Sunday, November 16, 2014

Jangan Marah Tikus

Jangan marah tikus !

Erk nampak macam weird je bila dengar ada orang cakap jangan marah kat tikus.

Tapi ada kebenarannya jugak. Tikus akan semakin mengganas bila kita marah kat dia.

Ada jugak orang kata tikus ni jenis haiwan yang pendendam, tang sapa yang marah kat dia, dia akan gigit lebih banyak harta benda kat rumah dan silap hari bulan boleh gigit jari kaki orang yang marah kat dia time tengah tido.


Cerita pasal tikus ni bermula satu malam masa tido kat rumah mentua sy. Sebab ada banyak keje nak setel, maka mata pun kena paksa pejam lambat. 

Dalam tengah ralit dok buat keje kul 2-3 pagi, duk dengar 'dang dung dang' bunyi dalam belakang almari rumah mertua sy. Sebab geram konsentrasi kerja terganggu, sy pun tengok la apa hal bising2 kat almari.


Sekali bukak almari, ceh berbau hapak kencing tikus da...


Sy pun mgomel la marah tikus yang kencing dalam almari, lagi buat bising. Melawan tikus ni, makin dia bising plak. Sampai satu tahap terpacul keluar dari mulut sy cakap kat tikus belakang almari 'Eh ko nak mati ke dah la bising malam2, kencing merata lagi'.


Sekali tikus tu boleh menyahut pulak 'chiiiittttttttttt' bunyi dia balas apa yg sy cakap kat dia.


Kira tikus tu faham la sy mengancam dia, boleh balas dengan bunyi decitan dia tu.


Dah pukul 3 pagi sebab sy duk hingar bingar, wife sy yg tido lena pun terjaga.


Dia jaga bukan nak join sy marah tikus, tapi dia boleh plak cakap "abang, jangan marah tikus la. nanti dia dendam"


Hahahahaha... :D


Dah la tikus ni kategori haiwan perosak, kencing dia boleh buat penyakit oo... Malam2 org nak concentrate buat kerje, dia boleh bising da tu kita tak boleh marah dia ?


Sebab tak puas hati, malam tu sy google pasal kes marah tikus dan hasilnya....


90% hasil yg sy dapat, sapa marah tikus, tikus akan semakin menganas dan gigit sana sini.


Macam x logik tapi mungkin ada hikmahnya kenapa kita tak boleh marah tikus secara direct.

Maka tak hairan la kalau ada org gelar tikus dengan gelaran CIK T, Miki Mouse dan sebagainya.

Apa lagi, terus sy tak boleh tido sampai ke subuh sebab Cik T yang sy marahkan tadi lebih bising dan aggresif belakang almari dari sebelumnya.


Tunggu la hari siang, kita buru dia dan buang dia jauh2. 

Bukan sebab tak suka kat Cik T...
Memang Cik T pun makhluk Allah...
Tapi Cik T ni makhluk perosak yang boleh bawa mudarat kat manusia..

Kalau Cik T ni tak bawa mudarat, dah lama sy bela Cik T macam bela kucing.. 


Korang yang belum pernah marah tikus, jangan marah2 dia ya..

Memang benar tikus ni pendendam...

Cakap macam ni kat dia "sayang, jangan la bising2. pegi main kat luar tu ya, sini rumah orang bukan tempat tinggal sayang." Perghhh ayat mengalah macam cakap dengan makwe.


Sy share sikit petua yg sy dapat untuk halau tikus hasil carian pasal tikus malam tu



  • Letak daun durian belanda kat port tikus suka melepak
  • Pasang perangkap tikus jenis gam (hati mesti kering bila nak buang tikus yang melekat hidup2 kat perangkap gam)
  • Pasang perangkap tikus jenis snap (yang ni bahaya kalau ada budak kat rumah, takut bukan tikus yang kena, tapi tangan atau kaki budak yang terkepit kena)
  • Beli racun tikus berbentuk biskut bulat kat kedai hardware

Tak percaya cuba korang try test :D 



About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Rancang Pendidikan Anak

Merancang pendidikan anak perlulah dimulakan ketika anak masih kecil.

Kesilapan ibu bapa ialah tidak memiliki pelan perlindungan kewangan untuk anak mereka jika meninggal dunia semasa anak belum dewasa.

Jika awak sebagai ibu bapa meninggal terlebih dahulu, siapa yang betul² ambil alih tanggungjawab untuk menjaga anak awak ?

Umur panjang, itu nikmat hidup Allah bagi pada kita.
Umur tak berapa panjang, itu juga ketentuan Allah.


Apa jadi pada anak dan keluarga yang kita tinggalkan ?
Renung²kan.

Boleh contact saya untuk kita bincang perlindungan kewangan takaful buat family anda.

Whatsapp boleh, telegram pun boleh
013.404.4072

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Friday, July 25, 2014

ASTRO Meterai Kontrak Syarikat ISRAEL ?

ASTRO yang dimiliki oleh Ananda Krishnan dan merupakan pemonopoli siaran televisyen kabel yang mengenakan bayaran sesuka hati, mengambil sikap MENENTANG KERAJAAN MALAYSIA, umat Islam di negara ini dan perjuangan rakyat Palestin.


ASTRO yang bersikap seperti maharaja di negara ini telah memutuskan untuk menyalurkan kewangan, bantuan serta dana kepada Zionis untuk terus membunuh rakyat Palestin menerusi perlantikan AMDOCS sebagai 'Subscriber Management System' syarikat media tersebut.

Jika selama ni, ASTRO telah menerima pelbagai bentuk kecaman terutama perkhidmatannya yang sangat uzur pada waktu hujan, caj perkhidmatan yang tidak munasabah, servis khidmat pelanggan yang teruk dan pemasaran paksa rela. Namun, tiada mana-mana pihak berwajib yang berani menempelak dan 'menjentik' ASTRO hatta Kementerian Penerangan dan SKMM pun tak boleh buat apa-apa.

Perkhidmatan ASTRO masih tetap di takuk lama. Program-program yang disiarkan adalah program-program lapuk yang diulang-ulang siar berpuluh-puluh kali. Malah, iklan yang ditayangkan lebih banyak sampai kadang kala kita keliru sama ada kita bayar langganan bulanan untuk tonton iklan atau program tv. 

Tapi satu perkara dipertingkatkan ASTRO hanyalah bayaran bil yang dikenakan kepada pelanggan. kononnya sebagai penanggung kos perkhidmatan yang telah dipertingkatkan. Lambat bayar sehari, POTONG. Reconnection ? Bayar RM 20.

Terkini, satu pendedahan telah dibuat oleh Dr. Asyraf Wajdi Dusuki membabitkan kerjasama ASTRO dengan Zionis Israel.

Jika benar pendedahan ini, Kepada pengguna ASTRO, anda kini menyumbang dana kepada ISRAEL bagi membunuh rakyat Palestine melalui bayaran langganan bulanan perkhidmatan ASTRO.





Sumber Facebook Dr. Asyraf Wajdi Dusuki - Klik Sini

Pengesahan status Amdocs sebagai syarikat milik Israel - Klik Sini

Amdocs bags Malaysian PayTV contract with Astro - Klik Sini



BOIKOT ASTRO
Meh pakai Hypp TV, ABN Express
Tak pun, pakai Skybox, Openbox

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Thursday, July 24, 2014

Baju Raya Jakel Aaron Aziz & Zizan; Indah Khabar Dari Rupa


Bagi korang yang masih mencari-cari baju melayu untuk beraya tahun ni, tak payah la korang cari kat Jakel. Aku sarankan korang cari baju melayu kat gerai-gerai baju Jalan Tar, lagi korang puas hati.

Korang tentu tertanya-tanya kenapa..

Di awal-awal pelancaran baju melayu Jakel ni memang hot gedung-gedung Jakel dikunjungi oleh umat manusia. Dah la parking kereta payah nak dapat, kat dalam Jakel tu pun boleh jem dengan umat manusia. Tak boleh bergerak aku cakap kat ko.

Aku sendiri dah pergi Jakel Jalan Tar. Harga bukan main lagi kaw-kaw punya, tapi kualiti... Elok lagi kat gerai luar tu. Tapi yang peliknya, ramai giler orang sibuk membeli. Tak berbaloi pun semata-mata nak dapat sampin baju free. Hahahaha.

Kalau korang tanya pasal iklan Jakel baju melayu serendah RM 80 tu, korang akan jumpa baju melayu stok lama dan saiz XL ke atas. Tu pun dia jual kat bahagian luar siar kaki Jakel. Ceh, aku tengok pun tak lalu nak beli. Stok lama, tengok kotak wrapping dia pun dah boleh tau.

