Wednesday, April 20, 2016

Pelan Life Takaful Paling Murah


Pelan life takaful paling murah dengan perlindungan yang tinggi. Satu pelaburan yang berbaloi untuk masa depan ahli keluarga yang kita sayang.


Ikhtiar dengan asingkan sebanyak Rm2 sehari;


✩ cipta aset segera secara hibah untuk keluarga sebanyak RM 100,000 (dibayar kepada keluarga atas kematian SEMUA PUNCA)
✩ dana untuk penyelesaian hutang-piutang
✩ dana untuk kebajikan keluarga
✩ dana untuk sedekah, wakaf dan amal jariah


Ya, Rm2 sehari untuk ikhtiar kewangan takaful !

Sebenarnya TAK MAHAL pun nak start buat perlindungan takaful. Cuma anda KEDEKUT dan BERKIRA-KIRA sebab anda tak nampak manfaat takaful ni ketika hayat anda. Sebaliknya manfaat bagi life takaful ni akan diterima oleh waris dan ahli keluarga anda setelah anda tiada.


Dalam sehari anda sanggup habis berpuluh ringgit untuk perkara lain, beli rokok, makanan yang tak menyihatkan, bayar parking kereta shopping, topup data plan dan macam-macam benda lagi, tapi abg nak minta asingkan sehari Rm2 aje pun korang kata mahal, bukan untuk orang lain pu, untuk FAMILY sendiri juga RM 100,000 tu. Bukan duit pampasan yang didambakan, tetapi bagaimana SURVIVAL KELUARGA setelah ketiadaan pencari nafkah, terutamanya kepada Balu yang tidak bekerja dan masih mempunyai anak yg masih kecil.



Mencari pelan life takaful paling murah ? Ianya sangat subjektif tentang perkataan 'paling murah'. Boleh jadi ianya paling murah untuk anda, tetapi tiada nilai kerana coverage yang terhad dan terlalu rendah dengan komitmen keluarga anda. 

Sebagai contohnya, nak murah sangat tapi cuma cover kematian kerana kemalangan. Sedangkan skop kematian itu luas, mati mengejut, mati kerana penyakit dan lain-lain lagi punya. 

Dek kerana nak murah juga, ambil coverage yang salah iaitu tak berpadanan dengan komitmen keluarga. Contohnya seorang suami dengan pendapat RM 5,000, isteri tidak bekerja, anak 3 orang, ambil pelan takaful coverage RM 20,000 sahaja. Rasa-rasa selesai tak masalah kewangan isteri dan anak-anak andai si suami tadi meninggal tiba-tiba ? Celah gigi je RM 20,000 tu, silap hari bulan hari ni takaful bayar kat isteri, esok dah habis buat bayar hutang, tu pun belum sette lagi hutang yang ada.

Cara yang terbaik ialah dengan berbincang dengan konsultan takaful berdaftar untuk mendapatkan pelan life takaful yang menepati keperluan kewangan anda. Setakat ni MAA Takaful memang tawarkan perlindungan yang sangat berbaloi, coverage life takaful RM 100,000 boleh dapat dengan caruman RM 2 sehari.

Tak percaya ? 

Meh pm abg kat whatsapp abg bagi official proposal.


About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Pinjaman Kecemasan Berbalas Krik Krik

Abg nak kongsi sikit cerita group tempat abg tinggal, Putra Perdana Resident.

Ada sorang hamba Allah ni, bapanya terlibat kemalangan. Dia terpaksa minta pinjam duit Rm300, sampai sanggup cagarkan handphone dan ic original.

Tapi respon yang dapat ialah "krik...krik...krik" dan lebih banyak kata² yang tak berapa nak membantu. Malas abg nak screenshot panjang kata-kata orang lain yang banyak mempersoalkan itu ini berbanding bagi inisiatif untuk membantu hamba Allah tersebut.

Itu baru Rm 300. Belum lagi Rm 30,000. Masing-masing keberatan untuk membantu. Hari ni kena pada si hamba Allah, tak mustahil satu hari nanti perkara yang sama boleh berlaku pada kita.






Kebiasaannya berdasarkan pengalaman abg bagi kes kemalangan, walaupun di hospital kerajaan, pesakit perlu membayar sendiri kos alat-alat sokongan seperti plat besi, skru dan apa-apa yang dimasukkan ke dalam badan pesakit. Di hospital kerajaan, kos alat-alat tu bersubsidi jadi kadang-kadang bil perlu bayar sendiri dalam lingkungan ratus hingga ribu ringgit.

Berbeza pula di hospital swasta di mana kos plat besi, skru mereka tidak bersubsidi dan pesakit perlu bayar penuh. Abg pernah tengok bil accident berjumlah Rm 15,000. Ha punyalah mahal kos perubatan sekarang. Tapi bil tu bayar guna medical card takaful lah. Gila kau nak bayar cash Rm 15,000, habis gaji setengah tahun sebab accident yang tak sampai berapa saat.

Berbalik pada cerita hamba Allah tadi, mesej dia diforwardkan ke group niaga putra perdana dan Alhamdulillah ada insan yang sudi membantu beliau. Itupun setelah 4 jam ahli group 'berdebat' dan ber krik krik krik.

Abg hanya baca mesej tu keesokkan harinya, maklumlah banyak benar mesej dalam group ditambah lagi macam-macam group abg ada. Maunya nak menghadap satu persatu mesej group. Andai abg baca ketika mesej tu didebatkan, Insyaallah abg hubungi sendiri hamba Allah tu untuk aturkan bantuan.

Itulah realiti masyarakat kita sekarang. Yang betul-betul kecemasan perlu bantuan, bukan nak dibantu tapi didebatkan pula dengan macam-macam hal lain. 

Pesanan abg untuk korang yang membaca ni, ambillah takaful. Kita ambil takaful bukan kerana kita mintak sangat nak accident, sakit dan meninggal awal. Tetapi kita ambil sebagai ikhtiar dalam mengurus kewangan apabila kita ditimpa bencana satu hari nanti. Tak ada orang lain nak tolong kita dah, melainkan kita sendiri buat persediaan tolong diri kita hari ini.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Monday, April 18, 2016

Arwah Suami Ambil Takaful Tanpa Pengetahuan Isteri


Kisah ini adalah perkongsian daripada sahabat agent MAA Takaful abg, Puan Fairuz Ishak, berkenaan dengan kejadian yang menimpa pada klien takaful beliau.

"Perkongsian untuk semua isteri-isteri. Apakah perasaan anda apabila anda dapat warkah daripada suami seperti yang saya paparkan.

Kes ini suami ambil takaful jumlah perlindungan RM 2.6 juta. Tanpa pengetahuan isteri yang tak suka pada takaful sebab isteri rasa tak perlu sebab membazir saja. Tapi si suami rasa tak sedap hati dia ambil juga dan amanahkan pada seseorang bagi warkah ni dan perlindungan RM 2.6 juta bila apa-apa terjadi pada beliau boleh bagi kepada si isteri.

Malang tak berbau. Selepas 5 bulan ambil insurans. Si suami terlibat kemalangan di lebuh raya, si suami meninggal di tempat kejadian. Ketika itu isteri mengandung anak ke-5 yang tak bekerja.

Bila serah polisi dan warkah ni, isteri menangis. Rasa terharu amat sangat."

Demikian pengalaman dan kejadian sebenar yang dikongsi sendiri oleh sahabat agent MAA Takaful.



Abg attach dan besarkan sedikit gambar surat terakhir yang diserahkan kepada isteri arwah.




Ada kalanya akan terdapat ahli keluarga kita yang menentang dan tak bersetuju untuk kita mendaftar pelan takaful. Tapi kita perlu ingat bahawa kehidupan kita atas dunia ini hanyalah bersifat sementara, ianya tidak kekal, dan belum tentu kita mampu hidup mencapai usia 100 tahun.

Ikhtiar kita menyertai takaful ini adalah sebagai persediaan menghadapi apa jua kemungkinan yang akan menimpa kita dan persiapan kewangan untuk ahli keluarga kita sendiri yang bakal kita tinggalkan. 

Bayangkan situasinya jika isteri ini tadi menentang habis-habisan niat suami untuk berikhtiar takaful, dan akhirnya si suami meninggal dunia meninggalkan ahli keluarga tanpa ada apa-apa bekalan kewangan untuk kehidupan isteri dan 5 orang anak. Itu belum dicampur lagi dengan peninggalan hutang arwah jika ada.

Kita disuruh berikhtiar terlebih dahulu dan selebihnya kita bertawakal kepada Allah s.w.t. Niatkan di hati kita untuk mendaftar takaful agar terbayar hutang piutang kita dan terbela masa depan keluarga yang kita tinggalkan andai ditakdirkan kita dijemput kembali terlebih dahulu.


About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus