Friday, March 6, 2020

Doktor... Injection Kasi Mati Ada Tak ?

Baru sebentar tadi seorang pesakit tua dalam lingkungan 80-an datang ke bilik rawatan saya ditemani anak lelakinya.

Sepanjang konsultasi dijalankan, saya melihat anaknya tidak berhenti-henti memarahi bapanya yang kelihatan sudah sedikit nyanyuk, namun masih petah berbicara.

Pesakit tua tersebut mengalami masalah pening akibat tersalah memakan ubat yang diberikan, mungkin kerana nyanyuk, ubat kencing manis & darah tinggi beliau saya lihat sudah bercampur aduk.

Timbul rasa kasihan & simpati, saya pun menasihati beliau termasuk anak lelakinya akan kepentingan memakan ubat darah tinggi & kencing manis tepat pada waktunya agar pesakit tidak lagi kepeningan.

Selanjutnya, anaknya meminta agar saya memberikan suntikan bagi menghilangkan pening ayahnya itu. Setelah menilai beberapa risiko lain, saya pun bersetuju untuk memberikan suntikan bagi menghilangkan pening supaya pesakit dapat pulang dalam keadaan selesa.

Saat hendak dicucuk, beberapa kali anaknya menengking bapanya. Bayangkan seorang tua yang sudah hampir mencecah satu abad, dengan pergerakan yang terketar-ketar, & suara yang lemah, pesakit itu berkata, 

"Doktor, injection kasi mati ada tak?"

Anaknya yang sedari tadi menengking-nengking kini terdiam. Termasuk saya.

Bagi menenangkan pesakit itu, saya bertanya,

 "Kenapa pakcik mau itu injection?"

Dia menjawab, 

"Wa sudah tua, takde guna lagi hidup kasi susah orang saja"



Allahu...lihatlah betapa hati & perasaan orang tua ini sudah begitu remuk dengan kerenah anaknya, sehinggakan beliau tidak lagi sanggup hidup.

Saya menenangkan pesakit & anaknya lagi, 

"Pakcik, masa you muda, you sudah jaga you punya anak baik-baik sampai besar, sekarang dia sudah besar, dia punya turn la jaga you. Jangan sedih2 ok?"

Beliau tidak menjawab, hanya dengan berlinangan air mata beliau mengangguk. Anaknya pula sudah mula berdiam diri, mungkin baru tersedar akan perbuatannya yang melampaui batas sebentar tadi.

Sampai saat hendak keluar, pesakit tidak henti-henti mengucapkan terima kasih, & anaknya pula sudah mula memimpin tangan ayahnya untuk keluar dari bilik rawatan, perkataannya juga lebih lembut nadanya.

Wahai anak-anak, berbaktilah kepada kedua ibubapa mu, janganlah pernah jemu melontarkan kata-kata yang lembut kepadanya, & jangan pernah lupa jasa mereka membesarkan mu selama ini.

Kepada mereka yang baru bergelar ibubapa, janganlah pernah melemparkan kata-kata kesat terhadap anak semasa mereka kecil, mana tau nanti saat anda sudah tua tidak berdaya, mereka pula akan melayan anda dengan kasar hasil perbuatan anda sendiri suatu ketika dahulu.

P/s: Cerita di atas adalah kisah benar & tiada yg benar melainkan yg benar belaka, peringatan buat kita semua.

Kredit to Muhammad Uwais 
[Original author link not found]

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D