Bersesak punya bersesak dalam Jakel tu, last-last aku keluar, pergi beli baju melayu kat gerai Jalan Tar. Harga best, kualiti pun sangat puas hati. Takat nak sampin free Jakel tu, duit extra baju melayu beli kat Jalan Tar korang boleh dapat 5 helai sampin cantik-cantik lagi. Hahahahaha.

Selain komen peribadi aku ni, ada jugak komen dari pembeli dan bakal pembeli;




Anyway, bagi aku ini adalah strategi perniagaan Jakel. Dia pandai manipulasi harga dengan iklan, happy hour dan guna nama artis untuk lariskan perniagaan dia.

Secara lahiriahnya, Jakel tak menipu pelanggan.
Tapi, pelanggan yang tertipu dengan Jakel.

Harga baju melayu Jakel, korang bayar sekali;
• Royalti artis
• Kos marketing Jakel

Tu yang bikin mahal dan tak berbaloi, tambah lagi dengan isu kualiti.

Acaner ?

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Tuesday, April 1, 2014

Pocong Di Tengah Jambatan Kedua P.Pinang ?





Bayan Lepas

Segelintir penduduk di sini gempar apabila tersebarnya dua keping gambar mengenai kejadian penemuan pocong di tengah-tengah Jambatan kedua Pulau Pinang, Jambatan Sultan Abdul Halim Shah.

Pengguna laman sosial, Rahimi Ishak berkata, gambar berkenaan tersebar sejak beberapa hari lalu dan menjadi buah mulut penduduk setempat.

Menurutnya, melalui gambar berkenaan dengan jelas menampakkan seolah-olah terdapat imej yang berbungkus putih dan terbang tinggi.

“Kemudian ia berada di atas jambatan pada gambar kedua, kejadian dikatakan berlaku di tengah-tengah jambatan pada waktu malam.

“Saya sendiri yang mendapat gambar berkenaan memang terkejut,” katanya kepada Sinar Harian.

Bagi pengguna jambatan, Mohd Ali Mohd Noor berkata, dia pada mulanya terkejut melihat gambar berkenaan dan cuba bertanya kepada rakannya yang juga kerap menggunakan jambatan.

“Mereka kata ini perkara biasa, kalau dia nak muncul kita mana boleh halang, yang penting kita kena buat biasa saja.

“Lagipun ini bukan pertama kali berlaku cerita jumpa macam-macam makhluk halus atas jambatan, ia adalah biasa,” katanya.

Sementara itu bagi Zulkifli Zainal berkata, pengalamannya diganggu pada waktu malam ketika menunggang motosikal di atas jambatan pertama Pulau Pinang membuatkannya berwaspada.

“Bukan apa, kadang-kadang ada yang terlalu terkejut sehingga boleh sebabkan kemalangan, kalau yang tak kuat semangat, lebih baik elakkan.

“Saya pernah tunggang motosikal pada tengah malam di atas jambatan, setibanya di tengah-tengah, motor saya berat dan saya terpaksa menunggang lebih kuat dan laju, tetapi tiba-tiba ia menjadi ringan dan saya seolah-olah dalam keadaan tercampak ke depan, nasib baik saya boleh kawal motor.

“Kalau saya silap, bimbang kemalangan saja, apa pun kita kena tawakal kepada ALLAH SWT,” katanya.

Bagi pengamal perubatan Islam, Izzwandy Mamat, kejadian penemuan pocong di tengah jambatan adalah perkara biasa.

“Laut memang tempat tinggalnya dan mereka akan buat pelbagai rupa di kawasan mereka tinggal.

“Tidak dinafikan laut juga menjadi tempat kepada tukang perubatan membuang benda yang tidak baik, jadi ia bukan mustahil,” katanya kepada Sinar Harian.

Sama seperti manusia, makhluk halus berkenaan juga memenuhi setiap pelosok tempat.

“Malah jin boleh menyerupai pelbagai bentuk tidak kiralah pocong, atau hantu raya ataupun toyol,” katanya.

Beliau menegaskan, bagaimanapun rupa bentuknya, perkara tersebut hanya berlaku dengan izin ALLAH SWT.

“ALLAH mahu menguji sejauh mana keimanan kita, sama ada takut pada makhluk atau pada-NYA.

“Ia juga sebagai tanda supaya kejadian sebegini akan mendekatkan kita lebih kepada ALLAH,” katanya.

Laporan Sinar Harian [link]


Kelibat atau penampakan pocong adalah gangguan dari jin dan syaitan. Jin dan syaitan boleh menyerupai apa jua bentuk kerana mereka ingin menakutkan manusia seperti janji mereka dahulu untuk menyesatkan umat manusia.

Di Malaysia, jin menyerupai pocong, pontianak dan benda-benda yang kita tengok boleh jadi takut. 

Tetapi di tempat lain, jin menyerupai benda lain yang ditakuti oleh penduduk di tempat itu. Contohnya di Korea takda pocong, yang ada Ju On, pontianak, drakula dan sebagainya. Seperti juga di negara China, hantu melompat² bertangkal macam dalam movie hanya ada kat sana, takda kat Malaysia.

Oleh tu, bila kita ternampak benda-benda macam ni, kita kenalah baca apa-apa ayat Quran untuk jauhkan gangguan jin dan syaitan, terutama sekali ayatul Qursi.


Nampak 'hantu' boleh dikatakan 'rezeki'. Sebab bukan semua orang boleh nampak hantu jin dan syaitan ni. Dan dalam hidup seseorang, mungkin ada yang tak berpeluang langsung untuk nampak hantu.

Apa pun, kita tak layak untuk takut kepada jelmaan jin dan syaitan kerana taraf kita sebagai manusia lebih tinggi daripada mereka dan kita adalah manusia, sebaik-baiknya makhluk ciptaan Allah.

Jangan panik kalau nampak 'hantu' gangguan jin dan syaitan. Ingat dan yakinlah, bahawa di kiri dan kanan kita sentiasa ada malaikat yang mengikuti kita setiap hari iaitu malaikat Raqib dan Atid.


Bila buat jahat tak takut
Bila nampak hantu bukan main lagi takut

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Monday, March 31, 2014

Download Flash Mini Games Percuma


Flash mini games adalah games bersaiz ringan yang pada suatu masa dahulu menjadi kegilaan peminat gamers kerana ianya bersifat simple dan mudah tanpa perlu installasi yang rumit.

Muat turun Flash Mini Games secara percuma di sini.

Download Flash Mini Games Free here.

Selepas selesai download, anda hanya perlu extract folder terus dan terus bermain. Tak perlu install apa². Enjoy :D

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Friday, March 28, 2014

SKIM MYHOME: Cara-cara Membuat Permohonan



Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHome) akan dibuka beberapa hari lagi. Pasti ramai yang berminat untuk membuat permohonan dalam skim yang menawarkan insentif yang amat besar. Skim MyHome melibatkan peruntukan RM300 juta bagi membina 10,000 unit rumah mampu milik di seluruh negara.


Namun ramai yang masih kurang jelas mengenai maklumat dan cara-cara membuat permohonan dalam skim ini, Berikut adalah perkara penting yang perlu anda tahu:

Syarat, Kelayakan dan Jenis Skim MyHome:

1. Warganegara Malaysia
2. Berumur 18 tahun ke atas
3. Pembelian adalah rumah pertama
4. Bantuan (Subsidi) maksimum RM 30,000
5. Subsidi Skim MyHome akan dibayar terus ke akaun pembeli
6. My Home 1:

  • Pendapatan isi rumah: RM 3,000 hingga RM 4,000
  • Jualan harga rumah; Semenanjung RM 80,000 hingga RM 120,000
  • Jualan harga rumah; Sabah Sarawak RM 90,000 hingga RM 120,000
7. My Home 2:
  • Pendapatan isi rumah: RM 4,001 hingga RM 6,000
  • Jualan harga rumah; Semenanjung RM 120,001 hingga RM 200,000
  • Jualan harga rumah; Sabah Serawak RM 120,001 hingga RM 200,000

Cara-cara Membuat Permohonan

1. Muat turun borang permohonan rasmi menerusi ; http://ehome.kpkt.gov.my atau

2. Dapatkan borang di Pejabat Setiausaha Negeri (seluruh negara)

Borang permohonan dibuka mulai 1 April 2014.

Kongsikan maklumat ini kepada rakan dan keluarga anda melalui button Like & Share di bawah.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus