Friday, October 11, 2019

Ilmu Tampan Luka Berdarah, Henti Pendarahan Kecil

Mulanya abg simpan je benda ni. Tapi fikir balik, ilmu kalau simpan tak ke mana. So malam abg nak kongsi ilmu tampan darah bagi luka-luka kecik.

Ilmu ni abg dapat dari kawan (umur baya ayah abg dah). Waktu tu ada sorang member terkerat sikit jari dengan gunting. Darah banyak keluar. Sekali kawan abg ni datang tolong tampan darah member ni, berhenti terus darah kat jari. Bawak pergi hospital, kena 3-4 jahit kat jari.

Seminggu lepas kejadian, abg mintak ilmu dia, dan dia 'sedekah' ilmunya... 

Nak tampan darah luka;

1. Ambil ibu jari tangan kanan, lekapkan sekejap pada lelangit dalam mulut. Niat dan doa untuk berhentikan darah luka.

2. Keluarkan ibu jari dari mulut, ambil tisu/kain/daun, dengan ibu jari tadi lekapkan tisu/kain/daun pada tempat yang berdarah tu (waktu kejadian dulu kawan abg guna tembakau rokok), serentak baca " wal ya tala taf"



Dengan izin Allah, darah luka akan berhenti mengalir. Boleh pergi klinik/hospital untuk rawatan lanjut.

Ayat yang dibacakan adalah petikan kalimah di dalam surah Al-Kahfi, yang terjemahannya bermaksud; 

dan hendaklah ia berlemah-lembut dengan besungguh-sungguh


Tulisan ayat ini di dalam Al-Quran, dicetak dengan warna merah.

Ada yang mengatakan, sejarah di sebalik perkataan ini dicetak merah adalah ketika Sayyidina Uthman bin Affan RA terbunuh, percikan darahnya mengenai mushaf Al-Quran tepat pada tulisan “وليتلطف”.

Maka kerana itu ia ditulis dengan warna merah untuk mengenang kematian Sayyidina Uthman bin Affan RA. Tidak dapat dipastikan asal-usul dan kesahihan kisah ini.

Semoga dikurniakan manfaat berpanjangan untuk kawan abg yang kongsi ilmunya ini.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D