Friday, May 3, 2019

Singkatan Radiologi (USG / US / KUB)

Doktor hulur borang pemeriksaan radiologi sambil kata, 
"Nanti encik datang hospital, pergi department Xray untuk buat ultrasound ye untuk check buah pinggang."


Kita pandang kertas kat tangan, cuba tafsirkan tulisan yang kita tak pasti maksudnya apa. 

Nak kata bahasa Inggeris, yang kita nampak huruf-huruf besar dan beberapa nombor. Dan tak ada pula tulis kidneys.

Kidneys itu buah pinggang lah kan dalam bahasa Inggeris?

Tapi tak apa.

Cuba scan sikit borang tu. Kalau doktor dah kata untuk ultrasound, mesti ada ruang yang dia akan tulis US ataupun USG.

US atau USG itu cara tulisan pendek kami untuk ultrasound. Ataupun dia akan tick pada kotak yang bertulis ultrasound.

Seterusnya
Tengok apa yang ditulis selepas US/USG itu.

Kata tadi nak tengok buah pinggang kan? Hampir semula pemeriksaan ultrasound untuk buah pinggang akan ada tulisan KUB.

KUB itu adalah pendek kepada Kidneys, Ureters, Bladder. Buah pinggang, ureter dan pundi kencing.

Ureter itu adalah laluan kencing daripada buah pinggang ke pundi kencing.

Yang boleh ditengok, antaranya:
- Saiz buah pinggang
- Batu dalam buah pinggang atau pundi kencing.
- Sis (cyst) pada buah pinggang.
- Ada bengkak pada saluran buah pinggang atau tak (ureters/calyx)
- Jangkitan kuman atau nanah pada bahagian terlibat.
- Pundi kencing.
- Prostat.

Ha, lepas ni kalau dapat jenis doktor yang tak banyak cakap pun, dah tahu lah kan sikit sebanyak nak tengok borang pemeriksaan sendiri atau punya mak ayah kita.

Lihat saja pada borang ada tertulis US KUB, ha dah tahu nak pergi ke bahagian mana dan apa yang nak diperiksa.

Ada kesempatan, saya kongsi yang lain pula.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D