya masih kena hormat polisi, undang-undang dan pesakit lain yang sudah berada di senarai menunggu. Jika saya nak cepat, saya perlu pergi ke hospital swasta dan bayar apa yang mereka sudah tetapkan. Melainkan jika saya ada insurans. Insurans akan bayar untuk pihak saya.

Mesti anda tertanya-tanya kan, kenapa kerajaan lembap sangat, tak upgarde sistem ke? Sebenarnya kerajaan dah banyak tambah dan besarkan hospital dan klinik kesihatan. Tetapi saya pun heran, sebab setiap kali kerajaan tambah hospital, tambah staf, tambah besar ruang hospital/klinik, setiap kali itu juga pesakit pun tiba-tiba bertambah ramai memenuhi ruang yang baru sahaja dibuat tersebut.

Entah daripada mana semua orang ini datang pun sukar untuk saya kenal pasti. Tetapi, apa yang pasti adalah fasiliti kesihatan kerajaan masih lagi digunakan oleh majoriti rakyat Malaysia.

Berbeza dengan swasta yang hanya digunakan oleh segelintir masyarakat kita terutamanya golongan yang kaya. Kerana itulah pesakit di hospital swasta tidak ramai berbanding di hospital kerajaan.

Tempat duduk ruang menunggu hospital swasta selalu banyak kosong walaupun tidak begitu banyak kerusi disediakan. Berbeza dengan hospital kerajaan yang tempat duduk di ruang menunggunya (walaupun banyak macam dalam wayang) penuh sehingga ada yang terpaksa berdiri. Jadi sebab itu, hospital swasta boleh untuk melakukan pembedahan atau apa-apa procedure sebaik sahaja penyakit dikesan.

Hospital swasta tidak memerlukan senarai menunggu kerana tidak ramai pesakit yang datang ke hospital mereka. Pembedahan boleh dilakukan bila-bila masa walaupun sebenarnya ianya tidak begitu urgent. Lagi pun, orang kaya selalunya rajin buat senaman dan makan makanan yang sihat. Jadi mereka biasanya hidup lebih lama dan masih kekal sihat.

Saya bukan nak buat promosi, tapi memang bagus kalau ada insurans. Lebih-lebih lagi zaman sekarang ini ramai yang dah ada penyakit sebelum umur 30 tahun pun. Baru masuk umur 40 tahun ada yang dah masuk hospital banyak kali. Ingat, walaupun anda kerja kerajaan dan dapat rawatan percuma di hospital kerajaan, tetapi anda masih tetap perlu mengikut polisi dan undang-undang yang telah ditetapkan. Kalau anda jenis kurang sabar, sila ambil insurans untuk anda dan keluarga.

-----
Tuan/puan nak dapatkan pelan insurans (takaful) yang menepati muamalah Islam ?

Mari kita bincang :)

013-404 4072

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Pencen Hibah Takaful




Tahukan tuan/puan bahawa melalui penyertaan ke dalam takaful Income Replacement, tuan/pun boleh mencipta dana pencen segera melalui hibah takaful ?

Dalam takaful, bayaran pampasan kepada waris boleh dibuat secara HIBAH takaful.

Kelebihan hibah:

1. Pembahagian harta yang sangat BERKESAN kepada waris TANPA MASALAH daripada pihak pentadbiran harta.

2. Membolehkan tuan/puan MENETAPKAN BAHAGIAN yang harus diperolehi oleh setiap ahli keluarga dan anak-anak sekiranya berlaku kematian awal.

3. Pemberian hibah TIDAK BOLEH DITAHAN oleh mana-mana pihak seperti bank, adik beradik atau ahli keluarga yang tidak tersenarai sebagai penerima hibah dan lain-lain pihak.

Nak cipta dana pencen hibah untuk keluarga, anak-anak ?
Bincang dengan saya :)
013-404 4072

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Belasungkawa -Al Fatihah Kepada Chief Managing Consultant Ahmad Fareez Abd Ghani (MAA Jitra)



Duduk dalam ICU, sehari Rm 7,000
Selama 14 hari bertarung dalam ICU, RM 98,000
Sehingga limit tahunan kad perubatan habis.

Hari ini 5 September 2015, diberitakan telah kembali kepada Allah.

Al-fatihah dan takziah buat CMC Fareez dan keluarga...
Dari MAA family members

--------

Ucapan Takziah kepada Puan Siti Zamrud dan Keluarga di atas pemergian ke hadrat Allah s.w.t suami beliau iaitu CMC Ahmad Fareez Abd Ghani. Semoga Puan dan seluruh ahli keluarga tabah dan bersabar dengan kehilangan insan tercinta.


Kami mendoakan semoga roh CMC Ahmad Fareez ditempatkan bersama roh golongan orang-orang yang soleh. 

Alfatihah.....
Aamiin....

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Kad Hospital Wanita



"Kalau puan takda kad hospital, sy bimbang suami puan tak bersedia untuk tanggung kos rawatan puan bila puan jatuh sakit nanti."

Kad Hospital Wanita 👩


- Boleh jaga aurat semasa sakit, duduk bilik single/double

- Boleh pilih doktor specialist lelaki/perempuan 💉🏥


- Pilih mana-mana 93 panel hospital specialist dan swasta yang berdekatan


Daftar dengan segera!
013-404 4072

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus