Thursday, January 13, 2011

Akaun Simpanan / Semasa Bersama ( Joint Account )

Jumlah Dana Blog Pening Kutu Hahahahaha !
Mungkin tak semua di antara korang yang ada akaun simpanan/semasa bersama (joint current/saving account) kat bank.  Akaun ni adalah menjadi hak milik bersama mengikut pemilik yang telah didaftarkan semasa akaun tersebut dibuka. Bile pemilik akaun ni nak keluarkan duit, die kena dapatkan kebenaran dari semua pemegang akaun bersama nih.Kebiasaannya pasangan suami isteri, dan anak beranak akan bukak akaun jenis ni untuk kawal duit keluar.

Maklumat ni dikirim oleh bekas klien aku dan ditulis dalam bahasa inggeris. Tapi untuk mudahkan pemahaman korang, aku olahkan semula dalam bahasa Melayu. Kepada korang yang ada akaun bersama atau bercadang bukak akaun bersama kat bank, sila ambil perhatian ye...
Sesuatu yang mengejutkan dan patut dikongsi dengan semua pemegang dan bakal pemegang akaun simpanan/semasa bersama bank² di Malaysia.

Satu insiden telah berlaku di barat Malaysia kepada sebuah keluarga (seorang suami, isteri dan anak lelaki). Suami telah meninggal dunia kerana terlibat dalam kemalangan. Suami tu ada simpanan RM50,000 dalam akaun simpanan bersama isterinya kat sebuah bank tempatan. Mungkin korang yang tengah bace ni fikir automatik duit RM50,000 tu akan dapat kat isteri tu sebab suaminya dah mati dan akaun tu milik bersama suami dan isteri tersebut. Tekaan korang, SALAH. Isteri tadi TAK BOLEH keluarkan satu sen pun duit tu dari akaun bank dorang.

Sangkaan korang bahawa bila sorang pemegang akaun bersama mati, pemegang akaun yang masih hidup akan dapat kesemua duit yang ada dalam akaun bersama tu adalah SILAP.

Bila satu pihak mati, pemegang akaun bersama yang satu lagi tu hanya akan dapat duit akaun tu HANYA JIKA ada terma JOINT TENACY (This terms means one party die, the other joint party gets money automatically) dalam perjanjian akaun bank bersama tu.

Kebanyakkan bank tempatan TIDAK menggunapakai terma JOINT TENACY untuk pemegang akaun bersama.

Untuk korang dapat kepastian, korang tanyalah dengan bank² korang sama ada akaun bersama korang tu ada terma JOINT TENACY atau tak. Kalau bank korang kata ada, dapatkan perjanjian hitam putih (black & white). Kalau korang takde akaun bersama, takat ada akaun perseorangan ( solely account ), tak payah dok gatal nak pi tanya kat bank.

Bayangkan korang ada duit dalam akaun bersama dengan suami/isteri korang, bila suami/isteri korang meninggal, korang dah la kehilangan orang tersayang. Lebih malang lagi duit yang korang ada dalam bank tak boleh dikeluarkan sebab korang mengabaikan 'terms and condition' bile bukak akaun bersama.

Sebagai pengajaran buat korang semua, JANGAN senang² sangat nak tandatangan apa² ayat "Saya bersetuju dan telah membaca semua terma dan syarat yang telah ditetapkan dalam perjanjian ini" tanpa korang sendiri mengetahui dan faham isi kandungan perjanjian yang korang tandatangan.

Sumber: Inbox email Pening Kutu

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

4 comments:

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D