Monday, July 22, 2019

Anggaran Kos Perubatan di Malaysia Tahun 2035

Ramai ada Takaful..
Tapi tak cover sebanyak ini .

Apply makin lambat, polisi baru tak akan cover sakit sedia ada .

Mungkin sudah tak full cover.
Cooling period ada 120 hari, specific illness kena investigate jika kurang setahun.

Lihat polisi, kalau setakat cover RM 20,000, Tak perlu pergi hospital swasta. Takut kena tambah duit nanti.


Ambil coverage yang tinggi sekarang, sebab hari ni muda lagi..

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Syarikat/Majikan Tak Ambil Pekerja Yang Ada Penyakit

Abg nak kongsi kisah kawan FB abg, Nadiah Hanis, seorang yang diuji dengan penyakit SLE (Systemic Lupus @ Auto Immune).





Betapa strugglenya beliau untuk mencari pekerjaan. Majikan tak ambil pekerja yang ada masalah kesihatan. 

Even dia dah bekerja dengan Astro, lepas buat medical checkup, dapat tahu ada penyakit SLE, Astro tamatkan kontrak beliau. Sampai satu tahap beliau nekad tipu air kencing untuk dapatkan pekerjaan bagi menyara kehidupan beliau.

Andai di kalangan yang membaca posting blog ni dapat bantu beliau dapatkan pekerjaan, boleh contact fb beliau seperti abg mention di perenggan pertama.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Kerana Percayakan Produk Suplement Daripada Ubat Hospital

Masa tak dapat diundur kembali. 

Saya baru selesai menyiapkan laporan perubatan yang diminta oleh waris seorang pesakit. 

Pesakitnya terlantar di rumah. 
Akibat stroke hampir dua tahun lepas. 

Kekuatan tangan dan kakinya lepas penilaian Jurupulih Anggota hanya 1/5 kedua-dua belah. 

Makanannya hanya susu melalui tiub. Untuk 'membuang' pun, terpaksa pakai lampin pakai buang. 

Yang menyedihkan, umurnya masih muda, awal 50-an. Seorang yang bekerjaya hebat, anak-anak semuanya masih belajar. Suatu waktu dulu dialah yang menyara keluarga dengan gaji 5 angka. Bebas ke sana ke mari berkereta. 



Masa dia dalam perjalanan ke universiti anaknya, dia mendapat serangan jantung seterusnya stroke. Hingga terpaksa dimasukkan ke hospital bermalam-malam. Rupa-rupanya bila ditanya dia ada kencing manis dan darah tinggi sudah 10 tahun tetapi guna produk supplemen sebagai ubatnya. 

Dia tak percaya ubat hospital yang kononnya rosakkan buah pinggang.  (Jangan tanya apa produknya sebab kebanyakannya sama, tiada kajian kukuh yang membuktikan keberkesanan dan keselamatannya)

Sedih memikirkan.

Kenapa pesakit-pesakit sebegini sanggup mengambil risiko untuk mencuba supplemen yang tak terbukti. Iklannya memang gah untuk menarik minat orang ramai tapi hakikatnya kalau ia betul berkesan, pasti berpusu-pusu saintis luar negara datang menjulang supplemen ajaib itu. 

Cubalah pikir. Sudahlah harganya pun boleh bikin kita telan air liur. Beratus-ratus. Bukan untuk orang miskin. Produk yang mahal tapi tak ada jaminan keberkesanan apatah lagi profil kesan sampingannya. 

Kalau ada ahli keluarga atau kawan yang terpengaruh dengan supplemen hingga meninggalkan rawatan sepatutnya, mintalah mereka mencarum banyak-banyak dengan syarikat TAKAFUL sebagai bekalan. Sekurang-kurangnya, adalah duit belanja untuk anak dan isteri, bila anda tidak lagi mampu menyara keluarga. 

Jangan menyesal di kemudian hari.

Post Asal : Sakinah Sulong

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Statistik Perceraian di Malaysia (2013 - 2019)



Statistik Perceraian di Malaysia (2013 - 2019)

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Keadaan Hospital Kerajaan Semakin Tenat

Apabila ada pesakit yang mengeluh mengenai masa yang lama untuk mendapat rawatan di bahagian kecemasan, mungkin ada yang tidak percaya.

Tetapi itulah hakikatnya seperti yang dilaporkan dalam laporan Jabatan Audit Negara.


Hospital Kerajaan Semakin Nazak

Itulah yang dapat digambarkan mengenai laporan Jabatan Audit Negara mengenai kesesakan jabatan kecemasan di hospital-hospital kerajaan.

Satu dalam dua pesakit menerima rawatan hanya selepas 6 jam. Kelewatan pesakit menerima rawatan untuk sesetengah penyakit juga boleh menyebabkan masalah yang lebih serius dan kematian.

Antara faktor kelewatan adalah:

1. Beban kerja tinggi dan staf yang kurang 
2. Kekurangan peralatan perubatan 
3. Ruang terhad
4. Sistem ICT yang lemah
5. Peningkatan pesakit BUKAN KES KECEMASAN di jabatan kecemasan

Antara cadangan yang disyorkan di dalam Laporan audit:

1. Jabatan Perkhidmatan Awam harus mempertimbangkan KKM DIKECUALIKAN daripada melaksanakan Pengoptimuman Dasar Sumber Manusia iaitu mengurangkan sebanyak 1% pada tahun ini, 2% pada tahun 2020 dan 2021.

2. Jawatan tambahan perlu diberikan untuk menangani masalah kekurangan staf

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Monday, July 1, 2019

Laman Web Untuk Check Akaun Bank Scammer

Zaman sekarang ni ramai penipu dan scammer online. Mesej suruh bank in duit atas macam-macam alasan, menyamar jadi kawan/saudara, lepas bank in duit habis lesapppppp...

So macam mana kita nak elak daripada menjadi mangsa penipuan scammer ni ?

Ha....Tak ramai yang tahu benda ni. Ada 1 website yang PDRM buat untuk kita semak Nombor Akaun Bank atau Nombor Telefon untuk kita tahu sama ada pernah ada report penipuan ke atas nombor akaun/nombor telefon tersebut.



Jabatan Siasatan Jenayah Komersial
Polis Diraja Malaysia
http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/?fbclid=IwAR0j-sTf0v4jq7ukrBYAizMVyKgd4Zzik5pIk8KXY6kPEs5lMzCkpi2jmxE

Sebagai langkah berjaga-jaga daripada jadi mangsa penipuan scammer, kita boleh check dulu nombor akaun atau nombor telefon kat website ni. Andai kata ada rekod report, jangan teruskan transaksi.

Dan juga kalau ada yang menyamar kawan/saudara guna whatsapp nombor lain, suruh bank in duit ke pihak ntah sapa-sapa, please call kawan/saudara untuk confirmation. Dan kalau sah scammer menyamar, please tekan report nombor telefon tu as SPAM dan blok terus nombor tu.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

1 Julai 2019 - Pelarasan Kadar Caruman Takaful Hayat

Jika dahulu 1 Julai 2017, Liberalisasi tarif insurans kenderaan telah dilaksanakan, kini bermula 1 Julai 2019, syarikat insurans/takaful hayat pula telah diarahkan Bank Negara bagi membuat pelarasan kadar caruman bagi memastikan kemampanan (sustainability) sijil perlindungan sepanjang tempoh perlindungan peserta takaful.


Ulasan ringkas abg untuk isu ni, tiada sebarang kenaikan caj takaful (tabarruk). Walaubagaimanapun, caruman akan jadi tinggi berbanding jika sign up takaful sebelum 1 Julai 2019.

Harga memang tak naik.....
tapi caruman akan bertambah untuk maintain sustainability tempoh sijil takaful.

Senang cerita,
Siapa sign up sebelum 1 Julai boleh dapat caruman rendah.
Siapa sign up selepas 1 Julai, caruman sedikit tinggi.

Abg akan ulas lanjut perbezaan qoutation sebelum dan selepas 1 Julai dalam posting bulan Julai lepas semua adjusment dah stabil.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus