Monday, September 5, 2016

"Saya Okay Aje Dah 60 Tahun Hidup Takda Takaful"

"Saya tak pernah ada takaful. Ok aje pun. Sekarang dah masuk umur 60 tahun dah."- Kata seorang pak cik 
 
Kita tak boleh pukul rata. Setiap orang ada bahagian ujian mereka yang berbeza.

Ada suami yang ditakdirkan meninggal usia muda, meninggalkan balu bersama-sama anak yang masih kecil. Terkontang kanting si isteri tak tahu nak bawa haluan.

Ada pula mereka yang diuji dengan penyakit sehingga melarat hilang pekerjaan seperti strok dan kanser. Terpaksa mengharap simpati orang untuk meneruskan baki kehidupan.


Tak kurang juga yang diuji dengan ditimpa kemalangan kerana kecuaian orang lain sehingga lumpur anggota badan. Hilang terus kemampuan tubuh badan untuk bekerja menjana pendapatan harian dan makan minum ahli keluarga.

Kita TAK mintak untuk semua benda-benda tu terjadi pada diri kita mahupun keluarga kita yang lain (semoga Allah mengurniakan kesihatan yang baik dan umur yang panjang kepada kita semua), tapi sekiranya telah tertulis takdir, apa persediaan yang kita dah buat sebelum terjadinya musibah tersebut ?

Takaful adalah salah satu jalan usaha dan ikhtiar. Biarlah orang nak kata kita rugi bayar bulan-bulan, sekurang-kurangnya kita dah buat persediaan kewangan untuk diri sendiri.

Kalau susah, bukan orang berebut-rebut nak tolong kita pun. Inilah ikhtiar kita, usaha kita. Selebihnya kita serahkan pada Allah swt.

Jika sihat, diberi umur yang panjang, dikurniakan kesihatan yang baik, ucaplah Alhamdulillah. Tak usah kita pertikaikan sana sini, orang lain susah pun bukan kita yang tolong makan minum keluarga mereka.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D