Saturday, March 5, 2016

Isteri Sangka Suami Ada Takaful, Rupanya Suami Mintak Hold Dulu




Can u imagine this, 
isteri yang ada kerja pun boleh jadi tunggang langgang bila suami dijemput pergi dahulu. 

Dengan semua akaun kena FREEZE, kena dapatkan surat tadbir pusaka untuk setelkan dan pada masa yang sama segala hutang-piutang perlu dibayar seperti biasa.

Jika anda sebagai isteri, tanya pada suami, ada tak suami ambil pelan takaful yang letak nama anda sebagai salah seorang penerima HIBAH.

Jika suami cakap dah ambil insurans KONVENSIONAL, berhijrah segera ke TAKAFUL kerana pampasan konvensional TERKELUAR daripada harta hibah dan jatuh pada kelompok harta tidak patuh syarak. 


Takaful Income Replacement adalah EXIT PLAN TERBAIK (written aggreement) untuk menyelesaikan masalah kewangan waris, hutang piutang selepas meninggal, malah jika ada EXTRA boleh buat sedekah dan wakaf untuk amalan kebaikan yang berterusan.

Kalau berurusan dengan abg, abg tak suka nak followup banyak kali untuk klien yang cakap ''nak fikir dulu'', sebab ramai lagi next person abg nak jumpa untuk sharing benefit takaful tambah lagi kerja sedia ada untuk buat claim klien abg.


Sometime orang yang cakap "nak fikir dulu" bagi abg adalah sebagai satu alasan untuk tolak takaful. So abg tak nak buang masa abg untuk follow up. Jika benar serius tentang perancangan kewangan family sendiri, komfem tak perlu fikir berpanjangan untuk daftar takaful. Kannnnn......

Abg kuat bebel takaful

013.404.4072


About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Cara Cetak Pelepasan Caruman Takaful Bagi e-Filing Cukai Pendapatan 2015


1. Cara cetak penyata pelepasan cukai pendapatan 2015 bagi caruman MAA Takaful







2. Pelepasan yang dibenarkan ialah sebanyak RM 6,000 bagi sijil takaful hayat.


Dan sebanyak Rm 3,000 bagi sijil takaful kesihatan (kad hospital, medical card).





About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Salah faham mengenai tempoh "Cooling Period 120 hari medical card"

Salah faham mengenai tempoh "Cooling Period 120 hari medical card".

Anggapan pemilik medical card terutama bagi mereka yang mendaftar takaful kerana telah ada simptom penyakit atau sedang menyorokkan masalah kesihatan ketika membuat pendaftaran.

"Tunggu medical card habis tempoh cooling period 120 hari, lepas tu boleh pergi rawatan hospital dan takaful cover semua kos dan bil hospital."




Fakta yang sebenarnya mengenai cooling period:


Apa-apa penyakit spesifik (specified illness) yang wujud dalam tempoh 120 hari pertama medical card sedang berkuatkuasa, sama ada pemohon tersebut SEDAR ataupun TIDAK SEDAR akan penyakit tersebut, akan DIKECUALIKAN daripada perlindungan takaful.


Pihak takaful berhak menolak untuk membayar tuntutan perubatan dan menjalankan MEDICAL INVESTIGATION sekiranya terdapat tuntutan yang meragukan dan melibatkan tempoh 'cooling period' medical card.

Benda ni penting.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Monday, February 22, 2016

Cara Mengesan Jin & Gangguan Dalam Tubuh Badan


Cara mengesan jin dan gangguan dalam tubuh badan antaranya ialah dengan melakukan RUQYAH.



Ha... Sebenarnya anda boleh melakukan RUQYAH DIRI SENDIRI dengan cara berikut untuk mengesan jin dan gangguan dalam tubuh badan. Ruqyah tak semestinya dibuat oleh ustaz atau perawat semata-mata.

Cara mudah untuk ruqyah:

● Ambil wuduk, seolaknya lakukan ruqyah setelah solat sunat Taubat

● Duduk mengadap Kiblat

1) Istigfar 70 kali 
Astagfirullah Halazim
Waatubu ilaih

Mohon ampun & sesal sepenuhnya atas dosa yg lepas.
Bertaubat Nasuha.

Mohon Allah hilangkan penyakit, santau, sihir, saka dan lain-lain.

2) Selawat 3 kali

Angkat tangan seperti berdoa dan terus membaca

3) Al Fatihah
4) Ayatul Qursyi
5) Al Ikhlas
6) Al Falaq
7) AnNas

Ukhuwah Bersama Jemaah Bathamim Puchong

No.3 - No.7 setiap habis bacaan surah hembus kat tapak tangan.

Sapu dari muka, kepala, hingga hujung kaki.

Semasa sapu baca 

BISMILLAH ALLAHUAKBAR...

Sapu badan seperti sabun masa mandi...(perlahan-lahan... jangan nak cepat je)

PERINGATAN !

Sila standby bag plastik kat sebelah...
Sesiapa yg ada gangguan dikhuatiri akan muntah...


  • Kerap bersendawa 
  • Pening2 kepala
  • Rasa gundah gulana
  • Rasa panas pada bhgn tertentu badan
  • Kebas pada bahagian tertentu tubuh
  • Terbatuk2 @ Tersedak2
  • Ada pergerakan di bawah kulit
  • Jantung berdebar tiba2
  • Pandangan jadi kabur & berpinar2
  • Terkentut2
  • Terasa nak buang air (besar @ kecil)



Teruskan.........
Itu adalah tanda anda ada gangguan.....

Jika ada, teruskan....
Buat 2 kali sehari selepas solat Fardhu Subuh & Magrib

Bagi gangguan yang teruk, pergilah dapatkan rawatan di pusat rawatan islam yang terdekat dengan tempat tinggal.

Lakukan usaha berubat, pada masa yang sama jauhi perbuatan syirik dalam perubatan.

SELAMAT MERUQYAH....

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Thursday, February 11, 2016

Cara Guna Applikasi Mediexpress MAA Takaful

Assalamualaikum semua. Lama abang tak update entry blog abang ni. Al maklumlah sibuk dengan closing pendaftaran takaful. Insya Allah lepas ni abang akan update banyak entry dengan cerita untuk dikongsikan bersama.

Entry kali ni abang nak share sikit kepada semua pelanggan kad hospital @ medical card MAA Takaful termasuk konsultan MAA Takaful tentang Applikasi (Android Apps) Mediexpress.

Apps Mediexpress ni khas untuk pelanggan MAA Takaful yang ada daftar pelan kad hospital, tak kisah sama ada pelan stand alone ataupun pelan sebagai rider. 

Dengan apps ini, pelanggan yang ada kad hospital MAA Takaful boleh;

  • Semak Guarantee Letter Takaful (GL)
Check GL (Guarantee Letter) yang dikeluarkan oleh MAA Takaful, Initial GL dan juga discharge GL secara online. Tak perlu lagi call agent atau call syarikat takaful untuk tahu status GL

  • Semak Baki Penggunaan Kad Hospital
Check jumlah baki tahunan kad hospital yang boleh digunakan dalam tahun polisi (unutilised balance). Jangan risau jika baki berkurangan kerana kad hospital MAA Takaful TIADA had limit lifetime. Bermaksud, tahun polisi berikutnya had tahunan kad hospital akan direset semula jika kita dah buat claim dalam tahun semasa.

  • Semak Butiran Claim
Check semua claim yang berkaitan dengan penggunaan kad hospital

  • Carian Hospital Panel
Carian hospital panel MAA Takaful (hospital locator).

  • eCard
Jika kad hospital hilang, hanya tunjukkan eCard ini untuk kemasukan ke wad hospital.

Install Apps Mediexpress di telefon tuan/puan di SINI


CARA DAFTAR APPS MEDIEXPRESS

Dalam tutorial ni abang akan gunakan ID Apps abang sendiri memandangkan abang sendiri pernah admit hospital guna apps ni.

Ok cara nak daftar kad hospital melalui Apps Mediexpress seperti berikut:

1. Telefon tuan/puan perlu install apps ini terlebih dahulu. Boleh download kat google playstore atau terus tekan link ni <klik sini untuk download>.

2. Selesai download, ,masuk ke apps tersebut dan ikut step berikut


About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Friday, January 1, 2016

Cara Terima Gaji Secara Berterusan (Cara 1)

‪
#‎Cara1‬ untuk buat isteri terima gaji suami secara berterusan.


Contoh gaji bulanan suami Rm 3,000. Setahun gaji suami Rm 36,000 (3,000x12).



Mintak suami ambil pelan takaful income replacement dengan coverage Rm 450,000.



Pada bila-bila masa jika takdir suami meninggal dunia atau ditimpa hilang upaya kekal dan majikan suami tak lagi bayar gaji suami, isteri claim duit takaful.

Rm 450,000 duit takaful tadi, isteri dapat lump sum dan laburkan pada instrument yang beri pulangan 8% setahun.

Setiap tahun puan-puan akan dapat dividen pelaburan Rm 36,000 (8% x 450,000) iaitu bersamaan gaji tahunan suami puan-puan.

Dengan itu, ianya mengantikan semula pendapatan gaji suami puan-puan walaupun pendapatan suami telah terhenti kerana meninggal dunia atau hilang keupayaan bekerja.

Selama mana ganti gaji suami?
Ianya adalah SELAMA-LAMANYA selagi mana wang pelaburan Rm450,000 tidak dikeluarkan daripada instrument pelaburan.

♡Tiada masalah kewangan untuk kebajikan keluarga.

♡Nafkah berterusan untuk isteri dan anak.

♡Dana pendidikan anak telah siap tersedia.

♡Tiada masalah untuk melaksanakan sedekah jariah dengan adanya dana kewangan tersebut.

Takaful income replacement bukan sahaja untuk mereka yang berkeluarga, malah bagi yang bujang juga boleh buat sebagai persediaan kewangan untuk perkara yang tidak dijangkakan.

Tengok Cara2 pulak [Cara2]

★★★★★
Nak tahu berapa sum covered income replacement yang perlu tuan/puan ada beserta caruman bulanannya ?

Add saya di Facebook atau boleh terus whatsapp saya.

*Ini adalah cadangan pelan sahaja. Ianya perlukan perbincangan lanjut berdasarkan pencarian fakta (fact finding) keluarga tuan/puan.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Thursday, December 31, 2015

Cara Terima Gaji Secara Berterusan (Cara 2)



‪#‎Cara2‬ Abg dah share cara1 [Cara1]. Kali ini ni abg nak share cara2.

Mengambil contoh yang sama, suami bergaji bulanan Rm3,000 dan ambil takaful income replacement coverage Rm450,000.

Takdir suami meninggal awal sebarang sebab atau ditimpa kemalangan hilang upaya.

Isteri terima hibah takaful Rm 450,000.

Duit tersebut isteri beli 2 rumah unit medium cost. Kemudian rumah tu disewakan.

Duit hasil sewa rumah setiap bulan yang dikutip boleh guna untuk sara keluarga secara berterusan sampai bila-bila.

Pendapatan keluarga berterusan walaupun hakikatnya suami tidak lagi membawa pulang gaji kepada keluarga.

Rumah tadi dibeli cash guna hibah takaful. Maka tiada hutang.

Bila 10 tahun lagi, anak pun dah besar, nak pakai duit untuk pendidikan, rumah tadi dijualkan semula.

Contoh beli rumah hari ni harga Rm450,000 , lagi 10 tahun tak mustahil harga jual Rm 1,000,000.

Keluarga hidup senang dengan takaful income protection, nak buat kebajikan untuk arwah suami pun apa ada hal bila kita ada duit. Tiap-tiap tahun nak buat kenduri tahlil tumbang kambing pun takde masalah.

Begitulah indahnya takaful income replacement untuk ahli keluarga.

Cara1 lebih sesuai untuk isteri yang tidak bekerja, cara2 sesuai bagi isteri yang bekerja kerana risiko cara1 dan cara2 yang berlainan.

Nak cerita semua benda dalam fb/blog memang susah. Nak tau lebih boleh sembang dengan abg, okay.

DUIT BUKANLAH SEGALA-GALANYA

TETAPI

SEGALA-GALANYA MEMERLUKAN DUIT
(hatta nak tanam jenazah pun perlu duit kurang-kurang Rm1,500)

Fikir-fikirkan :)

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus