Monday, September 30, 2019

Hibah Takaful Untuk Sara Kehidupan Anak

Hibah takaful sangat penting untuk setiap ketua keluarga. Mungkin kita terlupa, yang kita akan meninggal dunia satu hari nanti.

Andai kata kita meninggal saat anak-anak masih kecil dan bersekolah, anak-anak kita BELUM bersedia untuk menyara kehidupan mereka sendiri.


Jika selama kita hidup, tanggungjawab makan minum, keperluan anak, persekolahan anak semua ditanggung oleh kita. Selepas kita meninggal dunia, siapa lagi yang mampu galas tanggungjawab tersebut untuk anak kita ? 

Mampukah pasangan kita untuk menjana pendapatan setara dengan pendapatan yang pernah keluarga kita terima semasa hayat kita ?

Sebenarnya kita telah diberikan pilihan. Kita boleh tinggalkan cash Rm100,000 untuk anak kita, hanya dengan caruman takaful bulanan Rm50 sebulan. Keluarga kita, pilihan kita. Bukan ada orang lain nak tanggung anak kita kemudian hari. Ambillah dan buatlah pilihan yang terbaik untuk keluarga sendiri.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Duit Lama Denominasi RM 1,000 & RM 500

Dulu Malaysia ada keluaran duit kertas nilai RM 1,000 dan RM 500. 

Berapa ramai sempat guna not kertas dominasi 1,000 dan 500 ?

Tercicir sekeping ni mau murung sebulan 🙇




Not kertas Rm 500 dan Rm 1,000 dimansuhkan dari pasaran pada tahun 1999 kerana ketika krisis kewangan asian 1997, banyak not dibawa dan didagang keluar negara.

Sekarang not kertas paling besar yang ada di pasaran Malaysia, hanyalah dalam denominasi RM 100 saje.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Terminate Unifi Untuk Ambil Takaful Anak

Tak ramai orang sanggup korbankan kehendak, untuk penuhi keperluan.

Abg pernah terminatekan Unifi + Hyptv abg, semata-mata untuk alihkan bajet bulanan buat takaful anak abg. Lepas terminate, abg pakai siaran antena biasa aje. Alhamdulillah boleh je hidup bahagia. Hehehe.

Tahun 2017 dulu, cukup 30 hari anak lahir, abg terus applykan insurans untuk dia. Sebab kena tambah komitmen bulanan untuk insurans anak, pada masa sama abg terminatekan aje servis Unifi kat rumah. Bulan-bulan alih duit Unifi untuk insurans anak.



Unifi bila-bila je boleh pasang balik. Insurans untuk anak, kalau tak apply sekarang kemudian anak sakit, sampai bila-bila akan bermasalah untuk apply. Perjalanan hidup anak masih jauh lagi dan tak tahu apa ujian akan datang kemudian hari.

Abg tak mintak diuji dengan ujian penyakit, namun inilah persediaan yang abg ada, insurans anak, sekiranya takdir ujian datang menimpa.

Astro, mampu full pakej.
Internet, mampu full pakej.
Tak kan takaful untuk anak, basic pakej pun tak mampu ?

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Rawat Masalah Batu Karang - Daun Pecah Batu / Daun Pecah Beling

Baru ni ayah abg masuk hospital. Batu karang blok salur kencing. Jadi lepas keluar hospital, ada saudara abg yang bagi petua rawat batu karang melalui pokok herba. Pokok yang dimaksudkan adalah pokok pecah batu. Ada juga nama lain pokok ni, pokok pecah beling.

Dipanggil pokok pecah batu kerana dikatakan berkhasiat bagi mengubati masalah batu karang dan kencing tak lawas. Saudara abg ada tanam pokok ni, terus dia petik daunnya bagi kat abg untuk buat ubat batu karang.

Ni gambar daun pokok pecah batu tu.





Cara nak buat ubat batu karang;

1. Ambil 7 helai daun pecah batu. Cuci dan bersihkan daunnya dari kotoran. Jangan lupa berselawat sambil cuci daun. Doa moga Allah izinkan sembuh dari batu karang.

2. Masukkkan 500ml air ke dalam periuk, masukkan daun pecah batu, rebus sehingga air tinggal 250ml. Api perlahan.



3. Sejukkan, dan minum setiap pagi selama seminggu. 

Abg dah buat 1x. Air dia sedap jugak rasa dia, rasa macam minum Green Tea. Takde rasa kelat sangat pun. Just nice, kiranya kalau minum tu memang boleh habiskan secawan tanpa buat muka menahan rasa tak sedap.

Ni warna air dia lepas siap rebus. Macam warna teh.


Ni adalah ikhtiar rawatan batu karang secara tradisional. Kalau Allah izinkan, maka boleh sembuh batu karang tu. Yang penting kita ikhtiar.

Bagi yang mencari daun pecah batu @ pecah beling ni, rupanya ada jual kat shopee. Siap ada jual dalam bentuk kapsul pil lagi. Tapi bagi abg, abg prefer daunnya, buat sendiri. Lagi pure.


About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Tarik Kereta

Kat sini abg nak kongsikan Infografik KPDNHEP tentang tarik kereta.

Antara sebab kereta kena tarik adalah kerana tunggakan ansuran pinjaman bank. Maka Ejen Pemilikan Semula (EPS) atau bahasa mudahnya tukang tarik kereta, akan datang untuk tarik/sita kereta anda.

Dalam urusan untuk tarik kereta, mereka perlu patuhi tatacara untuk tarik kereta orang. Bukan sebarangan boleh tarik ye.




Ejen Pemilikan Semula (EPS) diingatkan supaya lebih berhemah ketika berurusan menarik kenderaan sewa beli daripada pengguna.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Sunday, September 29, 2019

Claim Kad Hospital - Putra Specialist Hospital Melaka - Appendiks - RM 11,758

Awal pagi klien call abg. Klien bagitau sakit perut sangat-sangat.

Pagi-pagi pergi hospital, cek semua diagnos appendiks. Petang tu gak operate buang appendiks. Caj kena Rm 11,758 pakai Zurich Medical Card.


Banyak punca boleh buat sakit appendiks, antaranya biji cili tersangkut, sisa najis tersangkut. Kalau dah tersumbat, bengkak, appendiks boleh pecah. Boleh kena jangkitan kuman dan bawa maut.

Dah ada medical card takaful ?


About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Scam Alert ! Duit Akaun Maybank Keluar Tanpa OTP (One Time Password)


SCAM ALERT !


Bagaimana scammer boleh mengeluarkan duit tanpa OTP?

Scene 1

1. Saya terima beberapa panggilan dari 017-8135084. Panggilan tidak dijawab.


2. 017-8135084 (scammer) hantar WhatsApp. Saya buka. Ada beberapa screen shoot / gambar SMS OTP yang telah dibuat.

3. Scammer meminta no OTP tersebut kerana isteri tersalah hantar. Saya tidak beri OTP. Scammer hantar gambar kad pengenalan beliau dan video yang menunjukan no akaun beliau untuk menyakinkan saya.

4. Dalam masa yang sama beberapa SMS dari 63633 masuk ke hp saya sewaktu kami masih berbalas WhatsApp. 

SMS tersebut adalah beberapa OTP untuk kebenaran pengeluaran dan pengesahan device. Saya sudah agak dia adalah scammer. Tiada OTP diberikan.

5. Scammer hantar lagi beberapa gambar SMS OTP ke WhatsApp saya . Saya tidak memberi OTP.

6. Terima SMS dari 63633 yang menyatakan pengeluaran duit telah berjaya dibuat ke salah satu akaun Favourite List saya.

7. Waktu tersebut saya baru tersedar telah enggage dengan scammer di WhatsApp = hampir satu jam.

8. Saya hubungi Customer Service hotline. Sah = pengeluaran tersebut telah berjaya dipindahkan ke salah satu Favourite List saya. 

Baki akaun yang tinggal hanya RM 41.35. Scammer telah berjaya mengeluarkan beberapa ribu ringgit, tinggal RM 41.35 sahaja. Tindakan Customer Service = blok kad + online banking termasuk mobile app. Suruh buat laporan polis.

9. Saya block no 017-8135084 dari WhatsApp; (selepas menghubungi Customer Service). Malang nya perbualan kami di WhatsApp juga terpadam. Antara maklumat yang terpadam ialah video paparan akaun scammer dan gambar kad pengenalan scammer tadi.

Scene 2

1. Pergi ke Balai Polis Samarahan. Laporan dibuat.

2. Mereka suruh rujuk di Balai Polis Sg Maong kerana ia lebih kepada commercial crime.


Scene 3

1. Pihak polis cadangkan saya hubungi pihak penerima dalam Favourite List tersebut.

2. Saya call. Pihak Favourite List saya ada menerima panggilan dan WhatsApp dari seseorang bahawa isteri dia tersalah pindah duit.

3. No yang digunakan 017-866 0079. Gambar profile adalah sama dengan gambar profile WhatsApp saya.





4. 017-8660079 hantar gambar bukti transaksi yang telah berjaya.

5. Favourite List semak akaun dan sah duit telah berjaya masuk.

6. 017-8660079 minta dipulangkan kembali duit tersebut kerana salah tranfer. Scammer beri no akaun yang lain. Jika Favourite List ingkar, scammer ugut laporan polis akan dibuat .

7. Favourite List pindah duit ke akuan tersebut sebab takut.


Scene 4

1. Pegawai polis di Sg Maong memaklumkan; menurut laporan polis setakat ini ( awal September 2019) lima laporan telah dibuat di seluruh negara berkenaan no 017-8135084.

2. Modus operandi ialah meminta OTP kerana untuk kemaskini device atau salah transfer. Pindah duit ke akuan Favourite List mangsa. Ugut / suruh Favourite List pindah ke akaun lain. Akaun lain = besar kemungkin adalah akaun keldai/ transit

3. Jumlah keseluruhan sekarang lebih RM 63 ribu


Pengajaran / Analisis:

1. Jangan online / engage dgn scammer. ( Mereka mungkin boleh duplicate WhatsApp kita. Mungkin juga boleh clone hp kita. Segala yang berlaku pada masa tersebut = akan dipaparkan kepada mereka secara langsung. Transaksi jahat mereka berlaku semasa kita masih online + engage dengan mereka.)

2. Off WiFi . Disconnect mobile data; jika pemanggil disyaki adalah scammer.

Point Nombor 3 abg tambah;

3. Jangan bukak sebarang attachment / gambar / audio yang dihantar melalui Whatsapp oleh scammer. Sebab melalui attachment, scammer boleh letak 'trojan' yang boleh read SMS dan klon henfon kita.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus