Monday, March 26, 2012

Adakah Dia Benar-Benar Menyintaimu ?

Membuat keputusan paling besar dalam hidup semestinya sesuatu yang sukar. Dalam memilih pasangan hidup juga, kita perlu sentiasa reda dengan ketentuanNya disamping 
mengharapkan yang terbaik untuk diri kita dan pasangan. Namun begitu, dalam melalui hari-hari yang mendatang,pasti sedikit sebanyak timbul keraguan.

"Adakah dia benar-benar mencintaiku?". Persoalan sebegini mungkin bermain di benak fikiran dan sentiasa berkata-kata di dalam hati walaupun si dia telah menjadi teman hidup anda yang sah.

Dalam hal ini, harus di akui bahawa setiap individu mempunyai cara berbeza dalam menyampaikan isi hati.

Ada yang suka berterus-terang melalui kata-kata. Ada yang membuktikannya melalui perbuatan atau perilaku. Dan ada pula yang langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi.

Kumpulan yang ketiga inilah yang selalunya mengakibatkan pasangannya berkecil hati atau terasa seperti tidak dihargai sedangkan hakikatnya adalah sebaliknya.

Berikut adalah perkara-perkara yang perlu anda tahu tentang sesuatu yang tidak diduga:

1. Orang yang mencintai anda tidak perlu memberikan
alasan punca dia mencintai anda. Yang dia tahu, di mata
dia,anda lah satu-satunya....woww

2. Orang yang mencintai anda mungkin jarang memberikan
pujian, tetapi didalam hatinya anda adalah yang terbaik
dan hanya dia sahaja yang tahu....bestnyerrrr

3. Orang yang mencintai anda mungkin akan marah atau
mengeluh jika anda tidak membalas pesanan atau
panggilannya kerana dia ambil berat dan tidak ingin sesuatu
yang buruk terjadi pada anda.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Thursday, March 22, 2012

Pesanan Buat Orang Yang Dicintai

Pesan kat adik beradik, kalau mak ayah kita meninggal, jangan biarkan orang lain yang urus jenazah mak ayah kita..Biar adik-beradik kita sendiri yang uruskan..Bukan kita tak pandai, tapi kita malas nak belajar..Solat jenazah kalau belajar 5 minit pun tak sampai.. Tapi kalau diploma, 3tahun belajar boleh pulak..

Kita tak malu ke kalau orang2 lain tahu aib mak ayah kita masa mandi??Cuba bayangkan. Kita anggap benda ni benda kecik, sebab tu kita tak ambl berat..
Cuba tanya mak ayah, kalau boleh sape nak uruskan kalau mak yah meninggal??
Pasti diorang jawab, "Anak2"...

Bila mak ayah meninggal, mula la kite telefon pihak masjid, panggil orang kampung nak suruh urus jenazah..Padahal benda tu kite pun boleh buat..Sia2 je kalau belajar sampai dapat diploma/degree/master/PHD tapi orang lain yang mandikan jenazah mak ayah kite, sia2 je ada ijazah, tapi org lain kafankan jenazah mak ayah kite..Sia2 je belajar sampai UK, tapi org lain yg imamkan jenazah mak ayah kite..

Renung2kan..Inilah kali terakhir kita bertanggungjawab untuk mak ayah kita..

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Monday, March 19, 2012

Kebebasan Anak Malaysia

Alhamdulillah negara kita aman damai dan merdeka. Tapi kemerdekaan dan kebebasan yang kita ada seringkali tidak disyukuri oleh kebanyakkan daripada kita. Masing-masing bertelagah demi kepentingan politik, tak kiralah sama ada BN ke PKR ke PAS ke. Kita hidup atas bumi bukanlah selama-lamanya pun. Paling lama pun boleh pergi umur 80 tahun lebih, itu pun kalau dapat hidup sihat walafiat. Ermmm...

Lihatlah betapa anak-anak kita menghargai kebebasan yang ada di negara kita.

Tak cukup dengan ponteng sekolah, siap isap rokok lagi tu. Apalah nak jadi dengan generasi kita akan datang. :( Kebebasan yang membawa generasi terbabas dalam kehidupan.

Berlainan dengan saudara-saudara kita di Palestin. Mereka berjuang, berperang untuk membebaskan wilayah mereka dari laknatullah Yahudi. Cukuplah gambar di atas untuk menjelaskan betapa mereka menghargai secebis kebebasan yang ada pada mereka. Al-Fatihah untuk saudara-saudara kita yang syahid.

Semoga kita hargai kebebasan yang ada agar kita tidak kebabasan

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Sunday, March 18, 2012

Sibuk Tak Sempat Update Blog, Maaf :p


Mesti ada kawan2 blogger aku yang tertanya2 kenapa aku lama sangat tak update blog. Dalam hati korang mungkin ada yang kata aku da meninggal kot. Betul tak ? Hahahaha... Alhamdulillah aku masih bernafas lagi. Aku sibuk tak sempat update blog sebabnya tak lama lagi aku bakal menjadi seorang suami & pembimbing kepada seorang wanita. Jadi aku sibuk belajar sikit supaya aku tak lepas daripada melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang suami. :) 

Insyaallah 27hb April 2012 nanti aku akan diijabkabulkan dengan pilihan hati aku :) Tahun ni umur aku dah masuk 25 tahun, jadi aku ikut sunnah Rasulullah mendirikan rumah tangga pada usia 25 tahun. Doakan kebahagiaan aku ye kawan2 semua. Kepada kawan2 yang masih bujang, rancanglah kehidupan berkeluarga kerana Allah menjanjikan rezeki yang luas untuk mereka yang berumahtangga. Selain rezeki, kita pun boleh jauh daripada dosa2 kemaksiatan.

Allah berfirman dalam Surah An-Nur ayat ke 32:

Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.



Oppsssssss.... Walaupun dah berstatus suami nanti, tak bermakna aku akan stop berblogging hehehe... Cuma kandungan blog aku ni aku nak ubah kepada yang lebih Islamik, kurangkan kandungan2 yang boleh bawak dosa. Sekurang-kurangnya kalau aku meninggal, ilmu yang disampaikan kat blog aku ni boleh jugak lah jadi pahala aku. Wallahualam...

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Petua Murah Rezeki

Dalam tak sedar rupanya dah masuk pertengahan bulan Mac 2012. Penghujung tahun 2012 dulu aku pernah berazam untuk sentiasa update blog ni dengan macam2 benda.. Hehehe apakan daya jari jemari aku sentiasa sibuk dalam urusan seharian terutama dalam hal mencari rezeki.

Bekerja sebagai seorang Tafakul Consultant banyak cabarannya. Maklumlah produk Takaful ni ketika masih sihat, bakal pemegang sijil Takaful tak akan nampak kebaikan dan kelebihan memiliki pelan Takaful. Nanti satu hari apabila berlaku kemalangan, kecacatan, penyakit kritikal dan kematian, barulah sijil takaful yang dimiliki akan nampak cahaya sinarannya :) Takpelah walaupun banyak cabaran yang aku lalui dalam kerjaya sebagai Takaful Consultant, aku amat gembira dengan kerjaya ni kerana aku dapat membantu orang mengurus kewangan jika berlaku risiko dan rezeki yang aku dapat halal sebab tak perlu putar belit & kelentong bakal pemegang sijil takaful.
Berbalik kepada tajuk yang aku taip kat atas, selain berusaha mencari rezeki yang halal, ada beberapa petua yang ingin aku kongsikan bersama dalam mencari rezeki yang banyak. Antaranya ialah dengan melakukan Solat Sunat Dhuha. 

Solat Dhuha sebenarnya merupakan magnet rezeki yang akan menarik rezeki datang kepada kita. Tapi janganlah baru solat sekali dua dah mengharap rezeki yang menggunung. Pastikan kita tak tinggal solat 5 waktu yang wajib tu dulu. Kita juga perlulah istiqamah dalam melakukan Solat Dhuha. Maksud istiqamah ni ialah secara berterusan. Waktu yang afdal untuk Solat Dhuha, ialah antara pukul 8 pagi - 11 pagi. Ketika sujud terakhir Solat Dhuha, bacalah ayat ni sebanyak 3 kali :

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Wang Menghalang Perkahwinan Anda ?

Assalammualaikum & Salam Sejahtera Buat Bakal Pengantin ,

Adakah kini anda sedang di alam percintaan? Dan.. sudah tidak ter"TAHAN-TAHAN" untuk mendirikan rumahtangga bersama kekasih anda? Tetapi.. disebabkan kos sara hidup yang agak tinggi pada masa kini, ditambah lagi dengan bebanan pelbagai hutang seperti PTPTN, kenderaan, kad kredit dan sebagainya, menyebabkan anda SUKAR mengumpul wang untuk perkahwinan anda!

Bakal mertua sudah bertanya, "Bila nak masuk meminang?".. telinga berasap asyik mendengar soalan yang sama diajukan berulang-ulang kali. Kalau ikutkan hati, sekarang juga anda nak kahwin. Tapi apakan daya.. duit simpanan belum cukup lagi.

Belanja perkahwinan zaman sekarang bukannya murah, duit hantaran sahaja sudah boleh mencecah hingga RM10,000, belum lagi campur dengan duit belanja kenduri? barang-barang hantaran? sewa pelamin? upah mak andam? jurgambar? kad jemputan? bunga telur? cincin kahwin? sewa kanopi? catering?.. argghhh!! pendek kata, kalau tak ada RM20,000 dalam tangan.. usahlah bermimpi nak kahwin.

Mari kita semak! Berapakah kos anggaran MINIMUM yang anda perlukan jika ingin mendirikan rumahtangga pada masa kini?
Bajet Belanja Kahwin

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus