![]() |
Nah, inilah hasil kutipan petang nih. |
Bila cuaca baik, mood baik maka aku akan ke tepi pantai kat pesisiran pantai Sabak Bernam untuk buat aktiviti kutip remis.
Remis, mungkin perkataan ni asing buat sesetengah orang. Termasuk la diri aku sendiri sebenarnya, pada awalnya aku memang tak tau ape benda remis tu. Tapi sebab aku tak tahu, aku pun pegi la menimba ilmu dengan orang yang tahu. :p
Remis adalah sejenis kerang lautan yang boleh didapati di pesisir pantai, bukan hanya terdapat di Pantai Remis. Huhuhuhu... Untuk mendapatkan remis ni, korang perlu beberapa peralatan asas iaitu:
► Periuk untuk korang isikan remis yang dah dikutip
► Senduk nasik untuk korek pasir laut. Bawak lebih pun takpa kot-kot senduk hanyut ada senduk spare ☺
► Kereta atau motor untuk korang pegi pantai dan balik ke rumah dengan cepat
Dah siap peralatan asas, korang kena pegi kat tepi pantai yang tak bape jauh dari ombak dia, kat kawasan pasir yang lembab. Kat kawasan tu, korang boleh mula mengorek guna senduk nasik tu. Korek lebih kurang sedalam 20cm pun dah memadai. Sambil dok korek tu perhatikan la ada tak jumpe remis. Kalau ada, cepat2 kutip masuk dalam periuk.

No comments:
Post a Comment
Tak kan baca je ;)
Ce komen skit nak tengok :D