Tuesday, October 15, 2019

Cermin Kereta Kalis Air - Rain Repellent

Sekarang musim hujan. Setiap petang hujan turun, sampai setengah tempat naik air banjir kilat kat area Kuala Lumpur ni.

Abg nak kongsikan 1 benda yang boleh tolong pemandu-pemandu kereta yang redah hujan tiap hari.

Rain Repellent....



Rain repellent ni boleh dibeli dari kedai MR Diy. Ada macam-macam jenis brand. Yang brand dalam gambar ni hanya RM 6 sebotol, siap kepala spray. Yang brand lain, harganya lain, tanpa penutup spray.

Fungsi rain repellent ni, dia bantu aliran air kat cermin depan pemandu. Cermin depan akan jadi macam kalis air. Jadi bila dalam keadaan hujan, kalau tak on wiper pun masih boleh nampak jalan dengan jelas. Tengok gambar kat bawah abg snap hasil rain repellent;




Cara gunanya mudah je.

Spray-spray kat cermin depan, pastu lap dalam bentuk bulatan sampai kering. Siap. Untuk yang bukan jenis botol spray, kena tuang rain repellent tu atas kain lepas tu lap dalam bentuk bulatan sampai kering. Sebulan sekali lap kat cermin.


About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D