Monday, June 25, 2018

Makan Tu Beringat Sikit

Mintak maaf, bukan nak killjoy. Tapi sekadar nak mengingatkan agar, jaga makan terutamanya yang berminyak dan berlemak. Takut nanti sakit dada, rupanya ada batu hempedu.

Kalau medical kad anda sudah lebih 1-2 tahun, insha-Allah boleh cover sebab batu hempedu biasanya ambil masa lama untuk sampai tahap kena operate



Kalau medical kad kurang setahun, dikhuatiri anda kena Pay & Claim (bayar dulu, claim kemudian) kerana akan berlaku siasatan. Lab report akan tentukan saiz dan kuantiti batu hempedu dan doktor akan decide dah berapa lama ianya wujud. Takut tak cover nanti

Kos biasa operate buang hempedu boleh cecah RM20,000 di hospital swasta. Kalau batu hempedu jadi komplikasi sampai masuk ICU kerana anda tangguh-tangguh operation, boleh cecah RM100,000. Saya cakap berdasarkan pengalaman proses claim clients

So, JAGA JAGA BILA MAKAN TU. 
JANGAN MAIN BELASAH JE!

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Friday, June 22, 2018

Mencorak Anak Dari Kecil

"Ramadhan akan datang dan ada setiap tahun. Tapi belum tentu kita masih ada."

Tahun ni bini teringin nak ikut terawih. Anak tak boleh tinggal jadi bawak sekali. Jadi abg cari masjid yang luas dan selesa, yang buat 20 rakaat terawih.

Isyak abg ikut jemaah. Bini jaga anak.
Abes isyak, abg jaga anak.
Bini pulak isyak sendiri, ikut terawih jemaah 8 rakaat.
Bini selesai 8 rakaat 3 witir, abg pulak buat 8 rakaat berjemaah sekali witir.



Macam tu la rutin tiap malam ramadhan tahun ni. Sampai anak abg dah buat masjid mafam rumah sendiri. Siap berbaring kuak lentang semua da. 😄

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Insurans Paling Koman Kena Ada



Busuk-busuk sekali pun, mesti ada Insurans untuk cover accident. Accident ni kalau nak jadi, kita pun tak boleh nak elak. Dah namanya pun accident, jadi tiba-tiba, tak diminta, bukan salah kita.

Takat calar luka-luka kecik takda masalah sangat. Ni kalau meninggal, siapa nak sambung bagi makan anak bini kat rumah ?

Kalau hilang anggota badan, tak mampu pergi kerja duk rumah MC manjang, majikan mana nak bayar gaji lagi ? Gaji takda macam mana nak tanggung diri sendiri ?



Ingatlah untuk diri sendiri.
Insurans accident Zurich Takaful, serendah RM 19 je.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Isteri Beli 2 Biji Rumah Dari Hibah Takaful Arwah Suami

Suami meninggal usia muda.
Tinggal isteri dan anak 2 orang.

Isteri dapat Hibah Takaful RM 500,000
Beli rumah low cost sebiji tinggal anak-beranak.
Baki bayar hutang dan start modal meniaga.



----
Ada ke isteri yang tak bagi suami ambil takaful ?
Perlu ke tanya isteri untuk register takaful ?

Ubah keadaan selagi bernyawa.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Persaingan Hidup Bermula Dari Kecil

Persaingan dalam hidup ni dah "diajar" sejak dari kecil. Sebab tu terbawak-bawak sampai ke dewasa.

Contoh paling mudah, bila ada anak kecik, sibuk nak compare anak masing-masing.

"Anak kau dah berapa bulan? Dah pandai apa? Anak aku dah masuk 8 bulan pandai berlari, gigi pun tumbuh penuh."


Bila besar, persaingan hidup diteruskan dengan soalan-soalan lebih 'up'.

"Kau bila nak kawen? Aku dah anak lima anak dah ni ko tak kan bujang lagi."
"Kau bila nak beli rumah? Aku masuk ni dah rumah ketujuh."
"Kau bila nak itu, nak ini, aku dah sekian itu sekian ini."

Tak semua perkara dan konteks kita perlu bersaing dalam hidup. Hadkan persaingan untuk perkara-perkara yang sepatutnya aja.

Elakkan bertanya soalan-soalan yang boleh menguris perasaan orang lain ya. 😁

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Takaful Bukan Untuk Orang Kerja Berisiko Semata-Mata


Kawan: 
"Aku belum lagi nak buat Hibah Takaful ni. Sebab aku keje pun duk ofis je, ofis pulak tak sampai 5km dari rumah. Takde risiko besar bagi aku."

Abg:
"Aku pun ada kawan macam hang, keje duk ofis tapi rumah kuarters dia lagi dekat dengan ofis. Tak sampai 1km pun. Last year meninggal kat rumah umur masuk 34 tahun."



Kawan:
"Meninggal sakit ape?"

Abg:
"Tak da sakit. Meninggal dalam tidur."

-------------------

Kematian tak kira risiko.
Semua orang akan kena tanpa syarat.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Khasiat Daun Pokok Tembaga Suasa

Raya baru ni abg balik kampung kat Melaka, sambil bakar sampah kemas rumah kampung, Pak Lang abg tunjuk pokok ni. Namanya Pokok Tembaga Suasa. Rupanya iras macam pokok pandan tapi daunnya lebih besar dan lebar dari pokok pandan. Pokok ni mudah didapati kat kampung-kampung.




Pak Lang abg bagitau arwah atuk cakap pokok ni ada khasiat dan kegunaannya. Kalau sakit pinggang, sakit urat, sakit badan atau bengkak-bengkak, boleh guna daun tembaga suasa ni untuk merawat.

Caranya mudah je, ambil daun tembaga suasa, sapukan sikit minyak kelapa kat daun dan layur pada api. Lepas layur, ikat/balut pada bahagian tubuh yang sakit.

Kebetulan ayah abg sakit pinggang, duk makan ubat pain killer dari hari raya pertama. Dapat je tau boleh ubat sakit pinggang guna daun ni, ayah abg pun cuba la ubat guna daun ni. Alhamdulillah memang berkesan lagi mujarab. Kurang sakit pinggang dia pada hari pertama guna daun ni, repeat pulak hari kedua.

Kita yang muda-muda ni, reti makan ubat doktor aja. Padahal banyak khazanah Allah untuk ubati badan kita. Allah tak jadikan sesuatu perkara itu dengan sia-sia. Yang tau rahsia alam dan benda-benda gini atuk nenek kita aja. Bila mereka dah takda, rahsia ni banyak dilupakan generasi baru.

Oh, sebelum abg tulis blog pasal khasiat daun ni, rupanya dah ada artikel dikeluarkan oleh blog termasuk Utusan Malaysia pasal khasiat daun pokok tembaga suasa ni.



Siapa yang ada sakit-sakit tu, boleh ikhtiar ya. Semoga diberikan kesembuhan.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus