Thursday, May 5, 2016

MAA Takaful Kini Milik Zurich

Zurich Insurance Co. membeli kesemua kepentingan MAA Takaful Berhad daripada MAA Group dan Solidarity Group Holdings pada harga RM525 juta.

MAA Group Berhad menjual 75 peratus kepentingan MAA Takaful Berhad kepada Zurich Insurance Co. Ltd pada harga RM393.75 juta secara tunai.

Manakala Solidarity Group Holding BSC yang memegang baki kepentingan 25 peratus dalam MAA Takaful juga melupuskan pemilikannya kepada Zurich pada harga RM131.25 juta.

http://www.thestar.com.my/business/business-news/2016/05/04/maa-sells-takaful-business-for-rm394mil-and-declares-special-dividend-of-35-sen/

MAA Group dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata, kos pelaburan asal dalam MAA Takaful berjumlah RM75 juta.

Mengambil kira cadangan pelupusan selesai pada 31 Disember lalu, MAA Group menjangka merekodkan keuntungan pro forma ke atas penjualan itu sebanyak RM289.5 juta.

Kenyataan itu dibuat selepas menerima kelulusan cadangan pelupusan itu daripada Menteri Kewangan melalui Bank Negara Malaysia surat bertarikh 27 April lalu.

"MAA Group dan Solidarity telah menandatangani perjanjian cadangan pelupusan MAA Takaful pada harga RM525 juta," katanya. - MalaysiaGazette

Ulasan tambahan abg :

Beberapa agent syarikat lain mengatakan MAA Takaful jatuh bankrap. Kenyataan tersebut adalah tidak benar sama sekali. Pembelian dan penjualan syarikat (merger, acquisition, take over) adalah lumrah dalam perniagaan yang sedang berkembang pesat sehingga menarik minat.

Contoh, Takaful Nasional pernah diambil alih oleh Maybank dari MNI Insurance, dan kini menjadi Etiqa Takaful. Bank Bumiputera Malaysia Berhad (BBMB), sudah tidak wujud lagi. Ia menjadi Bumiputera Commerce Bank (BCB) kemudiannya.

Apa jadi pada pelanggan-pelanggan sedia ada ? 

Jangan risau, semuanya adalah selamat, sijil takaful adalah berkuatkuasa mengikut polisi masing-masing. Semua itu adalah perkembangan bisnes dalami industri kewangan.

Kalau ada agent yang cakap;
1. MAA bankrap, kena jual saham.
2. MAA medical card 3rd party, tak boleh claim.
3. Polisi MAA dah tak valid
4. Atau apa-apa yang janggal bunyinya

Mohon PM abg beserta
1. Screenshot status posting
2. Nama agent tersebut
3. Syarikat yang diwakili agent tersebut

MAA Takaful is Cash-rich company. Boleh baca artikel The Star 30 April 2016 di sini.

smile emoticon

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

2 comments:

  1. Salam..saya nak tau bagaimana nak dapatkan salinan covernote insurans MAA bg kereta saya selain dari terus ke pusat insurans?boleh pos k?

    ReplyDelete
  2. fuhhh, naseb baek bace bende ni. kalo x mmg aku x paham2 pasal perpindahan ni. tq sebab post bende ni brooo

    ReplyDelete

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D