Tuesday, May 3, 2016

"Sori, Saya Tak Minat Ambil Takaful !"

"Sori, saya tak minat amek takaful".

Jujurnya abg peduli apa kalau tak minat. Sebab tu abg boleh stay 6 tahun buat takaful, rilek je. Tak minat tu biasa la sebab tengah sihat, ada kerja, ada gaji, ada duit, cukup makan minum.

Cuba bila terkena batang hidung sendiri, tiba-tiba tak disangka ada penyakit mengejut, kerja terganggu asyik MC, leave, MC, leave. 

Gaji pulak daripada bergaji penuh kepada separuh gaji dan akhirnya cuti tanpa gaji. Duit dah tak ada, makan minum nak kena tanggung jugak. Kos perubatan pun nak kena bayar lagi. Pastu macam mana ?

Ada tak kawan-kawan terdekat 'berminat' nak bantu kita?



Ada tak mana-mana agent 'berminat' nak tolong daftarkan takaful?

Sila hari bulan, kawan-kawan semua ambil kesempatan atas kita. Dengan tawarkan untuk membeli harta-harta kita pada harga kita terdesak nak pakai duit.

Abg pernah tengok orang jual rumah under market value sebab nak pakai cash urgent untuk buat bayar kos pembedahan. Abg juga pernah tengok orang meminjam along untuk tampung kos perubatan hospital. Yang buat personal loan dengan bank tak usah cakap la berapa banyak.

Kita yang masih sihat ni boleh la cakap "Tak Minat".

Barangkali kita lupa, kemalangan, penyakit dan kematian tak pernah tunggu kita ada perasaan minat dan tak tunggu kita bersedia fizikal, mental dan kewangan.

Sedarlah tuan,puan.
Tak perlu tunggu ada MINAT.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D