Thursday, August 1, 2013

Tangani Masalah Kebocoran Kewangan

Hampir kesemua daripada kita mengalami masalah kebocoran kewangan. Apa yang dimaksudkan dengan kebocoran kewangan ? Okay, kebocoran kewangan ialah satu masalah di mana jumlah perbelanjaan adalah melebihi daripada jumlah pendapatan.

Puncanya? Dalam hal kebocoran kewangan, terdapat banyak punca yang boleh dikenalpasti. Antaranya ialah kenaikan harga barangan keperluan yang tak setara dengan kenaikan pendapatan. Cuma korang renungkan sendiri, kita ambil contoh harga hartanah perumahan semakin tahun semakin meningkat padahal gaji yang kita terima kenaikannya pula hanya cukup-cukup makan. Padahal korang dah bekerja sebulan dengan penuh 'rajin', bagi yang berkeluarga pula, kedua-dua pasangan keluar bekerja untuk menyara perbelanjaan bulanan tapi masih tak mencukupi !

Itu masa kita hidup dah bocor kewangan, apatah lagi kalau kita dah meninggal dunia nanti. Apa bakal berlaku pada keluarga kita ? Di bawah ini adalah analisi keperluan kewangan untuk satu keluarga berpendapatan sederhana dan aku telah senaraikan 3 alternatif yang korang boleh pilih bagi mengatasi masalah kebocoran kewangan.




3 Alternatif Bagi Menampal KEBOCORAN Keperluan Tunai Semasa Meninggal
Mana pilihan korang ?

PERTAMA
Meminjam sejumlah wang berkenaan iaitu RM 90,000 dan membayar bulanan beserta dengan bunganya sekali.

KEDUA
Lebih murah dan pantas untuk menghasilkan wang tunai RM 90,000 tanpa meminjam ialah dengan mengwujudkan satu tabungan insurans sebanyak RM 90,000.

KETIGA
Berserah kepada takdir dan berdoa supaya pasangan boleh berkahwin sekali lagi atau bekerja fulltime untuk menyara kedua-dua anak. Ataupun bergantung kepada simpati orang ramai dan sanak saudara.

*Dipetik dari buku Pilihan Pelabur Bijak terbitan PNB & ASNB halaman 36:mengurus kewangan




"Renung-renungkan dan laksanakan tindakan"

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D