Tuesday, June 7, 2016

Ijazah Ilmu Bekam

Alhamdulillah abg dapat ijazah ilmu bekam dari guru bekam Tuan Mohd Yusni Kosnan dari Pusat Latihan Raja Bekam (link Fb page). Istilah ijazah dalam perubatan dan rawatan Islam ni tak sama ijazah atau skrol yang dikeluarkan oleh universiti. 

Dalam perubatan dan rawatan Islam, Ijazah yang dimaksudkan ialah penyerahan dan penerimaan sesuatu ilmu dari guru kepada murid untuk dijadikan amalan dan kegunaan yang bermanfaat. Jadi jangan salah faham dengan makna ijazah ya, bukan bererti ijazah tu perlu duduk 2-3 tahun dekat universiti, kena jawab exam dan kena lulus untuk layak dapat ijazah.

Abg nak share sesi penyampaian sijil asas bekam, Gaya tok guru macam bagi extra ijazah kat abg je :p


Setakat ni abg baru ada tiga ijazah untuk dimanfaatkan antaranya ijazah tamat silat cekak malaysia, ijazah rawatan islam dan ijazah rawatan bekam. Insyallah segala ilmu yang dipelajari ni akan dimanfaatkan semula untuk bantu manusia yang memerlukan.

Kalau belum pernah cuba berbekam, abg sarankan pergilah cuba berbekam. Dia punya sedap lepas berbekam, tuan punya badan sendiri aja boleh cerita. Bekam ni adalah sunnah nabi kita Muhammad s.a.w. Boleh google sendiri berapa banyak kebaikan berbekam untuk tubuh badan manusia dan sejarah bekam yang disampaikan kepada Rasulullah ketika peristiwa Isra & Mikraj.

Nak belajar bekam boleh hubungi Pusat Latihan Raja Bekam di Klang. Klik link ni. Insyallah kita rebutlah segala ilmu yang ada dan kita manfaatkan semula ilmu tersebut untuk kebaikan dunia akhirat.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D