Wednesday, March 9, 2016

Cara Turunkan Paras Kolestrol

Masalah kolestrol tinggi, nampak macam tak ada apa-apa yang serius aje kan. Ha... Jangan main-main dengan paras kolestrol kerana kolestrol yang tinggi dan tak terkawal boleh menyebabkan banyak penyakit berbahaya yang salah satunya adalah jantung tersumbat.

Rata-rata orang TAK MENYEDARI mereka menghadapi masalah kolestrol tinggi kerana untuk tahu level kolestrol perlu buat ujian darah dan berpuasa. Maka kerana malas untuk buat ujian darah, kita tak sedar bahawa tahap kolestrol kita berada pada tahap tidak sihat.

Bila masa kita tahu kolestrol kita tinggi ? Biasanya bila kita dah ada simptom-simptom penyakit, pergi klinik dan doktor buat ujian darah, nah.. baru kita tahu kolestrol kita tinggi.

Sebenarnya abg sendiri tak jangka kolestrol abg tinggi. Ni pun kantoi sebab abg buat pakej pemeriksaan darah dekat Pathlab (pakej 18kg berharga RM249) yang menguji darah abg untuk pelbagai jenis 'tag' penyakit termasuk kanser. Ujian darah seharusnya kita buat sekurang-kurangnya setahun sekali untuk mengesan apa-apa masalah penyakit lebih awal dan buat tindakan rawatan lebih awal. Er... anda dah buat ujian darah untuk diri masing-masing ke ? Pergilah buat. Sihat tak beerti kita tak ada penyakit ye.

Lepas abg tahu kolestrol abg tinggi, maka bermulalah aktiviti mencantas makanan tak sihat dan ambil supplement kesihatan. Abg ada jumpa satu resipi turunkan kolestrol kat google dan youtube dalam pelbagai versi dan bahasa tapi caranya dan bahan-bahannya hampir sama.

Maka abg kongsikan resipi untuk turunkan kolestrol.
Keberkesanannya telah diuji oleh abg sendiri. Paras kolestrol abg menurun sangat mendadak selepas seminggu abg makan secara konsisten. Bacaan masa ujian darah dekat Pathlab ialah 6++, bacaan ujian darah di farmasi (berpuasa) 3++.


Bahan-bahan 🍶
1 cawan jus lemon 
1 cawan jus bawang putih
1 cawan jus halia (dalam youtube, dia suruh guna halia bara tapi abg guna halia biasa kat pasar malam)
1 cawan cuka epal


Untuk dapatkan jus lemon/bawang putih/halia, blender bahan-bahan mentah TANPA campur air

Campurkan kesemua 4 bahan yang jadi jus tadi masuk periuk. Masak kat dapur guna api kecik sampai dia kering dari 4 cawan kepada 3 cawan.

Dah siap, biarkan sejuk seketika. Tambah 2 cawan madu ke dalam periuk, isikan dalam botol, simpan dalam peti ais.

Makan 2 sudu pagi bila bangun tidur.
Makan 2 sudu sebelum tidur.

Dia punya rasa, susah abg nak cakap. Tapi apa adahal, nak sihat punya pasal kan. Salah kita jugak sekali ni ngappp aje semua makanan 'sedap' berkolestrol.

Seminggu lepas makan secara konsisten, try cek paras kolestrol. Ada jugak orang cakap kalau nak senang, malas nak blender, tak reti nak buat, pergi aje kedai jual jamu, beli JUS LEGA. Pun boleh jugak, sebab banyak testimoni pesakit jantung tersumbat ikhtiar minum Jus Lega ada perubahan positif pada mereka. Dan rupanya resipi Jus Lega hampir sama dengan apa yang abg jumpa kat google dan youtube yang telah abg kongsikan dalam post ni.

Sakit apa pun, kita ikhtiarlah ye.
Ehem...Sebelum sakit, kalau boleh apply medical card kat abg tau.


Incoming search terms:
turunkan kolestrol, petua turunkan kolestrol


About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D