Showing posts with label News. Show all posts
Showing posts with label News. Show all posts

Wednesday, September 15, 2021

Penambahan Hospital Panel Untuk Pelan Perubatan Zurich Takaful


Berita Baik!

Dengan sukacitanya kami ingin memaklumkan penambahan hospital panel baharu di Malaysia yang berkuatkuasa pada 30 Ogos 2021. Sehingga hari ini, kami mempunyai 119 buah hospital panel di seluruh negara untuk menyediakan kemudahan tanpa tunai kepada pemegang sijil pelan perubatan kami.


Hospital panel baharu seperti berikut:

• Loh Guan Lye Specialist Centre, Pulau Pinang

• Mount Miriam Cancel Hospital, Pulau Pinang

• Anson Bay Medical Centre, Perak

• KMC Medical Centre (Kinta), Perak

• MSU Medical Centre, Selangor

• KL Eye Specialist Centre, Kuala Lumpur

• Oriental Melaka Straits Medical Centre, Melaka

• Borneo Medical Centre (Kuching), Sarawak

• Borneo Medical Centre (Miri), Sawarak

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk lampiran senarai panel hospital terkini yang juga dipaparkan di laman sesawang kami (www.bit.ly/ZPanelHospitals).

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Wednesday, April 1, 2020

Maklumat Penangguhan Caruman Takaful - Zurich Takaful

Kat sini abg kongsikan infografik berkenaan maklumat penangguhan caruman takaful - Zurich Takaful.

Sila ambil perhatian, bukan semua orang layak buat penangguhan sesuka hati. Perlu buat permohonan secara bertulis beserta dengan supporting documents yang diperlukan ya.

Maklumat dan bantuan lanjut, sila hubungi agent atau wakil Zurich masing-masing.









About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Thursday, March 26, 2020

Perlindungan Zurich Takaful Bagi Wabak COVID-19



Zurich Takaful memberi manfaat perlindungan takaful bagi wabak COVID-19. Abg ringkaskan manfaat perlindungan yang boleh dituntut oleh peserta Zurich Takaful;

1. Kematian kerana COVID-19

2. Penyakit kritikal yang disebabkan oleh COVID-19 seperti kegagalan paru-paru tahap akhir.

3. Bayaran caj rawatan hospital berkaitan COVID-19 (Reimbursement)

Bagi manfaat-manfaat yang dilindungi ini, masih tertakluk kepada tempoh bertenang 30 & 60 hari yang berkenaan.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Tuesday, March 24, 2020

Perluasan Cawangan Zurich Takaful


Berkuatkuasa 16 Mac 2020, Zurich Takaful telah meluaskan cawangan kaunter perkhidmatan kepada 5 kawasan berikut;

1. Zurich Takaful Butterworth
Alamat Zurich Takaful Butterworth
11 Jalan Raja Uda, Pusat Perniagaan Raja Uda, 12300 Butterworth, Pulau Pinang.

2. Zurich Takaful Kluang
Alamat Zurich Takaful Kluang
15, Jalan Syed Abdul Hamid Sagaff, 86000 Kluang, Johor

3. Zurich Takaful Kuala Terengganu
Alamat Zurich Takaful Kuala Terengganu
PT Lot 3900 Jalan Sultan Sulaiman, 20000 Kuala Terengganu

4. Zurich Takaful Muar
Alamat Zurich Takaful Muar
6, Pusat Dagangan Bakri, Jalan Bulatan Bakri, 84000 Muar, Johor

5. Zurich Takaful Segamat
Alamat Zurich Takaful Segamat
Wisma Zurich, Jalan Emas, Taman Batu Hampar, 85000 Segamat,Johor

Perluasan cawangan ini memberikan kemudahan perkhidmatan untuk semua pelanggan dan agent Zurich Takaful.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Zurich Malaysia Sumbang RM 160,000 Kepada Hospital Selayang


24 Mac 2020, Zurich Malaysia telah memberi sumbangan tunai sebanyak RM 160,000 kepada Hospital Selayang bagi pembelian mesin bantuan alat penafasan (ventilator) sebagai tanda usaha bersama menghadapi musibah wabak COVID-19.

Semoga usaha ini dapat membantu pesakit-pesakit COVID-19 dan seterusnya mengurangkan kadar kematian akibat COVID-19.

Sama-sama kita doakan agar wabak pandemik ini segera berakhir.

Link Berita ; 



About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Friday, March 20, 2020

Update : Semua Pejabat Zurich Ditutup [22 - 31 Mac 2020]

Kerajaan telah mengumumkan akan mengetatkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan dalam usaha untuk mengurangkan penyebaran jangkitan COVID-19 pada satu sidang media tengah hari tadi. 

Antara langkah-langkah yang akan dilaksanakan adalah menggerakkan angkatan tentera untuk membantu pihak polis dan pihak berkuasa tempatan untuk mengawal pergerakan bermula Ahad (22 Mac 2020). 

Untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakan sekerja, ejen/pengedar, pelanggan dan komuniti di sekeliling kita, Zurich memutuskan untuk menutup Ibu Pejabat dan SEMUA cawangan dari 22 Mac sehingga 31 Mac 2020



Yakinilah bahawa kami sedang bekerja keras untuk memastikan operasi dapat berjalan dengan gangguan minima sepanjang tempoh ini. Kakitangan kami akan bekerja dari rumah dan terus menyediakan perkhidmatan kritikal termasuk pemprosesan dan pengendalian tuntutan insurans/takaful, pengeluaran surat jaminan dan pembaharuan tahunan polisi insurans/sijil takaful.

Dengan pengumuman baru ini, anda mungkin akan menghadapi tempoh pemprosesan yang lebih lama bagi permintaan anda. Bagaimanapun, kami terus komited untuk melakukan yang terbaik untuk memenuhi perkhidmatan kami kepada anda. 

Kami juga ingin menggalakkan anda menggunakan perkhidmatan dalam talian seperti MyAccount yang tersedia untuk kemudahan anda. 

Sekali lagi, ingin kami tegaskan betapa pentingnya kita mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa, dan mengikuti nasihat Perdana Menteri untuk duduk di rumah dan tidak keluar melainkan sekiranya perlu (contohnya membeli barangan runcit, mendapatkan rawatan kesihatan). 

Kami amat menghargai kerjasama anda untuk membantu sesaling kita untuk kekal selamat dan membendung penyebaran jangkitan COVID-19. 

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Notis Operasi Kaunter & Cawangan Zurich Takaful (Perintah Kawalan Pergerakan 2020)

Mohon ambil maklum kepada semua pelanggan Zurich, bermula 20 Mac sehingga 31 Mac 2020 sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan yang telah diumumkan oleh kerajaan.

Beberapa kaunter cawangan Zurich (cawangan kecil) akan ditutup sementara manakala kaunter cawangan Zurich seperti di bawah akan beroperasi pada kadar pengoperasian kakitangan minima.

Hanya kaunter cawangan berikut akan dibuka bagi memberikan perkhidmatan kritikal (essential service) dan waktu operasi kaunter adalah dari jam 8.30 pagi sehingga 1.00 tengah hari sahaja.


Sebarang urusan kecemasan yang tidak dapat dielakkan, tuan puan boleh berhubung dengan Agent / Wakil Takaful tuan puan atau terus hubungi Pusat Panggilan Zurich Takaful di talian 1-300-888-622

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Tuesday, December 31, 2019

Selamat Datang Tahun 2020

Berakhirnya 2019 dan bermulanya 2020.

Apa yang kita rancang, kadang tak seindah yang dibayangkan.



Semoga usaha kita tahun lalu diberkati Allah dan dikurniakan kekuatan untuk kita menghadapi cabaran tahun yang mendatang.

Tahun baru, bukan bermaksud usia kita bertambah. Sebaliknya baki usia kita semakin sedikit. Tingkatkan amal ibadah selari dengan peningkatan umur kita.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Tuesday, December 24, 2019

Terpaksa Usung Kakak Terlantar Sakit Ke KWSP

Seorang pengguna media sosial Nur Sheila Abdullah kesal dengan sikap kakitangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Johor Bharu.

Nur Sheila berkata, keluarganya terpaksa mengusung kakaknya yang terlantar sakit dan tidak boleh bangun kerana sakit kanser menggunakan ambulan ke pejabat tersebut untuk memohon pengeluaran wang simpanan KWSP bagi tujuan rawatan.

Ini cerita penuh Nur Sheila yang dikongsi di Facebook beliau:

------

Slogan KWSP : Sedia Membantu Anda.

Terfikir sejenak saya, betul ke slogan tu atau sekadar membantu bagi pencarum yang sehat kalau yang dah sakit dan bedded sila bantu diri anda sendiri.

Saya dan abang saya ada membuat pertanyaan di kaunter pertanyaan KWSP Johor Bahru.

Kakak kami seorang pesakit cancer memang bed ridden. Beliau berusia 56 tahun dan ingin mengeluarkan kesemua balance yg ada di akaun 1. Tak banyak pun. Tak sampai RM10,000.

Jadi kami meminta jasa baik pihak pengawai KWSP membuat lawatan ke rumah untuk mendapatkan cop jari secara manual dan pengesahan diri pencarum.

Jawapan beliau agak menyedihkan. Beliau kata tidak boleh. Pencarum mesti hadirkan diri juga di pejabat untuk pengesahan cop jari menggunakan mesin mereka.

Tak kisahlah nak datang naik ambulance dan mengunakan stretcher pun boleh, janji datang.

Allahuakbar. Kalau kita tengok pun keadaan di pejabat KWSP JB tu memang tak ada pun disediakan kemudahan seperti ruangan parking ambulance atau ruangan untuk pesakit yamg hilang upaya untuk berada di situ, yang ada hanya untuk OKU (orang kurang upaya) bukan hilang upaya.


Yang menyedihkan lagi, ambulance yang kami sewa diarah oleh security mereka ke belakang bangunan dengan alasan tak nak mengganggu di depan bangunan.

Berpusing-pusing driver ambulance dan ditanya pula kami “lama tak”? Macam-manalah kami nak jawab. Soalan ni agak “tough”.

Akhir sekali adalah seorang pengawai yang datang untuk menguruskan bab ambulance dan mengarahkan MA untuk tolak stretcher masuk ke kaunter.

Allahuakbar. Sedih tengok kakak saya yang memang sudah tidak ada daya upaya mengangkat tangannya tu terus menjadi tontonan orang ramai di situ.

Yang menyedihkan saya lagi, salah seorang pengawai kata, sebenarnya boleh menggunakan cara cop jari manually cuma lambat.

Kenapalah tak beritahu kami pada mula-mula kami buat pertanyaan. Kami tak kesah pun lambat janji kakak kami tak perlu ke sana.

Soalan saya kepada pengawai KWSP yang berada di kaunter, “Puan, pihak pengurusan tak aware ke keselamatan pekerja-pekerja di dalam bangunan ni. Puan bayangkan kalau yang datang ni pesakit yang mempunyai penyakit berjangkit. Tidakkah membahayakan anda semua?”


Feedback saya tentang perkhidmatan KWSP ialah tolonglah “review” balik SOP ( Standard operating procedures) syarikat anda.

Kita hidup di negara yang dikategorikan sebagai negara yang agak maju dan demokrasi. Ubahlah cara kita berfikir. Think out of box and please do something on this.

Saya bangga menjadi rakyat Malaysia dan bukan sahaja menjadi negara yang maju tapi pemikiran pun perlu maju kehadapan!!!

Bukan niat untuk mencari kesalahan tapi cuma perlu untuk perubahan bagi kemudahan kami sebagai pencarum di masa akan datang.

-----

Sementara itu, KWSP telah memuatnaik respon di Facebook berhubung kes di atas yang telah viral.


Sama-sama kita doa agar urusan mereka dipermudahkan dan dikurniakan kesembuhan buat kakak Nur Sheila.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Wednesday, May 29, 2019

Pembayaran Caruman Takaful Kini Lebih Mudah

Zurich Takaful telah menyediakan portal pembayaran caruman yang lebih mudah diakses oleh pencarum Zurich Takaful.

Boleh buat bayaran melalui;
- Akaun bank (Online Banking)
- Kad Kredit/Kad Debit (MasterCard & Visa)
- Pay Halal




Nak buat pembayaran caruman ?

Hanya klik di sini; 

Masukkan nombor sijil takaful dan pilih method pembayaran.

Pastikan Pop Up Blocker dimatikan terlebih dahulu ya.

Selesai !

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Friday, May 3, 2019

Derita Kerana Letak Minyak Brek Motor Pada Gigi

Inilah kisah benar sakit gigi letak minyak brek motor. Sampai masuk ICU.

Consent untuk health promotion and awareness diambil dan pesakit memberi kebenaran untuk post di media social untuk KESEDARAN semua rakyat Malaysia begitu bahayanya penyakit pergigian yang tidak di rawat dengan betul. 


Begini ceritanya. 

Encik ini sakit gigi dah bertahun, tapi awal tahun ni sakit semakin teruk, jadi letak lah dia minyak brek motor. Kali pertama, sakit tu hilang.

Selepas beberapa minggu berlalu, sakit pulak gigi geraham atas tu, sekali lagi dia letak minyak brek. Tapi tak berkesan, gusi pun bengkak. Mungkin takut kepada doktor gigi, encik ni pergi jumpa doktor perubatan. Doktor bagi ubat tahan sakit dan antibiotik.

Selama seminggu makan ubat, tak berkesan, bengkak semakin membesar, selama 4 hari simpan dan tak tahan, baru encik ni pergi jumpa doktor gigi. Masa itu muka bengkak macam 2 biji kepala dah. Kita panggil facial cellulitis. Dengan segera doktor gigi refer kepada HRPZ II untuk emergency kes encik ni.



Masuk wad hari kedua, bengkak semakin besar, nanah penuh dalam muka. Jadi kita decide untuk cabut gigi dan buat incision and drainage (keluarkan nanah). Banyak nanah keluar weh... Hmmmm.😫😫😫🤮🤮🤮🤮

Dengan malangnya, hari ketiga, nanah yang berlebihan sudah sampai ke sistem saraf dan OTAK. Keadaan encik ni semakin teruk, dengan segera refer pakar pakar department lain, akhirnya pesakit ni di masuk ICU dengan diagnosa septic encephalopathy. Jangkitan yang boleh membawa kematian weh.. Don t play play. . Hmmmm. Stresss sangat team omfs/dental sebab jangkitan kuman encik ni.

Hari yang sama, pesakit ditolak ke dewan bedah untuk keluarkan nanah yg berlebihan. Fuhh, masih banyak lagi keluar..🤢🤢🤮🤮

Selama seminggu di ICU, keadaan encik ni semakin pulih. Ditolak ke ward biasa..



Begitulah ceritanya, saya post di sini untuk kesedaran kawan sekalian, kena buat routine checkup pergigian 6 bulan sekali. Gigi yang rosak perlu rawatan yang betul dibuat oleh doktor gigi yang bertauliah. Sama jugak kes FAKE BRACES dan teeth whitening, gigi palsu, kena buat dengan doktor gigi bertauliah. Kalau tak habis semua gigi anda.

KESEDARAN ITU PENTING. Jangan menyesal apabila terlambat.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Monday, February 18, 2019

Rider Takaful Zurich Tetap Berkuatkuasa Setelah Bayaran Asas Dibayar

MANFAAT TAMBAHAN TETAP BERKUATKUASA DIBENARKAN SELEPAS HUKK ATAU PENYAKIT KRITIKAL (SELEPAS JUMLAH PERLINDUNGAN ASAS DIBAYAR SEPENUHNYA)




Berita Baik!

Dalam usaha untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan, kami dengan sukacitanya ingin mengumumkan penambahan siri Takafulink (MTL1, MTL2 dan MTL3) dengan penyambungan perlindungan manfaat-manfaat tambahan walaupun selepas bayaran penuh Jumlah Perlindungan Asas akibat tuntutan Hilang Upaya Keseluruhan dan Kekal (HUKK) atau bayaran tuntutan penyakit kritikal yang mengurangkan jumlah perlindungan asas. 

Oleh itu, anda masih dapat menikmati perlindungan manfaat tambahan seperti Perubatan, Penyakit Kritikal dan Kemalangan Individu selepas tuntutan HUKK atau penyakit kritikal!

Pada masa hadapan, sekiranya Jumlah Perlindungan Asas dibayar sepenuh akibat tuntutan HUKK atau penyakit kritikal, peserta mempunyai pilihan berikut:

 Pilihan 1 (Pilihan tetap)

o Menerima Jumlah Perlindungan Asas sahaja.

o Mengekalkan Akaun Pelaburan Peserta (APP) (aktiviti berkaitan dengan akaun pelaburan seperti pengeluaran, tambah nilai (top-up), pertukaran dana dan sebagainya adalah dibenarkan).

Nota:

o Manfaat Tambahan yang dilampirkan akan dikekalkan dan berkuatkuasa. Tabarru Manfaat Tambahan akan terus dikenakan. Peserta mempunyai pilihan untuk menamatkan Manfaat Tambahan atau mengurangkan Jumlah Perlindungan Manfaat Tambahan. Walau bagaimanapun, peningkatan Jumlah Perlindungan Manfaat Tambahan atau sebarang aktiviti naik taraf kepada Manfaat Tambahan adalah tidak dibenarkan.

 Pilihan 2

o Menerima Jumlah Perlindungan Asas DAN

o Menyerahkan Akaun Pelaburan Peserta (APP).

Nota:

o Sijil Asas dengan semua lampiran manfaat tambahan akan ditamatkan.

o Pilihan ini akan dikuatkuasa sekiranya sijil asas dilampirkan dengan manfaat tambahan Pengecualian Caruman sahaja.

Penambahan ini merangkumi semua Sijil bagi siri Takafulink (termasuk Sijil yang berkuatkuasa dan yang baru) dan akan berlangsung dengan serta-merta.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Wednesday, January 2, 2019

CEO (Salim Majid) Zurich Takaful Letak Jawatan

Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) Zurich Takaful, Encik Salim Majid Zain, telah memutuskan untuk meninggalkan Zurich Takaful Malaysia. 



Salim, yang telah memimpin Zurich Takaful Malaysia Berhad (ZTMB) sebagai Ketua Pegawai Eksekutif sejak tahun 2007 (sebelum ini dikenali sebagai MAA Takaful), akan mengakhiri perkhidmatan beliau di Zurich Takaful pada 13 Januari 2019.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Monday, October 15, 2018

Zurich Takaful Malaysia Berpindah Ke KL Eco City

Dengan penuh sukacita, kami ingin memaklumkan bahawa berkuat kuasa 15 Oktober 2018, ibu pejabat kami akan berpindah ke KL Eco City, sebuah pembangunan moden terkini di Kuala Lumpur. 



Pemindahan ini melambangkan sebuah pencapaian yang membanggakan dalam matlamat kami untuk menyediakan persekitaran tempat kerja yang lebih dinamik untuk pekerja-pekerja Zurich. Dengan secara langsungnya, ini akan mempertingkat kolaborasi antara segmen-segmen perniagaan dan meletakkan kami di posisi yang strategik bagi kejayaan yang berterusan di masa akan datang.

Alamat dan nombor telefon ibu pejabat baharu:

Zurich Takaful Malaysia Berhad
Tingkat 23A, Mercu 3,
No. 3, Jalan Bangsar,
KL Eco City, 59200 Kuala Lumpur
Tel: 03-2109 6000
Faks: 03-2109 6888




Oleh kerana proses perpindahan ibu pejabat ini dijalankan secara berperingkat, perhubungan dan komunikasi harian berkemungkinan akan menghadapi gangguan. Walau bagaimanapun, kami amat komited untuk meminimumkan gangguan yang dihadapi dan kami ingin berterima kasih atas kesabaran anda. 

Buat sementara waktu ini, sila ambil perhatian tentang perkara-perkara berikut:

Perkhidmatan kaunter cawangan akan diteruskan seperti biasa di cawangan Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, sehingga pemindahan ke cawangan HP Tower, Kuala Lumpur pada bulan November. Tarikh rasmi operasi akan diumumkan pada masa akan datang.


About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Friday, September 14, 2018

Pelakon Zaibo Menghidap Kanser Esofagus Tahap 4

Semalam perbualan telefon deejay Hot Fm & Zaibo;

Saya memang tak sangka hidap kanser. Saya tak rasa sakit, cuma bila makan selalu rasa nak muntah.

Mulanya saya check di Hospital Batu Pahat, lepas scan baru tau saya hidap Esofagus kanser tahap 4.

Abg dengar pun rasa seram. Rupanya kanser esofagus ni adalah Asymptomatic (satu penyakit tanpa simptom). Tapi bila dapat tahu, dapat kesan, selalunya kanser dah masuk tahap akhir.


Kita boleh belajar dari pengalaman orang lain & buat persediaan awal. Banyak dah kisah pesakit kanser yang kita baca..

Kanser memberi impak yang besar, bukan saja kepada pesakit, tapi keluarga pesakit.

  • Pesakit kanser tak mampu untuk bekerja.
  • Pesakit kanser perlukan jagaan rapi, tak mampu buat rutin harian sendiri..
  • Pesakit kanser perlukan alatan & ubat khas untuk perubatan..

Dan banyak lagi kos-kos kewangan yang bakal menanti..

Buatlah persediaan dan perlindungan kewangan Takaful dengan segera sementara kesihatan masih mengizinkan kita.

Kita doakan semoga abang Zaibo dikurniakan kesembuhan dari Allah yang Maha Berkuasa, Dia yang menurunkan penyakit dan Dia juga yang mengurniakan kesembuhan.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Friday, September 7, 2018

BANK HSBC - SI BAKHIL MENAFIKAN UBAT-UBATAN KAKITANGAN

BANK HSBC - SI BAKHIL MENAFIKAN UBAT-UBATAN KAKITANGAN

Pada 21hb Mac 2018, Ken seorang staf kanan di Bank HSBC pergi ke dispensary untuk mengambil ubatnya sesudah selesai pemeriksaan kesihatan rutin. Staf di dispensari memberitahu bahawa mereka telah menerima arahan dari Bank HSBC supaya jangan membekalkan ubat dan rawatan yang telah dia terima semenjak 23 tahun yang lalu.

Ken segera menghubungi Pengurus Kanan, Alan Sunil Netto yang memberi jaminan beliau akan semak perkara tersebut. Walaupun menghantar e-mel dan WhatsApp, tidak ada maklum balas dari Encik Alan.



Ken sedar kalau dia tidak mengambil ubat preskripsi oleh doktornya itu nyawanya dalam keadaan merbahaya, maka Ken membeli ubat tersebut dengan wang sendiri.

Tiga puluh (30) hari selepas aduan dibuat, Alan bangun dari tidur dan menjawab bahawa dia akan memberi maklum balas kepada Ken dalam masa seminggu. Tiga hari selepas itu Alan jawap menyatakan bahawa perkara tersebut sedang dibincangkan dengan pihak dispensari dan rakannya akan menghubunginya Ken.

Kemudian Shareen Teoh dari Jabatan Sumber Manusia HSBC mengarahkan Ken untuk mendapatkan pendapat perubatan kedua pula. Ken menepati perintah itu. Dalam pada itu, Ken terus mengingatkan Alan kerana dia tidak memberi maklum balas seperti yang dijanjikan. (Kita hanya boleh membuat kesimpulan bahawa Allan telah meneruskan tidurnya!)

Tujuh puluh lima (75) hari kemudian Shareen Teoh menjawab bahawa hanya salah satu ubat daripada senarai preskripsi asal akan dibekalkan dengan syarat, kali ini ialah Ken mendapat Preskripsi Pakar pula!

Walaupun Ken memberikan Preskripsi Pakar kepada pihak Bank HSBC, masalahnya tidak berakhir. Bank HSBC memberitahunya bahawa preskripsi itu akan dikaji semula!

Pendek kata, Ken terpaksa membuat dua (2) kilanan sebelum dia diberi rawatan dan ubatnya. Keluhan Ken masih tidak selesai kerana Bank HSBC cuba untuk menafikan akses rawatan perubatan seperti yang diperuntukkan dalam Perjanjian Kolektif kepada kepada Ken dan ahli NUBE yang lain.

Layanan yang tidak berperikemanusiaan yang dialami oleh Ken adalah manifestasi keangkuhan Bank HSBC terutamanya Pengurusan HR yang tidak produktif dan kurang berprestasi.

Ini adalah perompak zaman moden yang diketuai oleh Calister Koh dan seorang CEO British Stuart Milne; yang sanggup melentur ke belakang semata-mata untuk menafikan manfaat perubatan pekerja mereka dan juga melanggar peruntukkan yang termaktub dalam Perjanjian Kolektif.

Post Asal: NUBE Malaysia 
(Labour Union for Bank Employee Malaysia)

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Wednesday, January 31, 2018

Zurich Takaful Syarikat Takaful Paling Cemerlang Tahun 2017



 Zurich Takaful telah dinobatkan sebagai syarikat takaful paling cemerlang bagi tahun 2017. Anugerah telah disampaikan pada 14th Kuala Lumpur Islamic Finance Forum 2017.



About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Sunday, January 14, 2018

Panggilan Sindiket Penipuan Menyamar Kastam +601300883163

Bermula dari sebelah utara Kedah dan Penang sejak 3 minggu lalu. Dan sekarang skim penipuan dah masuk Lembah Klang.

Sebelum ni penipu gunakan modus operandi tunggakan pinjaman bank. Tapi sekarang mereka menyamar sebagai Kastam, gunakan isu konon IC digunakan untuk beli henfon seludup dan mintak bank in duit bayaran tutup kes, dan juga guna isu tunggakan GST mintak duit kalau tak nak kena lokap.

Berhati-hatilah ya...

Sebarkan !














About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Thursday, May 25, 2017

Liberalisasi Insurans Kenderaan 1 Julai 2017

Liberalisasi tarif insurans kenderaan bermula 1 Julai 2017.



Sebelum liberalisasi tarif (sebelum 1 Julai), premium insurans kenderaan ditetapkan (fixed tariff) berdasarkan;

1. CC kenderaan
2. Model Kenderaan
3. Umur kenderaan
4. Ncd maksima 55%

Boleh tengok video Etiqa Takaful pasal liberalisasi kat sini [Klik Sini]

Bermula 1 Julai, syarikat insurans kenakan premium kenderaan melalui profil risiko pemandu kenderaan dengan menilai aspek seperti;

1. Sikap pemandu (kesalahan trafik, langgar lampu merah, masuk simpang tak bagi signal dan lain-lain)
2. Jadual penyelenggaraan kereta oleh pemandu kenderaan
3. Anti theft sistem yang dipasang pada kenderaan
4. Tempat meletak kenderaan
5. Ncd maksima dikekalkan 55%


Makanya selepas 1 Julai ini, setiap syarikat insurans akan caj premium yang berbeza dan coverage yang berbeza berdasarkan 'risk profile' pemandu dan kenderaan yang nak diinsuranskan.

Ini apa yang abg faham pasal liberalisasi.

So apa komen korang pasal liberalisasi ni?

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Saturday, February 4, 2017

Statistik Pesakit Kanser di Malaysia 2016

Statistik pesakit kanser di Malaysia 2016. Sumber: News StraitsTimes, 3 April 2016 (Statistik Kementerian Kesihatan Malaysia)




Kos rawatan kanser mencecah ratusan ribu ringgit.

Adakah awak dah bersedia dari segi kewangan seandainya anda didiagnos menghidap kanser ?

Buatlah persediaan awal dengan program CancerCare dari Zurich Takaful. Boleh roger abg untuk info ya.


About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus