Tuesday, May 3, 2016

Taubat Banduan Akhir

"Taubat Banduan Akhir" oleh Ustaz Wadi Annuar .


Antara manusia yang tahu bila dia akan MATI ialah Banduan Akhir. Ada satu kes, dinamakan sebagai "Banduan Akhir".

Banduan akhir ialah banduan yang melakukan jenayah berat yang menjalani proses kehakiman kadangkala 2 tahun, 3 tahun, 5 tahun dan akhirnya akan dihukum dengan hukuman gantung oleh Hakim.

Kalau hukuman gantung itu dibacakan pada hari Isnin, maka hukuman gantung hingga mati dilakukan pada banduan akhir beragama Islam pada hari Jumaat. Apabila seorang banduan akhir dihukum gantung sehingga mati, maka namanya diketika itu akan menjadi banduan akhir dan biliknya akan diasingkan. Nama biliknya "Sel Akhir".




Katakanlah Hakim jatuhkan hukuman hari Isnin, ketika itu baki kehidupan harinya ialah Selasa, Rabu & Khamis sahaja.


Waktu Hakim baca : 

"Maka ini dijatuhkan hukuman gantung sampai mati yang akan dilaksanakan pada hari Jumaat ini di antara jam 6 pagi hingga jam 7 pagi."

Ianya mesti prosedurnya begitu. Kalau hukuman dibaca hari Ahad, Jumaat dijatuhkan hukuman. Kalau Rabu, maka baki kehidupannya sehari sahaja lagi. 

Orang yang namanya banduan akhir ini, selesai Hakim membaca keputusan lutut dia dah tak boleh berdiri dah. 

Sebab apa tuan²? 

Sebab dia masih boleh bernafas 3 hari sahaja. Dia hanya boleh bernafas 3 hari sahaja. Air mata sudah berlinangan sejak dari Mahkamah lagi. Balik ke penjara, warden akan suruh asingkan barang² dan mesti dipindahkan ke sel belakang sekali seorang². 

Di ketika itu, kita akan tengok bagaimana banduan akhir menghabiskan kehidupannya sentiasa membaca Al-Quran. Bila ustaz agama yang pergi di situ, majlis percakapan & nasihat itu akan dipenuhi dengan tangisan air mata. 

"Saya banyak dosa ustaz". 

"Saya tinggalkan tanggungjawab saya." 

"Saya tinggalkan tanggungjawab saya pada ibu & ayah saya ustaz". 

Pergilah waktu mana pun, kita akan tengok banduan akhir ini berdiri di depan Allah, bersembahyang. Solatnya panjang, zikirnya banyak. Banyak mengadu pd Allah SWT. 

Kenapa? 

Sbb dia tahu umur dia lagi 3 hari, lagi 3 hari. 

Tuan² dirahmati Allah, bila sampai hari Khamis, esok jumaat pagi dia akan digantung. Malam itu kita nak tidur lagi tuan²? Tak tidur dah. Manusia yg tahu ajal nya , dia dah tak boleh tidur dah tuan². 

Sebab itu di antara rahmat Allah yang Besar adalah MERAHSIAKAN kematian kita supaya kita boleh makan, supaya kita boleh tidur, supaya kita boleh bermain dan sebagainya. Kalau dia tahu lagi sebulan ajalnya, nescaya sebelum sebulan lagi dia dah tak akan bermain lagi. 

Tapi Allah SWT merahsiakan kematian itu sebagai BUKTI dan RAHMAT Allah kpd saya dan kita semua. 

Banduan akhir ini, walaupun dibuka rahsia kematian oleh Allah, maka dia jauh lebih beruntung daripada kita semua. Sebab dia tau untuk bertaubat bila. Dia boleh bertaubat , Alhamdulillah. Majoriti manusia yang dibawa menghadap Allah TIDAK sempat bertaubat pada Allah SWT. Tak tau bila nak mati. 

Maka baduan akhir ini pada malam Jumaat, Dia beruntung untuk mengaku dihadapan Allah. 

"Ya Allah aku berdosa di hadapan Mu ya Allah. Aku mengaku bahawa selama ini aku melakukan kesalahan kepada Mu ya Allah! Ya Allah ampunilah dosa aku ya Allah!!". 

Maka datang daripada seluruh KEIKHLASAN dihimpunkan di dalam hatinya menghadap Allah. 

Esok pagi @ malam itu, banduan akhir ini akn diberi pilihan utk memilih makanan yg tidak melebihi lebih kurang RM 7.50. Tuan² banduan akhir nak order apa? Kebanyakan banduan akhir TIDAK lagi akan memesan apa² makanan lagi. Dah tak lalu makan dah. 

Sebab esok hari bila dia bangun, bukannya bangun pun bahkan malam itu adalah malam yang dia tak akan tidur. Selalunya kes banduan akhir ini esok dia bangun selapas dia solat subuh, hukumannya MESTI diantara jam 6 hingga 7 pagi. 

Maka BENARLAH apa yang Allah sebut, dia sendiri tak tahu bila dia akan mati. Walaupun harinya dia akan tahu, tetapi minit ke berapa, saat ke berapa nyawa dia akan keluar dia tak tahu. Itu Rahsia Allah. 

Ya benar diaa disarungkan tali di lehernya pada jam 6.47 pagi contohnya, tapi dia tak tahu saat ke berapa dia akan kehabisan nyawa. 

Esok paginya, banduan akhir akan diberi peluang utk bercakap dgn ahli keluarganya. Tuan² bagi peluang bercakap dgn ahli keluarga tak ada ungkapan yang akan keluar. Hanya peluk dan nangis, peluk dan nangis. Dah tak boleh bercakap dah. 

Nak cakap apa pun dah tak boleh. Nak cakap apa lagi??. 


Nak suruh jaga pokok bunga yang ayah tanam? 


Tak ada apa yg boleh di pesan di ketika itu. Yang boleh keluar hanya 2 perkataan sahaja ; 

"Maafkan ayah...Maafkan ayah". 

Bila peluk isteri 

"Maafkan abg, Maafkan abg". 

Itu sahaja. 

Nak kemaafan sahaja disaat² akhir ini. 

Kemudian, dia akan dibawa ke situ lalu digantung. 

ALLAH merahsiakan kematian itu untuk kita semua agar sentiasa melakukan persiapan utk bertemu dgn Allah SWT. Wallahua'lam.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D