Tuesday, April 30, 2019

Kena Buat Post Mortem Ke Untuk Claim Takaful ?

Kalau meninggal dunia, kena buat post mortem (bedah siasat) tak untuk claim takaful ?



Jawapan
---------------
Kalau meninggal, post mortem ni prosedur polis, bukan sebab takaful.

Meninggal sebab sakit dan diketahui puncanya, polis tak suruh post mortem.

Meninggal accident, bunuh diri, dibunuh, mati mengejut dan tak diketahui punca kematian, polis akan hantar hospital utk post mortem / bedah siasat

Bila mati bukan semulajadi (bukan sakit), Takaful akan minta report post mortem sebab hospital dah buat.

Jelas??

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Herba & Diabetes



Seperti juga gout, terdapat banyak dakwaan tumbuhan merawat diabetes. Saya telah menulis tentang banyak tumbuhan yang didakwa merawat diabetes. Saya ingin bahagikan herba ini kepada beberapa bahagian.

1. Ada bukti kajian klinikal menurunkan gula dalam darah contohnya halba dan peria katak. Namun begitu ada beberapa kekurangan dari segi kajian klinikal yang dilaporkan.

2. Ada bukti kajian klinikal tetapi tidak signifikan seperti ubi yakon dan mas cotek.

3. Ada bukti kajian secara terperinci ke atas haiwan dan sel contohnya daun mulberi, mas cotek, buah tunjuk langit, mahkota dewa, dan bendi.

4. Ada bukti kajian peringkat saringan sahaja ke atas tikus atau piring petri contohnya daun rama-rama, pokok lidah jin, dan bawang dayak.

Sebelum membuat dakwaan merawat, kita perlu memahami apakah itu penyakit diabetes jenis kedua. 

Penyakit diabetes jenis kedua ini disebabkan oleh kerintangan insulin. Akibatnya gula banyak dalam darah dan gagal diangkut oleh sel adipocyte ke sel lain dalam badan. Ini menyebabkan fenomena kurus, kencing kerap dan komplikasi lain seperti rosak buah pinggang, rosak mata, pekak dan kerosakan saraf.

Mari kita tengok kajian herba-herba ini. Kebanyakan herba-herba ini hanya mengurangkan bacaan gula selepas makan atau postprandial sugar. Antaranya dengan merencat sejenis enzim yang menukar gula kepada glukosa iaitu enzim alpha-glucosidase dan enzim alpha-amylase. Dalam erti kata lain, dia hanya mengurangkan penguraian karbohidrat kepada glukosa dan tidak merawat punca penyakit diabetes seperti kerintangan insulin dan lain-lain.

Sebab itu jika tumbuhan ini sejenis makanan seperti peria, bendi dan daun mulberi, anda boleh jadikan ia ulam untuk makan dan jangan sesekali meninggalkan ubat. Namun apabila ia dijadikan produk, kajian perlu lebih terperinci ke atas produk tersebut dan bukan sekadar merujuk kajian lain. 

Untuk mendakwa sesuatu herba itu merawat penyakit, ia perlu melalui kajian klinikal berpiawai tinggi. Kajian ke atas piring petri, kajian ke atas tikus atau kajian pilot ke atas manusia bukan bukti perubatan yang kukuh. 

Satu pertimbangan lain, adakah herba ini lebih baik berbanding rawatan sedia ada? Jika tiada kajian menunjukkan sedemikian, herba hanya boleh sebagai komplimentari, melengkapkan rawatan bukan sebagai rawatan utama. Walaupun hanya komplimentari, bukan bermakna hanya sekadar dengar-dengar atau testimoni, ia memerlukan kajian klinikal bersama ubat sedia ada untuk melihat kesan sampingan, toleransi kombinasi rawatan dan lain-lain.

Jika ada kajian menunjukkan ia lebih baik, tak perlu sesiapa sebut, pakar perubatan kita sendiri akan masukkan ia sebagai rawatan utama. Kalau belum ada, maksudnya belum ada bukti kukuh yang ia lebih baik berbanding rawatan sedia ada. 

Namun begitu, bincang dahulu dengan doktor sebelum nak jadikan ia rutin seperti minum air halba atau makan jus peria katak. Bimbang ia boleh menyebabkan hypoglycemia atau kurang gula dalam darah yang membahayakan.

PhD (UiTM)
Bukan doktor pelesu dan bukan doktor perubatan. Jangan tanya soalan perubatan.

Untuk senarai artikel mengenai herba di atas, cari di album KENALI HERBA 


About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Monday, April 29, 2019

Pampasan Sakit Kritikal, Penting atau Sekadar Tambahan Polisi ?

Elaun sakit kritikal penting tak?



๐ŸฅบBiasa orang beratkan HIBAH

๐ŸŽ Hibah untuk orang yang tinggal, (kita dah meninggal) ๐Ÿ˜ต

๐Ÿ’ด elaun sakit kritikal untuk kita yang hidup.

Satu contoh:- jika kita disahkan kanser tahap 3 dan tak mampu bekerja.

✅ medical card tanggung semua kos perubatan- ๐Ÿ™ lega Alhamdulillah ๐Ÿ˜Œ

✅ waiver- caruman percuma sampai umur 80 tahun ๐Ÿ˜ŒAlhamdulillah

✅ elaun sakit kritikal- guna untuk?

๐Ÿ  ubah suai rumah ikut keadaan kita
๐Ÿฅ perubatan alternatif - mahal taw kalau yg bagus2 ๐Ÿ’‰
Dan beli barang3 lain.

Lebih2 boleh melabur pada jalan yang benar buat pasif income ganti gaji.

Jadi soalannya...
Penting tak elaun sakit kritikal?

Polisi takaful Hibah semata-mata tak cukup ya.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Herbs VCO - Batuk, Kahak & Selsema

Perkongsian FB Warga Puchong

Salam. Nak tanya, sapa penah gune minyak ni? Orang kata bagus, saya try la.. batuk kahak selsema cepat je baik. Sapu-sapu je kat badan, habis lendir kahak, hingus pekat keluar.. Alhamdulillah serasi, saya rekeman la sangat-sangat.




About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Monday, April 22, 2019

Kos Rawatan Batu Karang

Kos rawatan bagi buang batu karang yang seberat 10 gram mampu mencecah harga 100 gram emas 999. Begitulah betapa mahalnya kos rawatan zaman sekarang. Buang batu karang pun boleh habis duit RM 20,000 (Baca dua puluh ribu)



Tak salah pun akak nak simpan 1g emas setiap bulan. Menyimpan untuk masa depan adalah satu keperluan.

Cumanya, bila kita takde takaful, 100g emas terpaksa dileburkan untuk 10g batu karang! Macam tak berbaloi je kan.

Simpan emas
Standby jugak amek pelan takaful

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Tips Beli Ayam Di Pasar

Sedikit Tips sebelum membeli ayam

Sempat tanya tauke ayam kat pasar pagi tadi..



Panduan sebelum beli ayam. Kalau nak beli ayam, beli ayam yang bontot PUTIH

Bontot putih - Ayam diproses selepas ayam betul-betul mati

Bontot merah - Ayam diproses sebelum ayam itu mati, contoh cabut bulu masa masih hidup

Bontot biru - ayam yang sudah mati baru sembelih (bangkai)

-Info Dari Orang Yang Bekerja Sebagai Penyembelihan Ayam di Pusat Proses Ayam.

Kalau pilih ayam yang siap dipotong pilihlah ayam bulat atau bahagian-bahagian ayam tak ada tanda lebam atau kebiruan kerana ayam yang ada tanda tersebut memang ayam mati sebelum disembelih.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Kenapa Boleh Jadi Kanser ?

Orang Tanya Doktor Kenapa Boleh Jadi Kanser ? 

Faktor Ada Dua.

Sporadic ( 80% )atau Genetik (20%)

Majoriti Sporadic.

Sporadic Ini Ia Berlaku Secara Sendirinya. 

3 Perkara Besar Mempengaruhi :

Persekitaran : Air, Udara, Tanah, Radio Active. Pencemaran Laut dan Tanah Merosakkan Kitaran Makanan Kita. Kita Sangka Ia Sudah Bersih. Kita Lupa Heavy Metal Masih Boleh Menyelinap Melaluinya.

Makanan : Selain Pencemaran Kitr Makanan. Segala Bahan Pengawet, Pewarna, Peluntur, GMO Mampu Merosakkan Sel Badan Manusia. Dan Menyebabkan Berputiknya Sel Kanser

Stress : Ini Ramai Terlepas Pandang. Ia Menghasilkan radang dalaman senyap yang merosakkan imun system kita dan merencatkan pemulihan tisu rosak. Seterusnya kanser boleh berlaku.



Pointnya Mudah : Kalau lah Kita Konon Exercise, Zumba dan Aerobik Sampai Sakit Lutut Pon. Faktor Di Atas Tidak Di Jaga. Kita Masih Berisiko. Serupa Juga Makan Ubat Tapi Tak Jaga Makan.

Hidup Sihat Bukan Menongkat Langit. Tapi Alangkah Indah Kita Lihat Langit Dan Senyum Dalam Keadaan Sihat Wal Afiat. Penuh Syukur Dan Berlaku Adil Pada Jasad Kita Yang Sentiasa Mengikut Tanpa Bantah.

Kredit: Dr Mizam Baha

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus