Friday, September 14, 2018

Asas Terma Perlindungan Takaful

Asas Terma Perlindungan Takaful

Ramai orang mengaku dah ada perlindungan takaful, tapi hakikatnya mereka sendiri tak tahu apa yang cover dalam polisi takaful masing-masing. 

So mari kita ketahui terma-terma perlindungan yang ada dalam polisi takaful. Jika ada dalam polisi, maksudnya awak sebagai pemegang polisi boleh buat tuntutan @ claim jika terjadi risiko yang ditakafulkan. Manakala jika tak ada tulis, gigit jarilah jawabnya sebab tak boleh claim apa-apa jika terjadi risiko tersebut.

Dalam pemahaman yang mudah, awak cakap kita ada takaful. Satu hari awak kena penyakit buah pinggang, bila nak buat claim, sekali insurans reject sebab polisi awak tak ada coverage untuk penyakit kritikal. 

Kita sangkakan bila ada takaful, semua benda akan cover, tapi sebenarnya silap, kita perlu pastikan ianya tertulis dalam buku polisi, baru ler cover.

Terma-terma perlindungan yang ada polisi Zurich Takaful;

1) Basic sum covered (BSC) / Face Amount
Jumlah pampasan bila Meninggal Dunia apa jua punca termasuk penyakit, kemalangan atau pekerjaan merbahaya, kecuali dlm zon perang

2) Accidental Death 
Jumlah pampasan kalau meninggal dunia disebabkan kemalangan sahaja. Kemalangan tak semestinya kemalangan jalanraya. Termasuk kemalangan lain spt keracunan makanan, dibunuh, kejutan elektrik, kebakaran etc melainkan dinyatakan sebaliknya (spt mati denggi tak dianggap mati kemalangan).

3) Hilang upaya kekal & keseluruhan (TPD)
Jumlah pampasan bila hilang keupayaan seluruh badan atau 2 anggota utama iaitu 2 mata, 2 tangan, 2 kaki, atau sebelah mata sebelah tangan/kaki, yg sebabkan anda tak boleh bekerja, atau tak boleh hidup berdikari tanpa bantuan org lain, lebih 6 bulan

4) 36 Penyakit Kritikal
Jumlah pampasan bila disahkan menghidap mana mana 1 dari 36 penyakit yang disenaraikan. Mesti penuhi keadaan penyakit yang dinyatakan dalam kontrak dan mesti hidup at least sebulan selepas menghidap

5) Elaun hospital (HB)
Elaun tunai bila anda diwadkan di hospital kerana sakit atau kemalangan sahaja, tak kira hospital awam atau swasta

6) Accidental Dismemberment
Jumlah pampasan bila cacat atau hilang keupayaan anggota badan bila ditimpa kemalangan. Dibayar mengikut peratusan berdasarkan tahap kecacatan anggota.

7) Hospitalisation / Medical Kad
Jumlah gantirugi yang dibayar kepada hospital untuk kos rawatan, mengikut had tahunan atau seumur hidup.

=====

So, bila anda cakap anda sekeluarga sudah dilindungi hingga 1.5 juta untuk medical, itu adalah perlindungan untuk hospitalisation. Bila kena tahan wad, pampasan dibayar kepada hospital, mengikut jumlah bil. Bil rawatan 5,000, gantirugi dibayar 5,000 saja, bukan 1.5 juta

Faedah Kematian, TPD, Penyakit Kritikal, elaun hospital dan Accidental Dismemberment ada berapa? 

Ini adalah gantirugi yang dibayar tunai kepada anda atau keluarga. Ini yang GANTI GAJI ANDA YANG HILANG bila ditimpa musibah.

So, please check balik polisi anda
Jangan tunggu dah ditimpa musibah, baru sedar ada yang tak kena dengan polisi anda.




About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D