Thursday, February 28, 2019

Kalau Hidung Anda Berdarah...

Kalau Hidung Anda Berdarah...

Kejadian seperti ini bukanlah jarang untuk kita temui. Di mana-mana boleh berlaku. Sama ada kepada anak kita sendiri, anak murid di sekolah atau sesiapa sahaja.



Nak buat macam mana? Dongakkan kepala supaya darah berhenti? Atau masukkan daun sireh untuk hentikan pendarahan?

Nasihat saya, jangan lakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya. 

Ikut 10 langkah di bawah :

1. Bertenang. 
Elak lakukan tindakan terburu-buru. Cuba cari bantuan orang sekeliling. Ingat pesanan saya seterusnya selepas ini.

2. Tunduk. 
Ini langkah pertama MESTI dibuat. Saya ulang, jangan dongakkan kepala ke atas. Darah yang keluar akan terus mengalir ke bahagian belakang hidung dan berisiko masuk ke paru-paru. Ini lebih bahaya.

3. Picit bahagian luar hidung anda. 
Tekan dan compress selama 15-20 minit. Jangan hentikan. Jika tak ada sebarang kain disekitar anda, lakukan dengan menggunakan Ibu jari dan jari telunjuk anda.

4. Ulang kembali langkah nombor tiga sekiranya pendarahan sudah mulai perlahan. Ketika ini anda hanya perlu bernafas melalui mulut.

5. Letakkan ais di bahagian dahi. Ini bagi membantu pendarahan daripada hidung untuk dikawal. Cuba dapatkan bantuan daripada orang sekeliling.

6. Sekiranya pendarahan masih aktif dan tidak ada tanda-tanda ia akan berhenti. Kekalkan posisi ini dan segera menuju ke hospital terdekat. Nasihat saya, terus ke unit kecemasan di hospital. Bantuan kecemasan yang perlu akan dilakukan.

7. Apa doktor akan lakukan di hospital? Di hospital, doktor akan memeriksa keadaan klinikal pesakit. Pesakit akan dipastikan di dalam keadaan stabil.

8. Pendarahan dari hidung akan dihentikan dengan beberapa cara di dalam keadaan kecemasan. Kami boleh melakukan ‘anterior nasal packing’ atau ‘posterior nasal packing’ bergantung kepada lokasi pendarahan.

9. Kebiasaannya pendarahan akan berhenti selepas prosedur ini dilakukan. Kemudian doktor akan memeriksa keadaan pesakit. ‘Nasal packing’ ini akan dibuang selepas 24 ke 48 jam bergantung pemeriksaan klinikal.

10. Jangan cuba-cuba masukkan apa-apa objek ke dalam hidung. Jangan masukkan air ke dalam hidung. Ini hanya akan menyebabkan pendarahan tidak akan berhenti. Lakukan langkah di atas dan terus bawa ke hospital.

Semoga nasihat ini berguna untuk kalian. Jangan lupa kongsi kepada orang yang anda sayang. Semoga lebih ramai mendapat manfaat nanti.

Doktor telinga, hidung & tekak

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Monday, February 18, 2019

Rider Takaful Zurich Tetap Berkuatkuasa Setelah Bayaran Asas Dibayar

MANFAAT TAMBAHAN TETAP BERKUATKUASA DIBENARKAN SELEPAS HUKK ATAU PENYAKIT KRITIKAL (SELEPAS JUMLAH PERLINDUNGAN ASAS DIBAYAR SEPENUHNYA)




Berita Baik!

Dalam usaha untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan, kami dengan sukacitanya ingin mengumumkan penambahan siri Takafulink (MTL1, MTL2 dan MTL3) dengan penyambungan perlindungan manfaat-manfaat tambahan walaupun selepas bayaran penuh Jumlah Perlindungan Asas akibat tuntutan Hilang Upaya Keseluruhan dan Kekal (HUKK) atau bayaran tuntutan penyakit kritikal yang mengurangkan jumlah perlindungan asas. 

Oleh itu, anda masih dapat menikmati perlindungan manfaat tambahan seperti Perubatan, Penyakit Kritikal dan Kemalangan Individu selepas tuntutan HUKK atau penyakit kritikal!

Pada masa hadapan, sekiranya Jumlah Perlindungan Asas dibayar sepenuh akibat tuntutan HUKK atau penyakit kritikal, peserta mempunyai pilihan berikut:

 Pilihan 1 (Pilihan tetap)

o Menerima Jumlah Perlindungan Asas sahaja.

o Mengekalkan Akaun Pelaburan Peserta (APP) (aktiviti berkaitan dengan akaun pelaburan seperti pengeluaran, tambah nilai (top-up), pertukaran dana dan sebagainya adalah dibenarkan).

Nota:

o Manfaat Tambahan yang dilampirkan akan dikekalkan dan berkuatkuasa. Tabarru Manfaat Tambahan akan terus dikenakan. Peserta mempunyai pilihan untuk menamatkan Manfaat Tambahan atau mengurangkan Jumlah Perlindungan Manfaat Tambahan. Walau bagaimanapun, peningkatan Jumlah Perlindungan Manfaat Tambahan atau sebarang aktiviti naik taraf kepada Manfaat Tambahan adalah tidak dibenarkan.

 Pilihan 2

o Menerima Jumlah Perlindungan Asas DAN

o Menyerahkan Akaun Pelaburan Peserta (APP).

Nota:

o Sijil Asas dengan semua lampiran manfaat tambahan akan ditamatkan.

o Pilihan ini akan dikuatkuasa sekiranya sijil asas dilampirkan dengan manfaat tambahan Pengecualian Caruman sahaja.

Penambahan ini merangkumi semua Sijil bagi siri Takafulink (termasuk Sijil yang berkuatkuasa dan yang baru) dan akan berlangsung dengan serta-merta.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Baucar Petrol Bernilai RM 30 - Zurich : MasterCard

MASTERCARD SPEND & WIN e-PAYMENT CAMPAIGN

Baucar Petrol RM 30 untuk dibawa pulang !



SYARAT-SYARAT KEMPEN:

1) Tempoh kempen: 01 Januari - 29 Mac 2019

2) Terbuka kepada semua warganegara Malaysia atau Pemastautin Tetap Malaysia yang telah membeli polisi-polisi baru dengan Zurich dengan bayaran caruman pertama dan seterusnya untuk tahun pertama yang berjaya menggunakan MasterCard sepanjang tempoh kempen.

3) Cara menyertai untuk pelanggan:

Langkah 1: 
Log masuk ke laman web korporat Zurich di: www.zurich.com.my

Langkah 2:

Menjawab 2 soalan mudah dan berkongsi dengan kami menggunakan cara yang paling kreatif mengapa Zurich adalah pilihan utama anda untuk keperluan insurans atau takaful anda (dalam tidak lebih daripada 20 patah perkataan) kemudian menghantar masuk penyertaan anda.

4) Terbuka kepada 12,000 transaksi pertama yang berjaya (untuk bayaran caruman pertama dan seterusnya untuk tahun pertama menggunakan MasterCard) dalam tempoh kempen yang dinyatakan di atas.

5) Kes-kes agen sendiri akan dikecualikan daripada kempen ini.

6) Pelanggan akan layak memenangi baucer petrol bernilai RM30 untuk setiap transaksi yang berjaya
dan juga berpeluang memenangi satu iPad di mana 10 iPads akan diperuntukkan untuk setiap 3,000 transaksi yang berjaya.

Sebagai contoh, pelanggan A membeli 2 polisi dengan Zurich dan mendaftar auto deduction melalui MasterCard untuk membayar caruman pertama dan seterusnya untuk tahun pertama. 

Selepas transaksi berjaya, pelanggan A akan memenangi 2 baucer petrol bernilai RM30. Manakala agen bagi pelanggan A, akan memenangi 2 baucer petrol bernilai RM20.

7) Pelanggan dibenarkan untuk menghantar masuk lebih daripada satu penyertaan (satu penyertaan untuk setiap transaksi yang berjaya menggunakan MasterCard) untuk mendapatkan baucer petrol.

Untuk iPad, pelanggan hanya boleh memenangi maksimum satu iPad setiap orang (per NRIC/pemohon) tanpa mengira bilangan penyertaan yang hantar masuk. 

Pemenang iPad akan ditentukan oleh panel pengadil berdasarkan jawapan yang betul bagi 2 soalan mudah dan keaslian dan kreativiti slogan mereka dalam Bahasa Inggeris sahaja.

8) Pihak syarikat berhak untuk menggantikan hadiah dengan hadiah/tunai lain sama nilai pada bila-bila masa tanpa sebarang notis terlebih dahulu.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Sunday, February 10, 2019

Maksud Diagnosis Tulisan Doktor

Bukan sebarang cakar ayam, setiap tulisan mempunyai diagnosis tersendiri




About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Zurich My 2nd Income

Gila punya bisnes mcmni..
Gila lahhhh.. Untung gila skim utk agen baru..

Setakat nak buat PART TIME side income RM1,000-5,000 sebulan tu, boleh dikatakan 'MACAM' HAMPIR DIJAMIN dapat la.. πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…
.
Bulan-bulan kereta yang kau rasa serik sangat nak bayar tu, meh Zurich tolong bayarkan.. Siap bagi duit extra lagi..

Dah la nak JOIN FREE JE! Memang nak tabur duit gitu je. Gila kalau xnak grab peluang πŸ˜…πŸ˜‚

Untung gila beb siapa join untuk Intake January-March 2019 ni..

`THE BIG BEGINNING 2019`



πŸ’™ New Sales Talent 2019 - "Zurich My 2nd Income"

πŸ“ RM 600 Cash Reward πŸ’° utk 3 client setiap bulan
πŸ“ RM 400 Cash Reward πŸ’° utk 2 client setiap bulan
πŸ“ RM 100 Cash Reward πŸ’° utk 1 client setiap bulan
πŸ“ Semua product diambil kira
πŸ“Minimum Saiz Polisi RM 100 sebulan

Sebagai contoh...
3 orang client bayar = RM100x3=RM300
Commission = RM90
Cash Reward = RM600
Comision + Cash reward = RM690 <<<<< GAJI ANDA sekali kerja 30 minit!

Berniaga apa macamni?? haha
Customers beli barang anda = RM300
Untung anda = RM690 (230% !!!)

Ada pulak yg tanya,
"Senang ke nak dpt 3 jualan??
'Beb, average group saya utk agen baru, bulan pertama sekitar 10 kes!! Setakat nak dapat 3 kes tu, kacang goreng je!"

Ada teknik yg saya akan ajar & monitor closely nanti..
.
ZERO COST ⭕
ZERO RISK ⭕
MULTIPLE PROFIT⚡⚡⚡⚡

Pm saya untuk interview.. Tempat terhad..
Road to financial freedom..

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Cuti Peristiwa Secara Mengejut Bukan Suatu Yang Mengembirakan

Malaysia menang bola, esok umum cuti !


Ha, cuti peristiwa yang umum secara mengejut, bukanlah sesuatu yang mengembirakan semua orang. Memang kebanyakkan kita seronok bila declare cuti, tapi ada setengah pihak akan menghadapi kesulitan bila berlaku cuti-cuti peristiwa secara mengejut.

Cuti peristiwa sempena kejuaraan Piala Malaysia contohnya.

Kesannya, habis appoinment pesakit dengan doktor pakar terpaksa ditunda.

Penantian berbulan-bulan, kadang-kadang 6 bulan. Alih-alih hari ini cuti pulak. Jenuh la nak tunggu next slot, entah bila nak dapat.

Begitu juga dengan pejabat tanah, biacara kuasa yang ditunggu setelah hampir setahun, waris-waris dah ambil cuti, tup-tup ditunda, cuti burn macam tu sahaja. Nak reschedule balik, bukan senang. Waris duduk diluar daerah sekadar bercuti sahajalah di kampung halaman.

Saya pernah merasa kedua-dua situasi diatas. So saya tahu kesannya kepada yang terlibat. Yang tak terlibat, memang tak kisah.

Saya pun tak faham, apa signifikannya bola dengan cuti untuk golongan rakyat jelata.

Negara kita ni cukup banyak cuti berbanding dengan mana-mana negara lain di planet bumi.

Bila nak maju macam ni?

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Saturday, February 9, 2019

Kenapa Great Eastern Berani Sumbang 2 Bilion Untuk Skim B40 ?

Post ini dipetik dari Najib Razak. Something for us to ponder.

Kenapa Great Eastern Berani Sumbang 2 Bilion Untuk Skim B40 ?

-----

Maka hari ini, terbuktilah apa yang saya katakan dua minggu lalu.

Pada masa itu, ada juga komen-komen berikan reaksi kononnya saya hanya mengesyaki sahaja dan menyeru saya tidak buat andaian tidak berasas.

Hari ini, apabila ditanya oleh wartawan mengenai dakwaan saya, Lim Guan Eng akhirnya mengesahkan bahawa dia telah membenarkan syarikat insurans Singapura yang besar untuk mendapat pengecualian daripada syarat-syarat BNM bagi menghadkan pemilikan asing dalam sektor insurans negara.

Sekaligus, dia telah membenarkan syarikat-syarikat asing untuk terus menguasai pasaran tempatan.

Satu langkah yang dangkal sebenarnya.



Syarikat-syarikat insurans asing amat besar. Ini memberi kesan kepada daya saing syarikat-syarikat Takaful dan insurans tempatan yang jauh lebih kecil.

Pada tahun 2016, syarikat-syarikat insuran asing menguasai 81.7% dari industri insurans nyawa Malaysia.

Pada tahun 2017, BNM di bawah kerajaan BN memberi amaran terakhir kepada syarikat-syarikat asing untuk melepaskan sekurang-kurangnya 30% kepentingan saham di dalam operasi tempatan mereka kepada syarikat tempatan.

Langkah ini diambil untuk menggalakkan pertumbuhan syarikat Malaysia dan mengurangkan dominasi syarikat asing di dalam industri tempatan yang merupakan satu risiko.

Setakat ini, Great Eastern Singapura yang dimilik oleh Bank Singapura masih memiliki 100% saham di dalam operasi mereka di Malaysia yang menjana keuntungan sebanyak RM1 bilion setiap tahun dari kita.

Kita tidak pasti jika pelepasan yang diberi kepada Great Eastern ini ialah untuk selama-lamanya ataupun untuk tempoh tertentu kerana ini tidak diumumkan atau didedahkan oleh Guan Eng.

Syarikat mana yang mengendallikan Skim Perlindungan Nasional B40 ini pun kita tidak tahu. Ia masih lagi menjadi satu rahsia besar kepada kerajaan PH.

Tidak mustahil ia adalah syarikat insurans asing juga.

Tetapi langkah ini sudah tentu menggadaikan masa depan industri dan pasaran insuran syarikat-syarikat Takaful dan insuran negara dan kita akan terus didominasi oleh syarikat-syarikat asing yang besar.

Ini merupakan sebab utama syarikat insurans dan Takaful tempatan tidak dapat meneroka pasaran serantau seperti syarikat-syarikat dari Singapura dan negara lain kerana pasaran negara sendiri pun kita tidak berpeluang untuk kuasai ekoran polisi kerajaan PH ini.

Akhirnya nanti, apabila banyak syarikat Takaful dan insuran tempatan gulung tikar, mereka akan dituduh malas berusaha.

Simpanan nyawa rakyat Malaysia akan tetap di dalam tangan asing.

-------

Saya pernah membuat pendedahan bahawa kerajaan PH telah mengizinkan syarikat insurans Singapura yang besar untuk mendapat pengecualian daripada syarat-syarat BNM bagi menghadkan pemilikan asing dalam sektor insurans negara dengan membayar RM2 bilion untuk Skim Insurans B40.

Pada masa itu, saya pernah tanya syarikat insurans mana yang akan mengendallikan Skim yang kini diberi nama MySalam itu.

Rupa-rupanya, Great Eastern adalah syarikat itu.

Ini bermakna Kerajaan PH mengunakan RM2 bilion yang diterima dari Great Eastern untuk membayar kepada Great Eastern.

Sekaligus, Great Eastern mendapat 3.7 juta pelanggan baru dan menguatkan lagi penguasaan mereka di dalam sektor industri tempatan.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus