Sunday, April 4, 2021

Mad Lazim Kalimi Muthaqqal

MAD LAZIM KALIMI MUTHAQQAL


Lazim
-Perkataan ‘Lazim’ merujuk pada hukum pemanjangannya. Ia dinamakan demikian kerana para Qurra’ telah bersepakat dalam pemanjangan mad-mad lazim dengan satu keadaan sahaja iaitu 6 harakat.

-Perkataan ‘Lazim’ juga bermaksud sesuatu yang lazim atau asal.

-Perkataan ‘Lazim’ juga bermaksud adanya sukun lazim, iaitu sukun yang tetap pada asal, yang kekal pada keadaan wasal dan waqaf. Ia merupakan lawan kepada sukun ‘aridh pada mad-mad ‘aridh di mana sukunnya bukan sukun yang asal, tetapi dibuat demikian kerana mewaqafkan bacaan.


Kalimi

-Bermaksud satu perkataan. Di sini ia bermaksud pertemuan huruf mad dengan sukun asli dalam satu perkataan.


Muthaqqal

-Berat. Untuk makna disini, ia membawa maksud sesuatu yang diidghamkan.


ISTILAH :

-Pertemuan huruf mad dengan sukun asli (sukun pada asal) dalam satu perkataan disertai idgham. Dapat dikenali dengan jelas kerana ada simbol tasydid (sabdu).









About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

2 comments:

  1. Terima kasih atas perkongsian Ilmu :)

    ReplyDelete
  2. Jazakumullahu khairan kathira atas perkongsian ilmu..

    ReplyDelete

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D