Monday, March 14, 2016

7 Perkara Hibah Takaful Boleh Bantu Waris Anda

Hibah takaful adalah bayaran faedah atas kematian peserta takaful yang diberi terus kepada waris yang dinamakan tanpa perlu difaraidkan.


Undang-undang sudah memberikan kuasa penuh kepada peserta takaful dalam melantik penama sebagai pemegang amanah, pentadbir atau penerima hibah. 

Maka, sebagai waris penerima Hibah Takaful, apa yang waris boleh lakukan dengan hibah takaful ?



7 Perkara Waris Boleh Lakukan Dengan Hibah Takaful 

Selalunya kita ambil REMEH tentang perlindungan kewangan dan manfaat hibah yang terdapat pada takaful. Takaful adalah salah satu ikhtiar dan perancangan kewangan dalam kehidupan.












1. Melupuskan hutang.

Hutang adalah perkara PERTAMA perlu diselesaikan oleh waris sejurus si mati meninggal dunia.

Kerana hutang yang tidak berbayar, ianya boleh menjadi penghalang untuk kita menuju Syurga.

Sabda Rasulullah s.a.w
"Diampuni semua dosa orang yang mati syahid kecuali hutang." (Hadis riwayat Muslim).

“Barangsiapa yang ruhnya terpisah dari jasadnya dan dia terbebas dari tiga hal
: [1] sombong, 
[2] ghulul (khianat), dan 
[3] hutang, 
maka dia akan masuk surga.” 

(HR. Ibnu Majah no. 2412. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih)











2. Laksana Haji.

Waris digalakkan membuat Badal Haji/Upah haji bagi si mati. Disamping itu, waris juga adalah digalakkan untuk menunaikan haji bagi memenuhi rukun Islam ke-lima bersama-sama kedua-dua orang tua yang masih hidup.

Rasullulah s.a.w
“Sesiapa yang membuat ibu dan bapanya gembira (memberi keredhaan), maka sesungguhnya ia mendapat redha Allah s.w.t”. (Hadis Riwayat Bukhari)








3. Modal pengurusan harta pusaka.

Waris memerlukan modal bagi menguruskan harta pusaka (pelantikan peguam, kos-kos incidental) dan pengurusan harta pusaka memakan masa yang panjang jika si mati tidak membuat wasiat bertulis.

Jika waris tidak mempunyai modal untuk bayaran pengurusan harta pusaka, tentunya ia akan mendatangkan kesusahan kepada waris dan keadaan menjadi lebih buruk apabila keluarga yang lain bertikam lidah menuntut hak bahagian masing-masing.

Hibah takaful memastikan waris yang anda namakan menerima jaminan kewangan tanpa perlu difaraidkan.








4. Sara diri & nafkah keluarga

Kematian bukan sahaja mendatangkan kehilangan ahli keluarga kepada waris. Malah dalam sesetengah hal, kematian juga beerti terputus segala pendapatan sara diri dan nafkah untuk keluarga yang ditinggalkan.

Hibah takaful yang diberikan kepada waris boleh memberi jaminan kewangan kepada mereka untuk menyara diri selepas kematian si mati. 

Walaupun duit bukanlah segala-galanya untuk mereka setelah kematian si mati, tetapi segala-galanya memerlukan duit.









5. Pelaburan untuk pendapatan berterusan.

Hibah takaful dibayar secara LUMP SUM. Beerti jika si mati telah menghibahkan RM 1,000,000 pada waris, waris akan menerima hibah tersebut tanpa sekatan mana-mana pihak.

Bagi memastikan pendapatan berterusan untuk ahli keluarga, waris boleh menggunakan wang tersebut untuk pelaburan sebagai contoh membeli hartanah untuk disewakan bagi mendatangkan hasil sewa yang berterusan.









6. Dana Pendidikan Anak 

Kehidupan anak-anak yang ditinggalkan secara tiba-tiba adalah terjamin dengan adanya dana pendidikan yang boleh digunakan untuk memberi pendidikan yang sempurna kepada mereka.

Penggunaan wang hibah takaful adalah luas dan tidak terbatas selagi boleh memberi manfaat kepada waris.









7. Wakaf dan sedekah.

Peserta takaful atau melalui waris boleh membuat amalan wakaf dan sedekah dengan niat kebaikan agar mendapat amalan kebaikan berterusan di dunia dan akhirat.

Dengan wang hibah takaful, tiada halangan untuk melaksanakan wakaf dan sedekah.

Dari Abu Hurairah r.a, ia berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,

“Jika seseorang meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara (yaitu): sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan, dan doa anak yang soleh” 
(HR. Muslim no. 1631)









Takaful bukan soal 'mati dapat duit' semata-mata. Takaful adalah soal perancangan kewangan yang boleh menjadi ikhtiar bagi setiap yang hidup bagi waris-waris yang menjadi tanggungannya.

"Setiap yang bernyawa akan merasai mati dan sesungguhnya pahala kamu akan dibalas pada hari Khiamat."
( Surah Ali Imran ayat 185 )

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D