Wednesday, July 24, 2019

Lebihkan Bersyukur Daripada Mengeluh

Cicak tak pernah komplen pada الله kenapa makanan dia semua binatang yang terbang, kerana cicak tau الله bagi dia lidah yang panjang untuk memudahkan dia makan.



Burung juga tak pernah komplen pada الله bila pagi-pagi kena terbang keluar tak tau nak makan apa, tapi burung pulang dengan kenyang dan mampu bagi makanan pada anak-anaknya. Takda lagi kita dengar cerita burung bunuh diri malah pagi-pagi yang kita dengar burung tetap berkicauan.

Cacing lagilah, tanpa tangan tanpa kaki, tak pernah komplen pada الله susahnya nak cari makanan, kenapa الله tak jadikan dia macam ni macam tu. juga belum ada sejarah ada cacing bunuh diri.

Moral of the story, apabila الله mencipta kita, الله tau kemampuan kita, الله takkan uji kita dengan sesuatu yang kita takkan mampu tanggung, malah tiada satu ujian pun untuk melemahkan kita

Bersyukurlah dengan apa yang kita perolehi الحمدلله ..

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Lapor Perbuatan Cop Parking

Perbuatan cop (letak kerusi/moto/kon/pasu bunga/ampaian baju, berdiri atas petak parking dan sebagainya) petak meletakkan kenderaan merupakan kesalahan dibawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


INFO:

“Jika mana-mana orang melainkan dengan kuasa yang sah, berada di atas mana-mana jalan atau di mana-mana tempat letak kereta bagi maksud mendesak mana-mana orang lain berkenaan dengan penjagaan atau pencucian sesuatu kenderaan motor, atau bagi maksud mengarahkan mana-mana pemandu sesuatu kenderaan motor berkenaan dengan meletakkan kereta di atas jalan atau di tempat itu, dia melakukan suatu kesalahan.”

Undang-undang ini juga boleh diguna pakai di semua kawasan sama ada ditempat awam mahupun di premis swasta termasuk pusat membeli-belah.

Hukuman bagi pesalah cop parking ditetapkan dibawah Seksyen 119 yang membawa penalti tidak lebih RM2 ribu atau penjara tidak lebih 6 bulan bagi kesalahan pertama dan denda sehingga RM4,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan bagi kesalahan seterusnya.

Untuk aduan, hantar mesej dengan butiran melalui:

1. Emel ke aduantrafik@jpj.gov.my 

Sertakan butir pengadu (+no kp), lokasi, tarikh dan masa, no plat kenderaan, butiran kejadian.

Jom ikuti media sosial rasmi JPJ untuk perkembangan terkini.

Facebook: Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia

Twitter: JPJ_Malaysia

Instagram: JPJMalaysia

Youtube: JPJMalaysia

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Cara Mewasiatkan Akaun Facebook Selepas Meninggal Dunia

Jarang kita fikir benda ni,

"Apa jadi pada akaun facebook kita, selepas kita meninggal dunia?"

Ha, dalam akaun facebook kita mungkin banyak maklumat, data, yang boleh berguna untuk waris-waris kita. Dalam kita tak sedar, akaun facebook kita banyak kita 'link' kan untuk daftar pelbagai applikasi. Dan mungkin juga terdapat rekod-rekod orang berhutang/kita berhutang dalam messenger Facebook.

Kita perlu lantik waris untuk handle akaun facebook kita lepas meninggal. Terpulang pada waris kita, depa nak tutup akaun kita ka, padam dosa-dosa kering posting kita ka, apa ka, yang penting depa boleh akses dulu akaun kita daripada duk tergantung lepas meninggal.

Cara-cara mewasiatkan akaun facebook lepas meninggal dunia. Follow je setting dalam gambar ni sampai habis. Dalam 2 - 3 minit siap.



























 Done. Selesai mewasiatkan akaun facebook.
 

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Monday, July 22, 2019

Bahaya Non Stick Cookware Pada Kesihatan

Hari ni seronok lain macam. Wok granite coated with ceramic dah sampai. Lama dok cari akhirnya bertemu juga di dunia online.

Kita mungkin tak perasan antara penyumbang toksid kepada makanan ialah peralatan dapur yang kita guna. Kita punyalah jaga bab makan minum. Tetapi terlepas bab kuali, periuk dan wok yang kita guna setiap hari.



Selalunya tradisional cookware macam wok, periuk dan kuali diletak teflon coating. Tujuan dia tak nak kasi melekat. Ada jenis cookware dari aluminium dan copper. Semua ini dedahkan kita pada bahaya sebab kemampuannya lepaskan bahan kimia yang dapat mengubah hormon kita.

Saya ni bila nak beli peralatan cookware baharu mesti pening. Yang dijual selalunya non stick cookware. Saya memang akan elak beli non stick cookware sebab bahan kimia macam PFOA dan PTFE.

PFOA ni ialah “perfluorooctanoic acid”, sintetik ciptaan yang juga diguna untuk fabrik dan karpet kalis kotor. PFOA akan diserap ke dalam tubuh dan persekitaran kita. Itu yang bahayanya.

PFOA dikaitkan dengan gangguan kepada sistem endokrin dan risiko kepada kanser. Bukan itu sahaja. Ada penyakit lain lagi macam tinggi cholesterol, gangguan pada pundi kencing, kerosakan pada buah pinggang, kanser testicular pada lelaki, kerosakan liver dan darah tinggi.

Itu yang menakutkan. Macam silent killer tengah bekerja secara senyap. Kita ingat kita sihat. Tiba tiba diberitahu ada penyakit.

PTFE pula ialah for “polytetrafluoroethylene”, sejenis fluoropolymer yang mengandungi karbon dan fluorine. Dia nilah bagi non stick tu. Bahayanya tidak jauh dari PFOA.

Ada yang pilih guna copper cookware. Bahaya pada otak sebab copper toxicity.

Jadi nak selamat carilah cookware batu, berlian (haha kalau mampu), marble, Seramic, titanium, dan porcelain. Jenis jenis ini lebih selamat sebab selamat dari coating toksid dari teflon.

Granite cookware lebih selamat sebab dibuat dari batu dan disalut dengan seramik. Jadi bebas dari teflon, PFOA dan PFTE.

Untuk keselamatan kita kena tahu cara guna. Kena pastikan:

1. Kita panaskan pada api medium dan tinggi. Kaedah ini pastikan jangka hayatnya lebih panjang.

2. Sekiranya guna minyak, pastikan minyak yang sama diguna pada suhu medium dan tinggi ini. Jangan panaskan tanpa minyak.

3. Guna spatula kayu. Elakkan yang besi atau aluminium. 

Kalau dah tercalar atas apa sebabkan pastikan wok kita campakkan dalam tong sampah. Memang mahal. Tapi kesihatan kita lebih mahal. Dan Cukai kesakitan itu lebih tinggi dan mahal lagi.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Info Grafik Penyakit Bawaan Virus

Parainfluenza







Denggi





Rotavirus





Hepatitis A


About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Anggaran Kos Perubatan di Malaysia Tahun 2035

Ramai ada Takaful..
Tapi tak cover sebanyak ini .

Apply makin lambat, polisi baru tak akan cover sakit sedia ada .

Mungkin sudah tak full cover.
Cooling period ada 120 hari, specific illness kena investigate jika kurang setahun.

Lihat polisi, kalau setakat cover RM 20,000, Tak perlu pergi hospital swasta. Takut kena tambah duit nanti.


Ambil coverage yang tinggi sekarang, sebab hari ni muda lagi..

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Syarikat/Majikan Tak Ambil Pekerja Yang Ada Penyakit

Abg nak kongsi kisah kawan FB abg, Nadiah Hanis, seorang yang diuji dengan penyakit SLE (Systemic Lupus @ Auto Immune).





Betapa strugglenya beliau untuk mencari pekerjaan. Majikan tak ambil pekerja yang ada masalah kesihatan. 

Even dia dah bekerja dengan Astro, lepas buat medical checkup, dapat tahu ada penyakit SLE, Astro tamatkan kontrak beliau. Sampai satu tahap beliau nekad tipu air kencing untuk dapatkan pekerjaan bagi menyara kehidupan beliau.

Andai di kalangan yang membaca posting blog ni dapat bantu beliau dapatkan pekerjaan, boleh contact fb beliau seperti abg mention di perenggan pertama.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus