Friday, June 25, 2021

Medical Card MediSaver VIP Ehsan MXM-Archipelago Terciduk

Apalah nasib pemegang medical card MediSaver VIP Ehsan MXM-Archipelago. Dengar khabar produk ini sudah 'terciduk'.

Tahun 2021, difahamkan pemegang medical card MXM-Archipelago TAK BOLEH RENEW perlindungan apabila tiba ulang tahun sijil (certificate anniversary). Perkara ini terjadi kerana dikatakan Archipelago sedang diaudit oleh regulator (mungkin merujuk kepada Labuan Financial Service Authority).


Bagi abg, ini adalah satu penganiayaan kepada pemegang medical card MXM-Archipelago terutama golongan berikut :

1. Mereka yang batalkan polisi medical card dengan syarikat lama dan 'take over' medical card lama untuk masuk MediSaver VIP Ehsan.

Sudahlah medical card lama dah dibatalkan, medical card MediSaver VIP Ehsan pulak tak boleh nak renew perlindungan.

Nak apply medical card lain sudah pastinya akan menjejaskan waiting period dan reset semula tempoh boleh cabar (contestible period). Aniaya aniaya.


2. Mereka yang sudah ada sejarah tuntutan penyakit (claim history) dengan menggunakan medical card MediSaver VIP Ehsan.

Dah ada sejarah penyakit, nak pindah medical card company lain confirm akan ada kena pengecualian (exclusion) atau dikenakan bayaran tambahan (loading). Dalam keadaan yang lebih serius, permohonan medical card boleh ditolak (decline) kerana sejarah perubatan sedia ada. Bukankah ini satu penganiayaan kepada pengguna ?





Jika kita rujuk kembali kepada brosur jualan syarikat MXM, dinyatakan pada brosur jualan bahawa 'Pembaharuan Sijil Dijamin Sehingga Tahun 2115'. Sudah pastinya klausa brosur sebegini menarik hati orang ramai untuk menyertai medical card MediSaver VIP Ehsan. Tetapi sayangnya belum tiba tahun 2115, tahun 2021 dah tak boleh renew perlindungan.

Ini secara jelas terdapat pihak yang telah melanggar kontrak jualan sama ada di pihak MXM atau di pihak Achipelago. Bagi abg tak kisah pihak mana pun, pelanggaran kontrak telah berlaku dan menyebabkan kerugian serta penganiayaan kepada pelanggan. Tindakan serta tuntutan sivil seharusnya boleh dikemukakan oleh mereka yang terjejas kepada pihak berkenaan.

Boleh tinggalkan pendapat masing-masing di ruang komen.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

3 comments:

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D