Monday, February 18, 2019

Rider Takaful Zurich Tetap Berkuatkuasa Setelah Bayaran Asas Dibayar

MANFAAT TAMBAHAN TETAP BERKUATKUASA DIBENARKAN SELEPAS HUKK ATAU PENYAKIT KRITIKAL (SELEPAS JUMLAH PERLINDUNGAN ASAS DIBAYAR SEPENUHNYA)




Berita Baik!

Dalam usaha untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan, kami dengan sukacitanya ingin mengumumkan penambahan siri Takafulink (MTL1, MTL2 dan MTL3) dengan penyambungan perlindungan manfaat-manfaat tambahan walaupun selepas bayaran penuh Jumlah Perlindungan Asas akibat tuntutan Hilang Upaya Keseluruhan dan Kekal (HUKK) atau bayaran tuntutan penyakit kritikal yang mengurangkan jumlah perlindungan asas. 

Oleh itu, anda masih dapat menikmati perlindungan manfaat tambahan seperti Perubatan, Penyakit Kritikal dan Kemalangan Individu selepas tuntutan HUKK atau penyakit kritikal!

Pada masa hadapan, sekiranya Jumlah Perlindungan Asas dibayar sepenuh akibat tuntutan HUKK atau penyakit kritikal, peserta mempunyai pilihan berikut:

 Pilihan 1 (Pilihan tetap)

o Menerima Jumlah Perlindungan Asas sahaja.

o Mengekalkan Akaun Pelaburan Peserta (APP) (aktiviti berkaitan dengan akaun pelaburan seperti pengeluaran, tambah nilai (top-up), pertukaran dana dan sebagainya adalah dibenarkan).

Nota:

o Manfaat Tambahan yang dilampirkan akan dikekalkan dan berkuatkuasa. Tabarru Manfaat Tambahan akan terus dikenakan. Peserta mempunyai pilihan untuk menamatkan Manfaat Tambahan atau mengurangkan Jumlah Perlindungan Manfaat Tambahan. Walau bagaimanapun, peningkatan Jumlah Perlindungan Manfaat Tambahan atau sebarang aktiviti naik taraf kepada Manfaat Tambahan adalah tidak dibenarkan.

 Pilihan 2

o Menerima Jumlah Perlindungan Asas DAN

o Menyerahkan Akaun Pelaburan Peserta (APP).

Nota:

o Sijil Asas dengan semua lampiran manfaat tambahan akan ditamatkan.

o Pilihan ini akan dikuatkuasa sekiranya sijil asas dilampirkan dengan manfaat tambahan Pengecualian Caruman sahaja.

Penambahan ini merangkumi semua Sijil bagi siri Takafulink (termasuk Sijil yang berkuatkuasa dan yang baru) dan akan berlangsung dengan serta-merta.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D