Friday, May 3, 2019

Derita Kerana Letak Minyak Brek Motor Pada Gigi

Inilah kisah benar sakit gigi letak minyak brek motor. Sampai masuk ICU.

Consent untuk health promotion and awareness diambil dan pesakit memberi kebenaran untuk post di media social untuk KESEDARAN semua rakyat Malaysia begitu bahayanya penyakit pergigian yang tidak di rawat dengan betul. 


Begini ceritanya. 

Encik ini sakit gigi dah bertahun, tapi awal tahun ni sakit semakin teruk, jadi letak lah dia minyak brek motor. Kali pertama, sakit tu hilang.

Selepas beberapa minggu berlalu, sakit pulak gigi geraham atas tu, sekali lagi dia letak minyak brek. Tapi tak berkesan, gusi pun bengkak. Mungkin takut kepada doktor gigi, encik ni pergi jumpa doktor perubatan. Doktor bagi ubat tahan sakit dan antibiotik.

Selama seminggu makan ubat, tak berkesan, bengkak semakin membesar, selama 4 hari simpan dan tak tahan, baru encik ni pergi jumpa doktor gigi. Masa itu muka bengkak macam 2 biji kepala dah. Kita panggil facial cellulitis. Dengan segera doktor gigi refer kepada HRPZ II untuk emergency kes encik ni.



Masuk wad hari kedua, bengkak semakin besar, nanah penuh dalam muka. Jadi kita decide untuk cabut gigi dan buat incision and drainage (keluarkan nanah). Banyak nanah keluar weh... Hmmmm.😫😫😫🤮🤮🤮🤮

Dengan malangnya, hari ketiga, nanah yang berlebihan sudah sampai ke sistem saraf dan OTAK. Keadaan encik ni semakin teruk, dengan segera refer pakar pakar department lain, akhirnya pesakit ni di masuk ICU dengan diagnosa septic encephalopathy. Jangkitan yang boleh membawa kematian weh.. Don t play play. . Hmmmm. Stresss sangat team omfs/dental sebab jangkitan kuman encik ni.

Hari yang sama, pesakit ditolak ke dewan bedah untuk keluarkan nanah yg berlebihan. Fuhh, masih banyak lagi keluar..🤢🤢🤮🤮

Selama seminggu di ICU, keadaan encik ni semakin pulih. Ditolak ke ward biasa..



Begitulah ceritanya, saya post di sini untuk kesedaran kawan sekalian, kena buat routine checkup pergigian 6 bulan sekali. Gigi yang rosak perlu rawatan yang betul dibuat oleh doktor gigi yang bertauliah. Sama jugak kes FAKE BRACES dan teeth whitening, gigi palsu, kena buat dengan doktor gigi bertauliah. Kalau tak habis semua gigi anda.

KESEDARAN ITU PENTING. Jangan menyesal apabila terlambat.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Benchmark Proses Tuntutan Zurich Takaful

Mungkin ada yang tertanya-tanya;

Berapa lama Zurich nak proses bayar claim ?

Berapa lama Zurich nak approve permohonan takaful ?

Maka kat sini abg kongsikan benchmark proses Zurich untuk rujukan bersama. Klik gambar untuk besarkan imej.




About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Tuesday, April 30, 2019

Takaful Warga Emas Untuk Hibah/Waqaf

TAKAFUL UNTUK WARGA EMAS

Anda ada mak ayah umur 50 - 80 tahun dan mereka mempunyai hajat berikut selepas meninggal dunia?

1. Mewakafkan tunai sebagai amal jariah kepada surau masjid, rumah anak yatim, dan sebagai
2. Melupuskan hutang-piutang,
3. Beri Hibah Pusaka kepada anak kandung atau cucu sendiri



Anda boleh memohon Takaful Warga Emas KHAS untuk mereka.

1. Caruman bermula RM50 sebulan (1 unit)
2. Boleh mohon maksima 10 unit
3. Tiada kenaikan harga
4. Mak ayah yang ada kencing manis, sakit jantung, sakit-sakit lain, boleh mohon. CONFIRM LULUS.
5. Tak perlu jalani medical checkup
6. Anak boleh jadi pemohon untuk mak ayah

Anda nak mohon untuk mak ayah? 
Serendah RM50!
Serendah RM50!
Serendah RM50!

PM abang 😊
013-404 4072

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Claim Takaful - Accident - Jari Tersepit Pintu - RM 1,937.14


Jari tersepit pintu kereta, anak tolak pintu tak sedar jari kat celah pintu.



Bayar takaful Rm33 sebulan je pun. 
Rawatan hospital masuk pagi keluar tengahari (daycare surgery) free je pun.. 

Alhamdulillah client dapat duit cuti sebab kemalangan.. 


Takaful bukan sekadar medical card..

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Apabila Tak Ambil Tahu Pin Telefon & Pin ATM Suami



Abang ada buat survey kat facebook. 

" Ada lagi ke isteri yang tak tahu pincode fon dan pin ATM suami ? "

Banyak juga feedback kawan-kawan, antaranya

- Tahu
- Tahu tapi lupa
- Tak tahu
- Tak nak ambil tahu

Okay, abg nak cerita sikit. Kalau bukan pasangan yang tahu pin telefon dan pin ATM, siapa lagi yang LAYAK tahu ?

Untuk yang TAK TAHU, dan TAK NAK AMBIL TAHU, juga untuk yang tahu tapi lupa...

Andai kata terjadi musibah buruk, suami koma, dimasukkan ke ICU/CCU, dah tentu isteri yang akan susah.

Walaupun majikan masih bayar gaji suami ketika tempoh koma, tapi duit gaji masuk dalam akaun suami. Bukan akaun isteri.

Apa guna ada duit tapi tak boleh digunakan dalam kecemasan ?

Nak tanggung expenses berulang alik jaga suami...
Nak bayar deposit dan kos hospital suami...
Itu ini nak kena bayar kak...

Pakai duit dari mana kak?
Duit sendiri cukup kah ?

Sebab tak tahu pin ATM suami (konon hal masing-masing), tak tahu pincode suami (untuk TAC sebagainya), maka sebagai isteri, akak terpaksa habiskan simpanan sendiri (tu kalau ada simpanan), meminjam sana sini (kalau orang nak bagi) padahal duit ada dalam akaun suami.

Keadaan bertambah buruk, bila suami dari state koma, bertukar kepada arwah...

Duit dalam tu semua beku ye kak. Masuklah ke dalam pengurusan pusaka.

Bila boleh dapat ?
Tengok by kes. Ada yang makan bulan, ada yang makan tahun.

Benda-benda renyah ni sebenarnya boleh dielakkan.

Punca asalnya remeh sangat kak...

Puncanya TAK NAK AMBIL KISAH.....

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Cantiknya Takaful Dengan Niat Yang Betul

CANTIKNYA TAKAFUL DENGAN NIAT YANG BETUL

Sertai Pelan Takaful Perubatan JANGAN NIAT untuk memudahkan anda masuk hospital, sebaliknya NIAT sentiasa sihat dan tidak perlu ke hospital.

Sertai Pelan Takaful Penyakit Kritikal JANGAN NIAT untuk mendapat pampasan penyakit kritikal sebaliknya NIAT untuk SIHAT dan dijauhkah daripada penyakit kritikal.

KERANA

Dalam Takaful ada ‘Tabarru’ yang merupakan derma ikhlas dilakukan oleh peserta takaful bagi tujuan membantu peserta takaful yang lain.



Kita harapkan agar kebaikan yang kita buat akan berbalas kebaikan juga (Kerana itu Janji NYA).

Kita niat bantu orang, agar kita mendapat kesihatan dan kebahagian berpanjangan.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Bayar Dulu Baru Dapat Ubat

"Doktor rawat dulu penyakit saya, nanti dah sembuh baru saya bayar semua ubat dan rawatan".

Dey, mana ada rawat dulu dah sembuh baru bayar.
Seperti juga takaful. Awak tak boleh cakap;
"Nanti bila saya nak masuk hospital, saya call balik encik untuk buat takaful."

Memang tak layan lah awak oiiii.
Buang masa abang aje.


Nak buat rawatan, nak ubat, semua kena dulukan duit terlebih dahulu. Itulah realiti dalam hidup kita. Suka tak suka, kena telan.

Kos rawatan, kos ubat boleh capai puluh ribu malah ratusan ribu ringgit. Sebab tu abang duk promot amek takaful awal masa tengah sihat ni. Mana kita nak tau akan datang jadi apa-apa. Kita ikhtiar jah, tak jadi apa-apa, Alhamdulillah.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus