Monday, April 13, 2015

Isteri Sakit, Suami Berani Berhenti Kerja ?


Anda seorang suami, pastinya terkedu dan berfikir panjang bila diajukan soalan begini,

"Jika isteri anda sakit kritikal, perlu kerap ke hospital mendapatkan rawatan, adakah anda sebagai suami berani berhenti kerja untuk menjaga isteri ?"

Adakah anda tergamak untuk melihat isteri anda terlantar di katil hospital, terumbang ambing menunggu saat terakhir tidak berteman dan anda sibuk di pejabat dengan kerja-kerja pejabat anda seolah-olah tiada apa yang berlaku ?

Berapa lama majikan anda benarkan anda mengambil cuti untuk menjaga isteri anda ?
14 hari habiskan cuti tahun anda ? Sebulan ? Dua bulan ?
Cuti tanpa gaji atau unpaid leave ?

Oh tidak.
Majikan anda bukanlah tempat kebajikan atau charity untuk anda.

Sanggup majikan nak simpan pekerja yang duk cuti unpaid leave, tak datang kerja sebab jaga isteri sakit berbulan-bulan ? Tentunya tidak,
Majikan akan say "Next person..."


Dengan pasaran pencari kerja yang ramai, tempat anda mudah aja untuk majikan anda cari penganti segera.

Jika anda berhenti kerja menjaga isteri yang sakit, tentunya seluruh ahli keluarga anda akan terkesan kerana pendapatan anda sebagai ketua keluarga akan terhenti. Tiada kerja, maka tiada gaji. Satu tragedi menimpa keluarga anda.

Mana yang lebih penting untuk anda, isteri anda atau gaji pendapatan anda....
Anda kerja, isteri tidak terjaga...
Anda berhenti, gaji anda turut terhenti...

Terkedu bukan..

Sebenarnya....

ANDA BOLEH BERHENTI KERJA UNTUK JAGA ISTERI ANDA !

Bagaimana caranya ?

Ketika isteri anda masih sihat, isteri anda perlu memiliki perlindungan takaful yang cukup.

Contohnya perlindungan wanita MAA Takaful, apabila isteri ditakdirkan menghidap penyakit kritikal, kami sediakan dana TUNAI penyakit kritikal yang mana anda boleh gunakan dana tersebut untuk anda sara diri dan isteri, juga pada masa yang sama kami BAYAR segala belanja kos perubatan isteri anda.

Insyaallah jika anda buat perlindungan takaful untuk isteri anda ketika sihat, anda boleh berhenti kerja bila isteri anda sakit.

Golongan perempuan sangat mudah dan berisiko tinggi untuk mendapat penyakit.

Dari atas kepala sehingga ke bawah badan, pelbagai jenis penyakit boleh melanda.

Tyroid
Tonsil
Breast Cancer
Cyst
Endometriosis
Ovarian Cancer
Servik Cancer
Macam-macam lagi ~

Apa salahnya anda sebagai suami sediakan perlindungan takaful untuk isteri anda kan...

Perlukan khidmat nasihat dan susunan pelan takaful yang betul untuk keluarga ?

Ini nombor yang patut anda hubungi 
~013.404.4072

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Friday, March 6, 2015

Cara Cetak Penyata Pelepasan Cukai Bagi Caruman Takaful

UPDATE 2016: Perubahan interface portal MAA Takaful
Klik sini untuk cara pendaftaran MyAccount MAA: [Sini]
Klik sini untuk cara cetak tax relief MAA Takaful: [Sini]

Pencarum insurans dan takaful boleh mendapatkan pelepasan cukai setiap tahun bagi caruman takaful yang dibayar oleh pencarum. Untungnya mencarum takaful bila caruman dapat memberi jaminan kewangan bertulis ketika ditimpa musibah dan pada masa yang sama amaun caruman yang dibayar layak mendapat pelepasan cukai tahunan.

Untuk makluman tuan/puan/adik/abang/kakak sekalian, had maksima bagi pelepasan cukai bagi tahun pentaksiran 2014 ialah RM 6,000 bagi insurans/takaful hayat dan RM 3,000 bagi insurans/takaful perubatan dan pendidikan.

Post kali ini saya akan bantu anda selaku pencarum MAA Takaful untuk mendapatkan dan mencetak penyata bagi pelepasan cukai caruman takaful tuan/puan.

1. Daftar MyAccount 

Log masuk ke sistem akaun pelanggan MAA Takaful atau lebih dikenali dengan MyAccount. Klik di [SINI] untuk ke portal MyAccount.

Jika tuan/puan telah mendaftar MyAccount, hanya perlu masukkan nombor kad pengenalan (jangan lupa sertakan dash '-') dan kata laluan. Untuk pengguna yang telah berdaftar, sila terus ke point nombor 2 [Cetak penyata pelepasan cukai pendapatan].
  

Bagi pendaftaran kali pertama, klik pada First Time User untuk mendaftar. 

Pengguna pertama kali mendaftar, anda perlu lengkapkan maklumat sijil takaful seperti screenshot di bawah.



Selesai isi maklumat sijil, anda akan terima pesanan sms di telefon anda untuk temporary password.

Teruskan login ke akaun anda menggunakan temporary password tersebut. Kemudian setelah berjaya log masuk, anda akan diminta untuk menukar password seperti di bawah.



Selesai daftar. Teruskan di point seterusnya.



2. Cetak penyata pelepasan cukai pendapatan


Di portal MyAccount anda, klik pada Customer Service dan pilih Print Income Tax Statement.



Pilihan tahun penyata yang dikehendaki, Tick pada Print Statement dan anda sekarang boleh cetak penyata anda.


Pastikan anda membenarkan Pop Up Blocker untuk portal MyAccount MAA Takaful.



3. Cetak

Inilah contoh penyata pelepasan cukai pendapatan yang anda akan dapat secara atas talian. Jangan lepaskan peluang untuk pelepasan cukai atau tax relief ini ya.

Masukkan jumlah caruman yang layak mendapat pelepasan cukai ketika tuan/puan membuat eFiling LHDN.


Bagi pelanggan MAA Takaful yang mana sijil takaful anda diuruskan oleh saya, boleh Whatsapp saya untuk bantuan sekiranya menghadapi masalah bagi mencetak penyata masing-masing. :)


#Cara Cetak Penyata Pelepasan Cukai Bagi Caruman Takaful
#Cara Cetak Penyata Pelepasan Cukai Bagi Caruman Insurans
#Myaccount MAA Takaful

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Tuesday, February 17, 2015

Tips Belajar Secara Mode PLK Blended Learning UiTM

Tips ini saya kongsikan berdasarkan pengalaman peribadi saya sebagai pelajar Perakaunan UiTM mode PLK Blended Learning AC 220 Accountancy. Ianya bukanlah tips yang solid untuk dijadikan ikutan atau rujukan anda. Walaubagaimanapun saya percaya sedikit sebanyak dapat membantu perjalanan anda yang melanjutkan pengajian secara mode PLK Blended Learning.

1. Rancang Pendaftaran Subjek


Merancang pendaftaran subjek adalah part paling utama dalam tips ini. Bak kata pepatah 'Fail to plan is planning to fail'.

Sebagai seorang dewasa yang bekerja, adalah penting untuk anda merancang subjek yang bakal diambil setiap semester. Bukan dengan mendaftar subjek mengikut kawan-kawan dan secara membuta tuli tanpa perancangan teliti.


Apa yang perlu anda ambil kira untuk merancang subjek yang perlu didaftar ?
Ok, ini adalah antara aspek yang anda perlu ambil kira:

a. Kemampuan anda untuk membahagikan masa untuk belajar
Jangan tamak borong semua maksimum kredit hour kalau anda sendiri tak ada masa untuk bukak buku. Perbuatan ini bakal memakan diri anda sendiri apabila pointer anda tidak memberangsangkan seterusnya menjatuhkan motivasi anda untuk meneruskan pengajian semester seterusnya. 

Daftar subjek biar berpadanan dengan kemampuan anda untuk belajar. Jika anda sering sibuk dihujung tahun, maka bagi semester yang melibatkan hujung tahun, daftar subjek mengikut yang anda mampu. Sibuk sepanjang tahun macam saya ? Bahagi masa yang ada dengan sebaiknya.


Daftar banyak subjek untuk cepat grad ? Takut-takut nanti 'tergrad' pulak. 
Maka, sila 'ukur baju di badan sendiri'.

b. Selesaikan Subjek Lupus & Subjek Pre-Requisite
Selesaikan subjek yang lupus dan subjek pre-requisite. Kenapa perlu sibuk habiskan subjek lain sedangkan anda mempunyai subjek yang bakal lupus? Bagi subjek lupus, yang mana jika anda tertinggal mendaftar subjek pada semester yang sepatutnya, hanya kelas secara consultancy sahaja akan diberikan. Hello, sedangkan subjek yang ada tujuh seminar pun ada yang terkontang-kanting, apatah lagi kalau subjek tersebut anda buat secara consultancy basis. Selesaikan subjek lupus anda.

Begitu juga dengan subjek pre-requisite. Selesaikan subjek yang mempunyai keperluan pre-requisite terlebih dahulu berbanding subjek lain yang boleh diambil pada bila-bila masa di semester akan datang. Ingat, kalau anda tak lepas subjek pre-requisite bermakna anda perlu peruntukan lebih semester untuk tamatkan pengajian kerana subjek yang ada keperluan pre-requisite tidak boleh diambil serentak. Sebagai contoh subjek accountancy FAR 450 tak boleh daftar selagi anda tak lepas subjek FAR 430.

Tentukan keutamaan subjek anda.

c. Kos yang anda perlu tanggung
Hitungkan kos yang anda perlu tanggung agar tidak membebankan anda pada semester itu. Kos yang dimaksudkan ialah kos yuran pengajian semester, kos buku-buku & bahan pengajian, kos minyak dan masa perjalanan anda untuk pergi kelas seminar dan lain-lain kos berkaitan dengan anda (kos baby sitter, kos makan sebagainya).


Bagi yang berkemampuan, perkara ini tidak menjadi masalah besar.

2. Pilih Teamwork Yang Komited


Pemilihan teamwork bagi tugasan assignment subjek yang anda daftar juga memainkan peranan yang penting dalam menentukan kelancaran pengajian anda. Tersilap memilih ahli teamwork akan menyebabkan anda sengsara sepanjang semester terutama apabila anda seorang terpaksa bertungkus lumus menyiapkan tugasan kumpulan seorang diri.


Ramai ahli teamwork tak bermakna kumpulan anda hebat jika majority ahli adalah 'free-ride passenger' iaitu kerja tak buat tapi nama nak masuk dalam group. Ada yang buat kerja, tapi 'sampah' iaitu kerja copy paste bulat-bulat dan sangat cincai.  

Awas !
Manusia pandai berjanji, manis di mulut, sembang kencang.
Hari ni dapat assignment, esok cakap nak start buat.
Tapi habuk pun takda.

Sampai masa hantar assignment, masing-masing nak lepaskan kepala sendiri.
Alasan sibuk adalah alasan lapuk yang tidak boleh diterima lagi.
Mereka ini hanya manusia yang mengambil kesempatan di atas usaha dan kepayahan anda yang bertungkus lumus menyiapkan assignment yang sepatutnya diselesaikan bersama.

Hentikan buat alasan 'sibuk'. Siapa yang tak sibuk ? Kucing, ayam pun sibuk kot.

Maka bagi orang yang tak boleh komited teamwork dan dah tahu sibuk, sila patah balik ke tips no. 1 iatu rancang subjek agar tidak menyusahkan hidup dan menjadi beban kepada orang lain. Ni cakap atas pengalaman sendiri.

3. Peta Minda

Cara paling pantas study tanpa bukak buku teks berkali-kali untuk buat revision adalah dengan cara buat peta minda, mind map. Buat peta minda dari awal seminar anda dan ianya sangat membantu anda dalam menghafal, memahami subjek anda dengan lebih baik.

Contoh peta minda saya buat untuk diri sendiri. Ianya terbukti membantu saya untuk revision saat akhir (time trafic light merah pun boleh study peta minda je), dan paling penting ianya BERKESAN.



Untuk hasilkan satu peta minda yang berkesan, ada teknik-tekniknya yang perlu dipelajari. Tak susah pun untuk hasilkan peta minda anda sendiri.

4. Think Big, Start Small But Fast

Impikan keputusan yang gempak. Peduli la apa pun orang lain nak cakap. Target anda bagi setiap subjek adalah A+. 4.00, diulangi sekali lagi, A+.



Dah tentunya anda bertungkus lumus melanjutkan pelajaran untuk mengubah taraf pendidikan anda seterusnya mengubah status kehidupan anda. Jangan malu untuk mencapai keputusan yang baik. Gunakan pepatah 'Think Big, Start Small But Fast'

Think Big - tetapkan sasaran yang besar
Start Small But Fast - mulakan study anda sedikit demi sedikit setiap hari tetapi secara pantas, Insyaallah sebelum final exam anda dah cover semuanya.

Selalu orang buat, Think Big Start Big But Late. Last minit baru nak study semua sekaligus, jangan harap la dapat sasaran besar.

---------------

Tak dinafikan saya sendiri banyak mengharungi cabaran dalam pengajian ini.

Pernah melalui perjalanan 2.5 jam satu hala untuk ke kelas seminar, pergi balik dah 5 jam. Niat jihad menuntut ilmu.

Pernah juga dicemuh golongan mentaliti rendah yang saya gelarkan 'Ketam Melayu' kerana berkongsi hasil kejayaan setiap semester. Silap orang la sebab saya ni hati kering (orang hati kering ramai jadi konsultan insurans/takaful).

Kalau iri hati dengan kejayaan orang lain dan tak boleh lawan semangat orang lain, tak perlu jadi 'Ketam Melayu' sebaliknya jadilah mereka sahabat dan benchmarking untuk anda perbaiki mana yang perlu. 'If you cannot beat them, join them'.

Alhamdulillah diberi kesempatan untuk berkongsi tips ini,
semoga tips ini memberi manfaat untuk anda, Insyaallah.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Sunday, November 16, 2014

Jangan Marah Tikus

Jangan marah tikus !

Erk nampak macam weird je bila dengar ada orang cakap jangan marah kat tikus.

Tapi ada kebenarannya jugak. Tikus akan semakin mengganas bila kita marah kat dia.

Ada jugak orang kata tikus ni jenis haiwan yang pendendam, tang sapa yang marah kat dia, dia akan gigit lebih banyak harta benda kat rumah dan silap hari bulan boleh gigit jari kaki orang yang marah kat dia time tengah tido.


Cerita pasal tikus ni bermula satu malam masa tido kat rumah mentua sy. Sebab ada banyak keje nak setel, maka mata pun kena paksa pejam lambat. 

Dalam tengah ralit dok buat keje kul 2-3 pagi, duk dengar 'dang dung dang' bunyi dalam belakang almari rumah mertua sy. Sebab geram konsentrasi kerja terganggu, sy pun tengok la apa hal bising2 kat almari.


Sekali bukak almari, ceh berbau hapak kencing tikus da...


Sy pun mgomel la marah tikus yang kencing dalam almari, lagi buat bising. Melawan tikus ni, makin dia bising plak. Sampai satu tahap terpacul keluar dari mulut sy cakap kat tikus belakang almari 'Eh ko nak mati ke dah la bising malam2, kencing merata lagi'.


Sekali tikus tu boleh menyahut pulak 'chiiiittttttttttt' bunyi dia balas apa yg sy cakap kat dia.


Kira tikus tu faham la sy mengancam dia, boleh balas dengan bunyi decitan dia tu.


Dah pukul 3 pagi sebab sy duk hingar bingar, wife sy yg tido lena pun terjaga.


Dia jaga bukan nak join sy marah tikus, tapi dia boleh plak cakap "abang, jangan marah tikus la. nanti dia dendam"


Hahahahaha... :D


Dah la tikus ni kategori haiwan perosak, kencing dia boleh buat penyakit oo... Malam2 org nak concentrate buat kerje, dia boleh bising da tu kita tak boleh marah dia ?


Sebab tak puas hati, malam tu sy google pasal kes marah tikus dan hasilnya....


90% hasil yg sy dapat, sapa marah tikus, tikus akan semakin menganas dan gigit sana sini.


Macam x logik tapi mungkin ada hikmahnya kenapa kita tak boleh marah tikus secara direct.

Maka tak hairan la kalau ada org gelar tikus dengan gelaran CIK T, Miki Mouse dan sebagainya.

Apa lagi, terus sy tak boleh tido sampai ke subuh sebab Cik T yang sy marahkan tadi lebih bising dan aggresif belakang almari dari sebelumnya.


Tunggu la hari siang, kita buru dia dan buang dia jauh2. 

Bukan sebab tak suka kat Cik T...
Memang Cik T pun makhluk Allah...
Tapi Cik T ni makhluk perosak yang boleh bawa mudarat kat manusia..

Kalau Cik T ni tak bawa mudarat, dah lama sy bela Cik T macam bela kucing.. 


Korang yang belum pernah marah tikus, jangan marah2 dia ya..

Memang benar tikus ni pendendam...

Cakap macam ni kat dia "sayang, jangan la bising2. pegi main kat luar tu ya, sini rumah orang bukan tempat tinggal sayang." Perghhh ayat mengalah macam cakap dengan makwe.


Sy share sikit petua yg sy dapat untuk halau tikus hasil carian pasal tikus malam tu



  • Letak daun durian belanda kat port tikus suka melepak
  • Pasang perangkap tikus jenis gam (hati mesti kering bila nak buang tikus yang melekat hidup2 kat perangkap gam)
  • Pasang perangkap tikus jenis snap (yang ni bahaya kalau ada budak kat rumah, takut bukan tikus yang kena, tapi tangan atau kaki budak yang terkepit kena)
  • Beli racun tikus berbentuk biskut bulat kat kedai hardware

Tak percaya cuba korang try test :D 



About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Rancang Pendidikan Anak

Merancang pendidikan anak perlulah dimulakan ketika anak masih kecil.

Kesilapan ibu bapa ialah tidak memiliki pelan perlindungan kewangan untuk anak mereka jika meninggal dunia semasa anak belum dewasa.

Jika awak sebagai ibu bapa meninggal terlebih dahulu, siapa yang betul² ambil alih tanggungjawab untuk menjaga anak awak ?

Umur panjang, itu nikmat hidup Allah bagi pada kita.
Umur tak berapa panjang, itu juga ketentuan Allah.


Apa jadi pada anak dan keluarga yang kita tinggalkan ?
Renung²kan.

Boleh contact saya untuk kita bincang perlindungan kewangan takaful buat family anda.

Whatsapp boleh, telegram pun boleh
013.404.4072

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Friday, July 25, 2014

ASTRO Meterai Kontrak Syarikat ISRAEL ?

ASTRO yang dimiliki oleh Ananda Krishnan dan merupakan pemonopoli siaran televisyen kabel yang mengenakan bayaran sesuka hati, mengambil sikap MENENTANG KERAJAAN MALAYSIA, umat Islam di negara ini dan perjuangan rakyat Palestin.


ASTRO yang bersikap seperti maharaja di negara ini telah memutuskan untuk menyalurkan kewangan, bantuan serta dana kepada Zionis untuk terus membunuh rakyat Palestin menerusi perlantikan AMDOCS sebagai 'Subscriber Management System' syarikat media tersebut.

Jika selama ni, ASTRO telah menerima pelbagai bentuk kecaman terutama perkhidmatannya yang sangat uzur pada waktu hujan, caj perkhidmatan yang tidak munasabah, servis khidmat pelanggan yang teruk dan pemasaran paksa rela. Namun, tiada mana-mana pihak berwajib yang berani menempelak dan 'menjentik' ASTRO hatta Kementerian Penerangan dan SKMM pun tak boleh buat apa-apa.

Perkhidmatan ASTRO masih tetap di takuk lama. Program-program yang disiarkan adalah program-program lapuk yang diulang-ulang siar berpuluh-puluh kali. Malah, iklan yang ditayangkan lebih banyak sampai kadang kala kita keliru sama ada kita bayar langganan bulanan untuk tonton iklan atau program tv. 

Tapi satu perkara dipertingkatkan ASTRO hanyalah bayaran bil yang dikenakan kepada pelanggan. kononnya sebagai penanggung kos perkhidmatan yang telah dipertingkatkan. Lambat bayar sehari, POTONG. Reconnection ? Bayar RM 20.

Terkini, satu pendedahan telah dibuat oleh Dr. Asyraf Wajdi Dusuki membabitkan kerjasama ASTRO dengan Zionis Israel.

Jika benar pendedahan ini, Kepada pengguna ASTRO, anda kini menyumbang dana kepada ISRAEL bagi membunuh rakyat Palestine melalui bayaran langganan bulanan perkhidmatan ASTRO.





Sumber Facebook Dr. Asyraf Wajdi Dusuki - Klik Sini

Pengesahan status Amdocs sebagai syarikat milik Israel - Klik Sini

Amdocs bags Malaysian PayTV contract with Astro - Klik Sini



BOIKOT ASTRO
Meh pakai Hypp TV, ABN Express
Tak pun, pakai Skybox, Openbox

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Thursday, July 24, 2014

Baju Raya Jakel Aaron Aziz & Zizan; Indah Khabar Dari Rupa


Bagi korang yang masih mencari-cari baju melayu untuk beraya tahun ni, tak payah la korang cari kat Jakel. Aku sarankan korang cari baju melayu kat gerai-gerai baju Jalan Tar, lagi korang puas hati.

Korang tentu tertanya-tanya kenapa..

Di awal-awal pelancaran baju melayu Jakel ni memang hot gedung-gedung Jakel dikunjungi oleh umat manusia. Dah la parking kereta payah nak dapat, kat dalam Jakel tu pun boleh jem dengan umat manusia. Tak boleh bergerak aku cakap kat ko.

Aku sendiri dah pergi Jakel Jalan Tar. Harga bukan main lagi kaw-kaw punya, tapi kualiti... Elok lagi kat gerai luar tu. Tapi yang peliknya, ramai giler orang sibuk membeli. Tak berbaloi pun semata-mata nak dapat sampin baju free. Hahahaha.

Kalau korang tanya pasal iklan Jakel baju melayu serendah RM 80 tu, korang akan jumpa baju melayu stok lama dan saiz XL ke atas. Tu pun dia jual kat bahagian luar siar kaki Jakel. Ceh, aku tengok pun tak lalu nak beli. Stok lama, tengok kotak wrapping dia pun dah boleh tau.

Bersesak punya bersesak dalam Jakel tu, last-last aku keluar, pergi beli baju melayu kat gerai Jalan Tar. Harga best, kualiti pun sangat puas hati. Takat nak sampin free Jakel tu, duit extra baju melayu beli kat Jalan Tar korang boleh dapat 5 helai sampin cantik-cantik lagi. Hahahahaha.

Selain komen peribadi aku ni, ada jugak komen dari pembeli dan bakal pembeli;




Anyway, bagi aku ini adalah strategi perniagaan Jakel. Dia pandai manipulasi harga dengan iklan, happy hour dan guna nama artis untuk lariskan perniagaan dia.

Secara lahiriahnya, Jakel tak menipu pelanggan.
Tapi, pelanggan yang tertipu dengan Jakel.

Harga baju melayu Jakel, korang bayar sekali;
• Royalti artis
• Kos marketing Jakel

Tu yang bikin mahal dan tak berbaloi, tambah lagi dengan isu kualiti.

Acaner ?

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus