Tuesday, October 16, 2018

Delete Contact Yang Tak Pernah Repy

Sejak abg buat takaful dari tahun 2011. Jadi macam-macam orang ada contact abg untuk takaful. Bisnes card abg pun dah 4 kotak versi lain-lain abg buat.

Bila check henfon abg, penuh dengan macam-macam contact. Hahaha. Yang bestnya abg namakan contact tu macam-macam nama ikut dan abg. Contoh contact yang abg ada save;

"Ahmad Tanya Takaful"
"Cik Rozi Medical Card" 
"Khairul FB Ads"
"Puan Nur Blog" 

Adoyai macam-macam nama abg save. Dan biasanya abg akan save nama orang diikuti dengan 'lead' dari mana dia dapat contact abg kononnya supaya abg senang nak ingat balik. Hahaha. 


Now sampai satu tahap abg rasa dah terlalu banyak contact dalam phone abg yang mana bukan semua contact 'layak' untuk terus ada dalam phone abg.

Maksudnya, apa guna abg save nombor contact kalau abg sms, whatsapp, call tak pernah jawab atau berbalas. LoL.

Lagi pun terlalu banyak contact dalam phone hanya menyusahkan keadaan abg je bila abg betul-betul nak contact orang yang ada dalam phone abg. Sebab bila search contact yang abg cari, akan keluar sekali nama-nama yang rasanya tak perlu dalam contact lagi sampai buat fon searching lambat dan conflict contact.

Maka abg pun ambil keputusan untuk mudah kerja dan hidup abg, mana-mana yang tanya pasal takaful tapi takda action apa pun, buat appoinment pastu senyap tak muncul, hidup hanya sebagai bluetick contact, i have to say bye-bye to u. Sebulan sekali abg erase contact-contact dalam phone.

Abg guna 1 phone aje, dan nombor fon yang abg guna sekarang dah lebih dari 11 tahun abg guna. So moleklah abg erase mana yang tak perlu untuk elak keserabutan untuk perkara-perkara yang tak bermanfaat. Hehehehe

So andai kata berminat nak jadi contact phone abg, marilah kita berkenalan 😶 kat link sini https://wasap.my/60134044072 Jangan bagi bluetick kat abg. Lebih dari seminggu bluetick, abg delete je contact. LoL

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Cerita Simpan 3 Tahun

Abg hampir lupa tarikh kejadian pada 15 Oktober, tapi oleh kerana FB ada memori bingkisan kisah hidup, maka teringat terus peristiwa lama.



Lepas 3 tahun, hari ni baru abg nak share cerita ni. Simpan 3 tahun lamanya dalam memori.

15 Oktober 2015...

Sekitar 9.00 malam... Abg dengan wife baru sampai rumah mertua kat Rawang. Siang hari dapat call, bagitau bapak mertua jatuh bilik air. Petang tu dah gerak balik Rawang, tapi entah kenapa jalan jem yang amat dari Puchong lalu Elite Highway nak ke Rawang. Maka perjalanan abg ditangguh sebentar kat Shah Alam untuk makan dan semayang maghrib.

Bila masuk rumah mertua, abg tengok bapak mertua tak boleh bangun sendiri. Terbaring atas katil. Jiran ada yang datang, dan salah seorang jiran tu call ambulan untuk bawak ke hospital. Pada awalnya bapak mertua abg ok, tapi kemudiannya jadi lemah tak sedarkan diri. Mujur dah call ambulans.

Dalam 40 minit ambulans dari Kuala Kubu Bharu sampai. Medik check bapak mertua abg dah siap-siap strecher untuk bawak bapak mertua abg pergi Hospital Sg. Buloh. Bila ambulans sampai, lampu siren merah dia menerangi kejiran rumah mertua, beberapa lagi jiran datang rumah untuk tengok keadaan yang berlaku.

Hati abg sangat-sangat tersangat tak sedap waktu ni. Dari waktu menunggu ambulans kat luar rumah sampai la abg naik masuk dalam ambulans iring bapak mertua sekali. 

Abg sebagai menantu lelaki yang ada pada waktu tu, diminta untuk naik ambulans sekali untuk iring bapak mertua ke hospital. Dalam ambulans, medik pasang peralatan monitor blood pressure, waktu ni bapak mertua abg dalam keadaan sedar tak sedar, kejap-kejap terjaga lepas tu lelap mata. 

Bunyi deruan siren dan enjin ambulans yang dibawak laju sepanjang highway PLUS masih terngiang-ngiang kat telinga. Sampai satu keadaan, boleh cetuskan rasa anxiety atau berdebar bila abg dengar siren ambulan.

Dalam masa 15 minit ambulans sampai Hospital Sg Buloh. Turun saja dari ambulan, doktor terus bagitau wad kecemasan penuh malam tu. Walaubagaimanapun kakitangan hospital tetap tolak strecher masuk ke Zon Merah. 

Dalam Zon Merah, hanya seorang waris sahaja dibenarkan ada pada satu-satu masa. Oleh sebab abg yang iring bapak mertua dalam ambulans, doktor yang ada kat hospital panggil abg untuk tanya soalan-soalan penting. Wife abg dengan ipar dalam perjalanan dari rumah ke hospital naik kereta sendiri, dorang tak terkejar ambulans yang betul-betul laju. 

Antara soalan doktor yang abg ingat lagi dan pada abg korang yang lain perlu tahu dan ambil pengajaran dari soalan-soalan ni
"Ayah ada penyakit apa ?"
"Ayah ada ambil ubat jenis apa?"
Waktu tu abg jadi blur dan kalut. Sebab abg hanya tahu setakat bapak mertua abg ada diabetes. Ubat apa, dosage apa, lain-lain sakit semua abg tak tahu !

Bila ipar abg sampai, segala pil-pil ubat bapak mertua abg, abg bawa dan tunjuk pada doktor sebab doktor perlu tahu ubat apa dan sakit apa yang bapak mertua ada. 

Walaupun wife dan ipar dah sampai, dorang tak dibenarkan masuk. Hanya abg yang tunggu dalam ruang menunggu Zon Merah. Abg nampak beberapa orang doktor bergegas ke sana sini, termasuk ke bay rawatan bapak mertua abg untuk bagi rawatan. They have do their very best in treating their patient. Abg berterima kasih pada semua petugas Hospital Sg. Buloh yang bertungkus lumus beri rawatan pada pesakit di Kecemasan walaupun pesakit terlalu ramai.

Bapak mertua abg dipindahkan dari bay rawatan ke tempat khusus, yang mana doktor panggil abg bagitau yang jantung bapak mertua abg berada dalam keadaan lemah dan doktor dah bagi ubat jantung dos yang paling tinggi. Waktu ni doktor bagitau kat abg

"Ayah encik berada dalam keadaan lemah dan tak kuat. Kita dah bagi dos ubat jantung paling kuat. Jantungnya tak kuat. Encik masuk ke sini dan bisikkan syahadah di telinganya. Dia masih boleh mendengar."

Bayangkan doktor cakap macam tu, dan abg dipanggil untuk baca syahadah Lailahaillallah (لاَ Ø¥ِÙ„َÙ‡َ Ø¥ِÙ„َّاالله) pada bapak mertua abg yang dalam state koma. Kemudian doktor jugak pesan kat abg
''Panggillah semua ahli keluarga di luar masuk ke dalam."
Sekali lagi kekuatan abg teruji, macam mana abg nak cakap kat family yang tunggu kat luar untuk masuk tengok bapak mertua yang tengah koma dan bacaan denyutan jantung lemah malah semakin menurun. Nak tak nak, abg kuatkan diri cakap kat wife dengan ipar untuk masuk ke Zon Merah, guard yang jaga pintu pun melepaskan keluarga mertua abg masuk kerana doktor telah bagi 'signal' pada guard.

Lebih kurang pukul 1.00 pagi, 16 Oktober 2015, bapak mertua abg meninggal dunia di hadapan abg, wife dan adik ipar. Di sini Allah telah beri peluang untuk abg, wife dan adik ipar untuk lafaz kalimah "لاَ Ø¥ِÙ„َÙ‡َ Ø¥ِÙ„َّاالله" di telinga sehinggalah mesin bacaan jantung menurun dan kemudiannya mendatar sehingga seorang doktor berbangsa cina datang dan berkata

"Ayah encik tak boleh bertahan lagi. Jadi kita mohon encik untuk terima ayah encik pergi dalam keadaan peacefully''.
Esok harinya jenazah arwah bapak mertua selamat dikebumikan di kampung halaman. Imam yang mengurus jenazah menyampai pesan selepas selesai kebumi yang mana abg dapat tangkap pesanannya

"3 perkara yang akan mengiringi mayat ke kubur. Keluarganya, hartanya dan amalannya. Dua daripadanya akan pulang, iaitu keluarga dan hartanya. Satu akan tinggal bersama, iaitu amalan."

 
 
Al-Fatihah untuk arwah bapak mertua abg dan arwah ibu tersayang.

Allah ampunkanlah segala dosa ibu dan ayahku
Kasihi mereka seperti mana mereka mengasihiku

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Monday, October 15, 2018

Bil Ini Takaful Tak Cover

Awas, bil rawatan sebegini syarikat takaful TAK COVER ya !


Rawatan yang dibuat oleh orang yang tak diiktiraf oleh MMA (Malaysian Medical Association) setakat ini tidak boleh buat tuntutan insurans. 

Bagi rawatan di hospital non panel (bukan panel) kepada insurans/takaful pesakit, rawatan tersebut boleh dibuat tetapi pesakit perlu bayar duit sendiri dahulu dan buat tuntutan semula. Kelulusan tertakluk kepada syarikat insurans/takaful masing-masing.

Anyway, mahal betul bil rawatan tradisional yang dicaj. Boleh pergi umrah balik hari tu harga dia.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Zurich Takaful Malaysia Berpindah Ke KL Eco City

Dengan penuh sukacita, kami ingin memaklumkan bahawa berkuat kuasa 15 Oktober 2018, ibu pejabat kami akan berpindah ke KL Eco City, sebuah pembangunan moden terkini di Kuala Lumpur. 



Pemindahan ini melambangkan sebuah pencapaian yang membanggakan dalam matlamat kami untuk menyediakan persekitaran tempat kerja yang lebih dinamik untuk pekerja-pekerja Zurich. Dengan secara langsungnya, ini akan mempertingkat kolaborasi antara segmen-segmen perniagaan dan meletakkan kami di posisi yang strategik bagi kejayaan yang berterusan di masa akan datang.

Alamat dan nombor telefon ibu pejabat baharu:

Zurich Takaful Malaysia Berhad
Tingkat 23A, Mercu 3,
No. 3, Jalan Bangsar,
KL Eco City, 59200 Kuala Lumpur
Tel: 03-2109 6000
Faks: 03-2109 6888




Oleh kerana proses perpindahan ibu pejabat ini dijalankan secara berperingkat, perhubungan dan komunikasi harian berkemungkinan akan menghadapi gangguan. Walau bagaimanapun, kami amat komited untuk meminimumkan gangguan yang dihadapi dan kami ingin berterima kasih atas kesabaran anda. 

Buat sementara waktu ini, sila ambil perhatian tentang perkara-perkara berikut:

Perkhidmatan kaunter cawangan akan diteruskan seperti biasa di cawangan Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, sehingga pemindahan ke cawangan HP Tower, Kuala Lumpur pada bulan November. Tarikh rasmi operasi akan diumumkan pada masa akan datang.


About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Tanam Sayur Secara Hidroponik

Teknik tanaman secara hidroponik iaitu tanaman tidak menggunakan tanah sebenarnya dah lama diperkenalkan. Kalau tak silap teknik ni popular masa diperkenalkan sekitar tahun 1998, masa tu abg sekolah rendah lagi.



Bagi mengisi kelapangan masa, abg try tanam sayur guna teknik modified hidroponik. Modified sebab guna sikit tanah, kalau hidroponik yang sebenar dia pakai kapas/span dan 100% air baja.

Abg malas nak beli set takung hidroponik tu. Jadi semuanya DIY aje. Bahan-bahan guna botol air 1.5 liter, air baja XY (boleh beli kat kedai hidroponik online), biji benih (boleh beli kat kedai ECO RM 2).




Dalam gambar masa sayur baru nak naik. Abg guna rak pinggan terpakai untuk letak botol-botol sayur. Daripada tak digunakan rak tu boleh jugak dimanfaatkan ye dak.

Abg tanam sayur sawi, kangkung, cili. Sawi dengan kangkung abg dah tuai makan. Cili aje belum berbuah lagi. So far tanam teknik ni senang nak jaga. Just topup air baja aja 2-3 hari sekali.


Sepatutnya botol bahagian bawah tu di balut/dicat dengan tape/cat gelap supaya lumut tak bertumbuh. Dalam gambar kat atas tak balut lagi, bila lumut dah naik hijau baru la abg rajin nak balut. Tu pun pakai selotape oren (selotape kotak) beli kat kedai Eco

Cuba la tanam sebotol.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Wednesday, October 10, 2018

Dilanggar Pemandu Mabuk

Ali seorang pemuda yang baik, rajin dan bekerja dgn bergaji RM36,000/tahun. Dengan gajinya itu Ali sedikit sebanyak dapat bantu ringankan beban ibu bapanya di kampung dan adiknya yang menuntut di IPTA.

Suatu hari, musibah melanda. Ali terlibat kemalangan dilanggar oleh seorang pemandu yang mabuk. Beliau disahkan lumpuh keseluruhan dan tidak boleh bekerja lagi pada usia semuda 28 tahun. Sudah tiada lagi gaji RM36,000/tahun. Ibubapa dan adiknya kini hilang tempat bergantung dan terpaksa pula menyara Ali.



Seorang peguam datang ingin membantu Ali untuk mendapatkan pampasan yang sepatutnya. Persoalannya, berapakah jumlah yang patut Ali saman terhadap pemandu mabuk yang telah menyebabkan beliau lumpuh itu?

RM36,000? RM72,000? RM100,000? 
RM500,000? 
RM1Juta? RM2Juta? RM10Juta?

Mampukah pemandu mabuk itu membayar saman ganti rugi terhadap Ali? 

Paling kuat, dia boleh bayar saman trafik RM 300 aja.

Sebenarnya diri kita tiada nilai yg boleh diukur dengan wang ringgit. 
Tetapi gaji kita boleh digantikan semula jika tahu caranya...

Takaful itu mudah kepada mereka yang faham. 
Lindungi pendapatan anda melalui takaful. 

Boleh bincang dengan abang :)

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Nak Elak Pertelingkahan Isteri Bila Berpoligami ?

💕ANDA INGIN BERPOLIGAMI???

Nak mengelakkan PERTELINGKAHAN antara isteri-isteri kesayangan selepas ketiadaan anda..?

Abg ada penyelesaiannya!!!


Cipta ASET TUNAI SEGERA dengan menyediakan HIBAH TAKAFUL dari kami di Zurich Takaful dan HIBAH kan secara adil kepada isteri-isteri anda tanpa perlu di Faraid kan suatu hari nnti..

Meh pm abg cepat.

Nama anda akan dirahsiakan.

TAPI !!!

Kalau nak buat pelan takaful pun tak mampu, renti kan ajelah hasrat nak poligami tu.

😉😉😉

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus