Tuesday, August 28, 2012

Meter Paip Air: Pukal vs Individu

Info ni aku share berdasarkan pengalaman aku sendiri sebagai akauntan kat satu syarikat pengurus hartanah (property manager company) selama 2 tahun. Tak tahan ar keje dengan bos 'kapiaq', halal haram apa kira. Prinsip bisnes 'kapiaq' ni, "Bisnes Mesti Tipu". Sori to say la aku cakap terus terang, tapi korang kena terima hakikat gak prinsip dorang mcm ni. Sbb apa? 'Kapiaq' takda syurga neraka, mati nanti nak guna duit banyak.

Dalam topik ni ada beberapa shortform dan terma bahasa yg aku gunakan, maklumlah aku malas nak menaip kat blog.

Kediaman Bertingkat 
Mana² rumah yang ada tangga bertingkat² (flat, kondo, apartment dan sewaktu dengannya)

Dev/Pengurusan Bgnn
Developer (pemaju perumahan) atau Pengurusan Bangunan- Syarikat yang dilantik oleh MC atau JMB bagi menguruskan bangunan kediaman bertingkat (Management Corporation-MC utk kediaman bertingkat yg dah dpt hak milik strata manakala Joint Management Body-JMB utk kediaman bertingkat yg belum dapat hak milik strata.

Meter Pukal
Meter yg dibil oleh Syabas kepada dev/pengurusan bgnn dan kemudiannya dev/pengurusan bgnn akan mengeluarkan bil kepada penghuni kediaman bertingkat. Penghuni perlu bayar bil air kepada dev/pengurusan bgnn.

Meter Individu
Meter yg dibil oleh Syabas terus kepada setiap unit kediaman bertingkat dan bil ini perlu dibayar oleh penghuni kepada Syabas.

Syabas
Syarikat Bekalan Air Selangor

SNP
Sales & Purchase Agreement

Malas nak scan cantik², bukan dpt anugerah blog paling best pun :p
Negeri Selangor satu-satunya negeri yg bagi air PERCUMA, tapi hanya untuk pengguna air yg guna meter individu. Kat Selangor, ada kediaman bertingkat yg menggunakan meter individu dan ada gak yg guna meter pukal. Tapi kenapa meter pukal digunakan dan tak dapat air PERCUMA? Tgk perbezaan proses biling meter untuk dua² jenis paip kediaman bertingkat:


Proses Biling Meter Pukal
1. Ada main meter untuk rumah kediaman bertingkat yang akan diambil bacaan oleh Syabas. Sebab tu dia panggil meter pukal, sebab bacaannya adalah pengunaan keseluruhan kediaman bertingkat.
2. Bil tersebut akan diserahkan kepada dev/pengurusan bgnn.
3. Dev/pengurusan bgngn kemudiannya akan membuat bacaan meter yg dipasang di setiap unit kediaman bertingkat. (Kadang² bacaan meter oleh dev/pengurusan bgnn ni terdapat error, jadi penghuni pun akan komplen bil mahal/murah tak tentu pasal disebabkan bacaan meter dibuat secara manual (tulis tangan dulu pastu hantar pada pejabat dev/pengurusan bgnn utk key in dlm sistem utk proses generate billing.
4. Dev/pengurusan bgnn akan buat billing dan bagi penghuni kediaman bertingkat bil air unit masing². Bil takda logo Syabas, kalau ada logo pun logo dev/pengurusan bngnn punya.
5. Penghuni kediaman perlu bayar bil tersebut kepada dev/pengurusan bgnn.
6. Dev/pengurusan bgnn akan bayar bil air kepada Syabas melalui duit collection penghuni kediaman bertingkat.

Proses Biling Meter Individu
1. Setiap unit kediaman ada meter individu yang akan diambil bacaan oleh Syabas.
2. Syabas akan keluarkan bil air terus kepada penghuni kediaman. Bil ada logo syabas, macam bil elektrik.
3. Bil perlu dibayar oleh penghuni terus kepada Syabas.

Meter Pukal Tak Adil Untuk Penghuni Tapi Kenapa Pakai Meter Pukal ?

1. Sila rujuk S&P masa korang beli rumah. Dalam S&P mesti ada nyatakan pasal Service Charge, Sinking Fund, Insurance, Water Charges yang mana korang perlu bayar apabila meduduki kediaman bertingkat. Biasanya meter pukal, penghuni akan bayar duit deposit air kepada dev/pengurusan bgngn. Berlainan dgn meter individu yg mana penghuni bayar kat Syabas dan ada ditunjukan dalam bil air Syabas berkenaan dengan deposit air.

2. Dev/Pengurusan bgnn teramat suka dengan penggunaan meter pukal. Sbbnya, bil penghuni tak bayar service charge (duit maintainance bangunan), dorang akan potong bekalan air utk unit kediaman tersebut. Jadi nak tak nak, penghuni unit kediaman tersebut perlu menjelaskan duit  maintainance  walaupun bil air bulanan dijelaskan dengan baik kepada dev/pengurusan bngnn. Kalau pakai meter individu, takde chance la nak potong air sbb penghuni bayar bil air terus kepada Syabas & Syabas tak potong air walaupun tunggakan duit  maintainance  dah bertahun-tahun.

3. Ada kes kediaman bertingkat yg Syabas potong bekalan airnya sbbnya dev/pengurusan bgnn tak bayar bil meter pukal kepada Syabas. Bil air tertunggak kepada Syabas kerana dev/pengurusan bgnn urus duit collection 'cara sendiri'. Hal camni amat tak adil kepada penghuni rumah yg bayar duit  maintainance  dgn duit bil air on time kepada dev/pengurusan bgnn. Sbbnya dengan dorang² skali bekalan air dipotong dah namanya meter pukal. Siapa yg bayar tak dapat air, tak bayar pun tak dapat air. ADILKAH ?
Tak bayar maintainance charge ? Kasi potong air ! Erk apa kaitan bayar maintainance dengan bayar air ? 

4. Kes yang lebih teruk lagi, penghuni kediaman bayar bil air kepada dev/pengurusan bgnn, tapi duit tu dorang bayar utk kos² maintainance (lift, sapu sampah, landscaping, kontraktor - yg mana service provider ni adalah dari kroni² & company keluarga dev/pengurusan bgnn). Mengapa bayar guna duit collection bil air?? Sebabnya duit collection untuk service charge - maintanance- sangat rendah tambah² lagi dapat penghuni kediaman bertingkat yang memang liat bayar caj² tu. Oleh sbb dev/pengurusan bgnn dah ubah kegunaan collection bil air untuk benda lain, maka tertunggaklah bil meter pukal yang perlu dibayar kepada Syabas. Tak perlu aku nyatakan kediaman bertingkat mana yg ada masalah bil meter pukal :p

5. Meter pukal tak dapatlah bekalan air PERCUMA negeri Selangor sebab proses billingnya berbeza :p

Apa nak buat kalau rumah guna meter pukal ?

Buat permohonan penukaran meter pukal kepada meter individu. Sapa kata tak boleh? Kalau penghuni punya persatuan penduduk kuat (MC:Management Corporation untuk Stara Title)(JMB:Joint Management Body), boleh je tukar meter. Banyak kediaman bertingkat da tukar meter beb.

Fight for your right.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus