Wednesday, April 17, 2013

Kad Tiada Ternilai


Kali ni aku nak kongsikan pada korang kisah sekeping kad. Cuba seluk dompet korang, tengok kad apa yang ada dalam tu. Kisah ni berkaitan dengan kad yang ada dalam dompet korang tu ;)

Okey, let's begin the story.

Kamal seorang eksekutif kewangan di sebuah syarikat perakaunan. Beliau baru mencecah usia 36 tahun. Namun tidak siapa menduga, seawal usia beliau, beliau disahkan menghidap masalah jantung tersumbat. Bermula dengan simptom darah tinggi yang berpunca daripada tekanan kerja dan kurangnya aktiviti bersenam, penyakit Kamal kini berada pada tahap kritikal yang perlukan rawatan segera.

Doktor yang merawat Kamal telah mengeluarkan surat untuk Kamal merujuk kepada hospital kerajaan yang berdekatan. Berbekalkan surat rujuk hospital, Kamal pergi ke hospital kerajaan berdekatan kediaman beliau. Hasil pemeriksaan di hospital, doktor telah mengesyorkan pembedahan pintasan jantung dibuat segera. Namun, Kamal perlu menunggu giliran selama sekurang-kurangnya 4 bulan kerana terdapat pesakit lain yang perlu dibedah dahulu mengikut giliran.


Kamal merasakan 4 bulan itu terlalu lama untuk beliau. Dada Kamal yang sering perit dan nafasnya yang kerap kali sesak dan tersangkut-sangkut menyebabkan beliau tidak mahu tunggu lama untuk pembedahan. Pilihan lain yang ada sekarang ialah untuk mendapatkan pembedahan segera iaitu di hospital swasta. 

Demi kesihatan, Kamal terus merujuk kepada hospital swasta bagi mempercepatkan pembedahan. Alangkah bertambah teruknya beban jantung Kamal apabila dimaklumkan caj bagi keseluruhan pembedahan pintasan jantung sebanyak RM 20,000++, tapi dengan jumlah itu Kamal boleh menjalankan pembedahan dalam tempoh 1 minggu sahaja.


Kamal tiada pilihan, tak sanggup untuk beliau terus menunggu dan menanggung kesakitan yang boleh membawa kematian. Beliau seakan tidak bersedia untuk meninggal seawal usia ini. Dengan anak-anak beliau yang masih kecil bersekolah, kedua ibu bapa beliau yang bergantung kehidupan wang bulanan daripada beliau, Kamal tidak sanggup melihat anak-anak dan ibu bapanya hilang tempat bergantung jika beliau meninggal sekarang.

Dompet beliau dikeluarkan, dibelek-belek satu persatu kad yang ada dalam dompetnya. Ada 3 keping kad yang membuatkan beliau terpaku dan berfikir....



Kad Pertama
Kad ATM. Dalam akaun simpanan Kamal, terdapat sejumlah wang RM 16,000. Wang itu adalah simpanan beliau bagi menunaikan haji bersama isteri. Untuk menyimpan jumlah itu, banyak perkara dan kehendak Kamal telah korbankan semata-mata menyimpan wang. Jika Kamal keluarkan semua wang yang ada dalam simpanannya, beliau berasa amat kecewa dan sedih kerana susahnya payah selama ini dileburkan sekelip mata. 

Ini adalah kad sad ending :( Permulaan mengumpul wang bersusah payah akhirnya simpanan hilang begitu sahaja. Kamal menyimpan kad ini dan mula membelek kad kedua....

Kad Kedua
Kad kredit. Beliau tahu, had kad kredit beliau mencapai sehingga RM 10,000. Jika beliau gunakan kad ini tidak perlu untuk beliau keluarkan semua simpanan untuk menampung kos pembedahan jantung. Bila dihitung kembali, dengan kadar faedah dan caj hutang kad yang bakal ditanggung, Kamal berfikir panjang. Kad ini bukanlah percuma, beliau perlu membayar kembali jumlah yang telah diguna beserta dengan faedah bulanan. 

Biarpun sebahagian simpanan beliau selamat jika kad ini digunakan, tapi apa gunanya jika komitmen hutang bulanan beliau meningkat daripada yang sedia ada. Tambahan caj faedah yang setinggi 18% setahun itu boleh menyebabkan hutang kad ini mengambil masa yang lama untuk diselesaikan.

Segera Kamal menyimpan kad ini ke dalam dompet semula.

Ini adalah kad swipe & sweat. Mengunakannya semudah meleretkan kad itu, tetapi untuk membayar semula, menitik peluh juga setiap kali sampai penyata kad ke rumah. Kad ketiga ditenung...



Kad Ketiga
Kad perubatan MAA Takaful. Kamal mula teringat yang setiap bulan beliau ada mencarum bagi pelan takaful perubatan dan pelaburan. Kad ini yang patut digunakan beliau sekarang. Kamal benar-benar lega kerana beliau tidak perlu lagi mengeluarkan simpanan dan tidak perlu menambah beban hutang kad kredit kerana kad ini akan menyelesaikan 100% bil rawatan pembedahan yang beliau akan jalani. Dengan kad ini, beliau mempunyai akses ke 90 hospital swasta panel dan berdaftar untuk menjalani pembedahan.

Inilah kad smart yang selama ini menyorok dan tersisih di dalam dompet Kamal. Beliau bersyukur memiliki kad ini walaupun selama beliau sihat, beliau tidak pernah sekali berkesempatan membeleknya. 

Kamal telah selamat menjalani pembedahan di hospital swasta pilihan beliau. Tanpa perlu beliau habiskan simpanan, dan tanpa perlu beliau membuat hutang dan yang lebih penting lagi, beliau dapat segerakan pembedahan jantung beliau. Setelah pembedahan, beliau telah melengkapkan seluruh ahli keluarga beliau dengan sekeping kad smart iaitu kad perubatan MAA Takaful.

Ini adalah kisah benar yang diolah semula jalan ceritanya :)

Alkisahnya, kepada korang yang belum ada 'kad smart', boleh-boleh dah tu ada sekeping ;)



Berminat untuk mendapatkan kad perubatan ?
Hubungi saya sekarang !

Emel: takafulmychoice[at]gmail.com


SMS KOD KUPON:
MAA 51773 ke 013-404 4072
&dapatkan diskaun caruman 10% bagi bulan pertama

Esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini,
Tapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok !

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus