Saturday, June 19, 2021

Medical Card Zurich Takaful Naik Harga Lagi !

Ayoyoyo !

Baru 2019 hari tu Medical Card Zurich Takaful yang standalone punya repricing naik harga. Maka ramai-ramai klien yang masih sihat, yang tak ada claim, pindah medical card standalone kepada medical card rider (pelan dipakejkan bersama takaful hayat).

Tup tup...

Tahun 2021 Zurich Takaful repricing naik harga medical card rider pulak.

Bermula Jun 2021 dan onwards, semua pemilik sijil takaful medical card rider akan mengalami kenaikan caj tabarru' medical card.


Tulisan abg kali ini akan kritik langkah Zurich Takaful buat repricing pada kadar yang sangat tinggi dan membebankan, Kalau ada management yang baca, kau telanlah kritikan ni sedalam-dalamnya. Nak suspend komisen ke, nak terminate ke, buatlah. Komisyen kami bukan dari Zurich pun, semua datang dari klien kami. Cuma duit-duit tu melalui Zurich je, kalau klien kami tak bayar caruman, kami tak dapat apa-apa pun dari Zurich. Benda dah disuarakan ikut saluran yang betul tapi tak ada apa-apa perubahan signifikan pun dibuat. Maka kita guna saja saluran lain untuk sampaikan apa yang berbuku di hati ni. 

Untuk makluman semua pelanggan medical card rider Zurich Takaful, surat makluman repricing kenaikan caruman telah dihantar secara digital melalui portal ZurichMyLife secara batch by batch mengikut ulangtahun sijil takaful masing-masing. 

Tetapi berdasarkan makluman klien abg, TAK SEMUA klien aware dengan surat tersebut. Zurich hanya berani hantar SMS dan emel maklumkan repricing sahaja, tu pun tak semua klien abg dapat notification. Ada beberapa orang je klien abg yang wasap tanya pasal sms/emel repricing tersebut. Yang lain-lain bila abg tanya secara personal, bagitahu tak dapat apa-apa sms/emel/surat sedangkan kenaikan mereka akan bermula Jun 2021 !

Zurich tak berani hantar surat fizikal copy direct kepada klien kah ? Jadi semua benda agent kena bagitahu dan kena bambu dulu dengan klien. Management takut kena bambu dengan klien rupanya. Jadi tolak dulu agent biar kena bambu. Ini menambahkan depresi kepada agent-agent Zurich Takaful, maka ramai agent cari jalan keluar dari Zurich, termasuk abg. 


Ini contoh kenaikan polisi family abg sendiri. Caruman sedia ada beserta medical rider, RM 220. Cadangan jumlah caruman baharu, RM 378. Kenaikan bulanan mencecah RM 158. Dalam keadaan pandemik covid, ramai orang mengalami kekangan kewangan. PKP, PKP, PKP dan PKP lagi menjejaskan pergerakan mencari nafkah ramai orang. Ditambah kenaikan komitmen bulanan nak bayar caruman takaful yang meningkat macam ni dalam keadaan pendapatan yang terjejas, memang selamat tinggallah ! Berita hari ini 18 Jun 2021, seramai 600,000 golongan M40 tergelincir ke kategori B40. Ini adalah bukti betapa ramai orang terjejas dengan pandemik Covid-19.


Cadangan penyelesaian dari Zurich Takaful berkenaan isu repricing.

1. Ikut saja cadangan caruman baru medical card seperti dalam surat.

2. Downgrade medical card. Pilihan ini terpakai untuk yang ambil medical card plan atas dari plan 1. Contoh ambil plan 3, downgrade ke plan 2 atau 1.

3. Buang rider-rider takaful yang lain bagi mengurangkan kesan kenaikan.

3. Buang terus pelan medical card dari rider takaful.


Cadangan penyelesaian dari abg berkenaan isu repricing.

1. Abg tau ramai klien abg akan ada masalah kewangan untuk ikut cadangan caruman dalam surat. Jadi abaikan cadangan Zurich tu.

2. Downgrade medical card melalui agent masing-masing. Agent akan bantu buat kiraan caruman baharu melalui eChanges. Caruman baharu dijangka tidak setinggi cadangan Zurich. Dan kemampanan sijil (jika downgrade mungkin boleh bertahan lebih lama dengan kadar caruman lebih yang mampu dibayar.

Kemampanan sijil - tempoh jangka hayat sijil takaful boleh bertahan sebelum jadi lupus kerana caruman kurang daripada caj takaful

Untuk makluman sistem eChanges Zurich ni lembab duk loading macam kura-kura, harap dapat bagi masa pada agent untuk buat ya. Nak proses eChanges kadang ambil masa 15-30 minit untuk dapatkan alteration plan terbaik. Abg pun tak faham Zurich ni, ICMS la, IZelect la, dah 2-3 benda berbeza nak kena buat pakai device berbeza.

