Monday, September 5, 2016

Insurans Bukan Budaya Kita

Baru ni abg jumpa seorang prospek untuk perkenalkan Takaful Income Replacement bagi persediaan kewangan di hari-hari tubuh badan tidak lagi mampu bekerja menjana pendapatan. Yang abg nak kongsikan kat sini ialah rejection yang diberikan oleh prospek tersebut;

Insurans ke takaful ke ni bukan budaya kita...
Saya tak berminatlah. Bukan budaya kita.

Secara tak sengaja abg pun jawab;

Aah ye betul cik. Insurans takaful ni bukan budaya kita. Budaya kita ni bila dah ada problem baru nak cari insurans, nak cari takaful. Bila kena reject, kata syarikat insurans takaful ni tak nak tolong. Budaya yang kita duk amalkan, buat tabung kilat sumbangan.
Tapi berapa sangat yang boleh kumpul dalam masa singkat.



Mendidik masyarakat tentang pentingnya takaful banyak cabarannya, terutama di kalangan masyarakat melayu yang berfikiran "dah kena baru nak terngadah". Walaupun begitu, bagi generasi Y pula kelihatan sudah mempunyai kesedaran melindungi kewangan daripada risiko dan musibah dalam hidup. Apa pun cabarannya, jihad takaful bagi membantu persediaan umat tetap perlu diteruskan. Tak dapat tolong orang lain, kita say "next" untuk tolong yang lain.

Adakah Anda Telah Bersedia ?

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D