Monday, May 2, 2016

Isu Claim: Akibat Tipu & Sorok Taraf Kesihatan Untuk Daftar Takaful

Kebiasaannya ada pemohon takaful yang mempunyai masalah kesihatan akan bertanya soalan sebegini kepada agent takaful;


Boleh tak kalau saya tak nak declare rekod sakit saya dalam form takaful ?

Kalau saya ada sakit sikit, boleh kawtim tak untuk daftar takaful ?

Saya nak takaful luluskan permohonan saya dengan cepat. Tapi baru ni ada masuk hospital, tak serius, boleh uruskan ?

Abg tak nafikan ada agent yang tak beretika dan tak bertanggungjawab akan bersekongkol dengan pemohon yang mempunyai masalah kesihatan, membuat permohonan dengan tak declare taraf kesihatan supaya permohonan diluluskan dan agent dapat komisyen jualan.

Tapi ada KESAN BURUK apabila tipu, sorok & palsukan maklumat kesihatan apabila mendaftar takaful iaitu :

1. Tuntutan atau claim takaful akan DITANGGUH apabila pemohon jatuh sakit atau meninggal dunia kerana segala butiran kesihatan yang sebenar akan terdedah bila buat tuntutan.

2. Satu siasatan 'further investigation' akan dijalankan sama ada terdapat salah nyata dalam permohonan takaful oleh pemohon bagi menentukan kelayakan bayaran claim.

3. Jika siasatan yang dilaksanakan takaful dapat membuktikan terdapat salah nyata dalam permohonan takaful, maka takaful akan tolak tuntutan (claim decline) dan BATALKAN sijil tersebut serta memulangkan semula semua bayaran caruman takaful yang telah dibuat (cancel from inception).

Kes sebenar dari fail claim abg sendiri. Sorok masalah kesihatan ketika memohon takaful.
Kes claim: Kematian kanser, wanita awal 30 tahun

Tempoh sijil: 3 bulan (masih dalam specified waiting period 120 hari) 

Status: Tuntutan ditolak (decline), keputusan medical investigation mendapati terdapat rekod kesihatan yang tidak didedahkan pemohon iaitu Diabetes Melitus & Uterine Fibroid pada tahun 2013. Semua caruman dipulang semula kepada waris.



Declined Letter Dari Takaful


Pemohon takaful memang boleh tipu dan sorok tafaf kesihatan supaya cepat dapat kelulusan takaful. Tetapi natijahnya ialah bila berlaku tuntutan (claim) dalam tempoh terdekat; 

1. Syarikat takaful boleh mempertikaikan tuntutan yang meragukan dengan menjalankan medical investigation terhadap pemohon yang menuntut. Syarikat takaful mengenakan 'cooling period' selama 120 hari bagi setiap permohonan baru yang mana jika berlaku penyakit 'specified illness' dalam tempoh tersebut, takaful boleh menolak untuk membayar apa-apa tuntutan. Selain itu terdapat 'tempoh boleh dicabar' selama 2 tahun yang ditetapkan oleh takaful bagi tuntutan yang ada unsur meragukan. 

2. Jika didapati pemohon telah mempunyai rekod kesihatan dan tidak buat declaration yang betul ketika memohon, syarikat takaful akan membatalkan sijil takaful pemohon dan memulangkan semua caruman yang telah dibayar (cancel from inception). 

Pengajaran untuk konsutan takaful yang lain 

1. Kalau client dah tak sihat, declare aja terang-terang. Walaupun dia cakap ada darah tinggi 'sikit', kencing manis 'sikit', declare dalam application form. Bacaan gula 14mol bagi pemohon diabetes mungkin dikatakan 'sikit', tapi ianya sangat material bagi syarikat takaful. 

2. Kalau pemohon enggan dedahkan kesihatan yang sebenar dalam borang permohonan dan cakap nak apply kat orang lain, BIARKAN mereka berlalu pergi. Kita tak kan rugi pun kerana kos Attending Physician Statement mereka pun kita yang tanggung kalau mereka proceed apply. Dan kos-kos menguruskan pemohon yang sorok status kesihatan adalah tinggi. Kejap-kejap whatsapp bagi tau nak masuk hospital, padahal polisi baru sebulan. Lepas tu kos tahan maki bila in future claim tak approve sebab non disclosure. 

3. Jangan menyusahkan diri untuk pemohon yang bermasalah tapi nak kawtim itu kawtim ini. Kita bukan dapat beribu-ribu ringgit dari caruman mereka sorang. Silap hari bulan, kita akan dapat sebakul maki daripada mereka dan waris bila claim ditolak. Memburukkan keadaan jika syarikat takaful kita mencurigai kredibitiliti kita sebagai agent mereka dan mengenakan suspension terhadap komisyen kita atau claw back komisyen. 

4. Cari pemohon yang sihat. Jika dulu mereka sihat, sekarang dah sakit baru nak apply, abg memang tak layan. Kita sedia maklum takaful bukan badan kebajikan nak melayan orang-orang yang alpa nikmat kesihatan semasa masih ada peluang. Dan kita agent takaful juga bukanlah pegawai kebajikan masyarakat yang boleh layan semua kerenah. 

Biarlah menjadi pengajaran untuk semua. 
♥ MOHON TAKAFUL KETIKA SIHAT ♥

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D