3. Kekalkan pelan medical card sedia ada, tambah caruman ikut kemampuan. Contoh caruman sedia ada RM 200, dia cadang carum RM 400, tapi kita buat caruman RM 250 sahaja. Cara ini perlu buat dengan agent masing-masing melalui eChanges ya.

Walaubagaimanapun, ini akan menjejaskan kemampanan sijil. Maksud abg kat sini, katakan sekarang umur 30 tahun, dengan caruman RM 250 bulanan tu, polisi boleh bertahan sampai umur 40 tahun sahaja walaupun kontrak tulis cover sampai umur 80 tahun. Tapi takpa, cara ni sedikit demi sedikit boleh tambah caruman bulanan. Contoh lagi 2 tahun, ada rezeki lebih, naikkan caruman bulanan dari Rm 250 tadi kepada RM 300. Kemampanan sijil akan berubah dengan peningkatan kadar caruman.

4. Untuk yang ada claim history, dah pernah claim medical card, abg suggest pilihan nombor 2 atau 3. Untuk yang masih sihat, pergilah cari medical card lain. Hahahahaha. Yang ni boleh pm abg kalau nak medical card MediSaver.

Kalau nak cari medical card lain, sign up dulu medical card lain dan stopkan caruman Zurich Takaful selama 4-6 bulan. Buat premium holiday. Ini supaya semasa tempoh waiting period medical kad baru, perlindungan masih ada dengan medical card lama. Lepas dah 4-5 bulan medical card baru aktif, boleh batalkan polisi Zurich Takaful. 

AMARAN. Kalau nak batalkan polisi yang sedia ada, pastikan dah ada polisi backup (tak kisah dari syarikat mana) sebab kita tak tahu apa nak jadi dalam tempoh terdekat terutama yang ada ambil manfaat Hibah Takaful & penyakit kritikal. PASTIKAN JUGA BINCANG DENGAN AGENT SEBELUM BUAT PILIHAN & TINDAKAN.


Kritikan Terbuka Buat Zurich Takaful

1. Repricing medical card yang terlalu tinggi pada masa yang salah.

2. Sistem eChanges lembab, dengan masalah loading dan tak bersedia untuk cater buat perubahan dengan cepat. Agent nak hadap buat eChanges, nak hadap buat sales lagi.

3. Backup plan medical card MediPro lambat keluar. Dah nak habis bulan Jun tak keluar di pasaran lagi. Sebab lambat sangat, jangan salahkan klien bila surrender polisi dan tukar medical card company lain.

4. Zurich tak berani hantar surat fizikal pada pelanggan. Malah notification sms dan emel untuk semak surat dalam portal ZurichMyLife pun tak semua klien dapat (sepatutnya mereka kena terima sebab dah due anniversary). Walhal nombor telefon dan emel klien tiada perubahan. Zurich sendiri takut nak berhadapan dengan maklumbalas klien, jadinya diletakkan beban pada agent sepenuhnya untuk maklumkan repricing medical card.

5. Ok la agent cabuk kritik sikit-sikit camni untuk ambil input penambahbaikan. Kalau di pihak klien, depa tak kritik apa dah. Depa hantar borang surrender je tukar syarikat lain yang lagi better benefit dan caruman dari Zurich.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

6 comments:

  1. Tuan Medica 2016 Rider terkesan juga ma.x dpt apa2 pon memo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua medical rider terkesan dengan perubahan caj tabarru'
      tuan masuk ke portal ZurichMyLife untuk notis
      Notis dikeluarkan 90 hari sebelum tarikh ulang tahun sijil (certificate anniversary)

      Delete
  2. Replies
    1. Bank negara tak boleh buat apa pun
      Rata-rata syarikat dah mula buat pengkadaran semula (repricing)

      Delete
  3. harga naik sampai lebih dari double kami yg dah ada claim history ni mana mampu, tapi kalau terminate, dah takde insurans lain. nak turunkan pon banyak benefit hilang. yg lagi saya sedih mak saya naik sampai dekat 600 sedangkan mak saya pernah claim skali je selama ada kad. dia nak terminate sbb dah macam harga bayar kete myvi, saya rasa bersalah nak bayarkan tp saya pon dah tahap tak mampu. bodoh punya zurich takde hati perut langsung!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tuan, saya sendiri sakit hati dengan kadar repricingnya. Annual limit bukan sejuta pun, harga naik kalah yahudi.

      Delete

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D