Monday, April 22, 2019

Taubat Banduan Akhir

Tazkirah : "Taubat Banduan Akhir" by Ustaz Wadi Annuar

Antara manusia yang tahu bila dia akan MATI ialah, Banduan Akhir.


-Ada satu kes, dinamakan sebagai "Banduan Akhir".

-Banduan akhir ialah banduan yang melakukan jenayah yang berat mengalami proses kehakiman kadangkala 2 tahun, 3 tahun, 5 tahun dan akhirnya akan dihukum dengan hukuman gantung oleh Hakim.

-Kalau hukuman gantung itu dibacakan pada hari Isnin, maka gantung hingga mati dilakukan oleh semua banduan akhir beragama Islam pada hari Jumaat.

-Apabila seorang banduan akhir dihukum gantung sehingga mati, maka namanya diketika itu akan menjadi banduan akhir dan biliknya akan diasingkan.

-Nama biliknya "Sel akhir".

-Katankanlah Hakim jatuhkan hukuman hari Isnin, ketika itu baki kehidupan harinya ialah Selasa, Rabu & Khamis sahaja.

-Waktu Hakim baca : "maka ini dijatuhkan hukuman gantung sampai mati yang akan dilaksanakan pada hari Jumaat ini diantara jam 6 pagi hingga jam 7 pagi."

-Ianya mesti prosedurnya begitu.

-Kalau hukuman dibaca hari Ahad, Jumaat dijatuhkan hukuman.

-Kalau Rabu, maka baki kehidupannya sehari sahaja lagi.

-Orang yang namanya banduan akhir ini, selesai Hakim membaca keputusan,lutut dia dah tak boleh berdiri dah.

-Sebab apa tuan-tuan? Sebab dia masih boleh bernafas 3 hari sahaja. Dia hanya boleh bernafas 4 hari sahaja.

-Air mata sudah berlinangan sejak dari Mahkamah lagi.

-Balik ke penjara, warden akan suruh asingkan barang-barang dan mesti dipindahkan ke sel belakang sekali.

-Diketika itu, kita akan tengok bagaimana banduan akhir menghabiskan kehidupannya.

-Sentiasa membaca Al-Quran.

-Bila ustaz Agama yang pergi disitu, majlis percakapan & nasihat itu akan dipenuhi dengan tangisan air mata.

"Saya banyak dosa ustaz"
"Saya tinggalkan tanggungjawab saya."
"Saya tinggalkan tanggungjawab saya pada ibu & ayah saya ustaz".

-Pergilah waktu mana pun, kita akan tengok banduan akhir ini berdiri di depan Allah... sembahyang.

-Solatnya panjang, zikirnya banyak. Banyak mengadu pd Allah SWT.

-Kenapa? 

-Sebab dia tahu umur dia lagi 3 hari, lagi 2 hari.

-Tuan-tuan dirahmati Allah, bila sampai hari Khamis, esok Jumaat pagi dia akan digantung.

-Malam itu kita nak tidur lagi tuan-tuan? Tak tidur dah.

-Manusia yang tahu ajalnya , dia dah tak boleh tidur dah tuan-tuan.

-Sebab itu diantara rahmat Allah yang Besar adalah MERAHSIAKAN kematian kita supaya kita boleh makan, supaya kita boleh tidur, supaya kita boleh bermain dan sebagainya.

-Kalau dia tahu lagi sebulan ajalnya, nescaya sebelum sebulan lagi dia dah tak akan bermain lagi.

-Tapi Allah swt merahsiakan kematian itu sebagai BUKTI dan RAHMAT Allah kpd saya dan kita semua.

-Banduan akhir ini, walaupun dibuka rahsia kematian oleh Allah, maka dia jauh lebih beruntung drpd kita semua.

-Sebab dia tau untuk bertaubat bila.

-Dia boleh bertaubat , Alhamdulillah.

-Majoriti manusia yg dibawa menghadap Allah TIDAK sempat bertaubat pd Allah SWT.

-Tak tau bila nak mati.

-Maka baduan akhir ini pada malam jumaat, Alhamdulillah dia beruntung untuk mengaku dihadapan Allah.

"Ya Allah aku berdosa dihadapan Mu ya Allah. Aku mengaku bahawa selama ini aku melakukan kesalahan kepadaMu ya Allah! Ya Allah ampunilah dosa aku ya Allah!!".

-Maka datang daripada seluruh KEIKHLASAN dihimpunkan di dalam hatinya menghadap Allah. Untung dia.

-Esok pagi @ malam itu, banduan akhir ini akan diberi pilihan utk memilih makanan yang tidak melebihi lebih kurang RM 7.50

-Dia diberi pilihan boleh pilih sama ada Char kuew teow kah, nasi ayam penyetkah, cucur udang kah maka dia akn diberikan pilihan boleh pilih.

-Tuan-tuan banduan akhir nak order apa?

-Kebanyakan banduan akhir TIDAK lagi akan memesan apa-apa makanan lagi. Dah tak lalu makan dah.

-Sebab esok hari bila dia bangun, bukannya bangun pun bahkan malam itu adalah malam yang dia tak akan tidur.

-Selalunya kes banduan akhir ini esok dia bangun selepas dia solat subuh, hukumannya MESTI diantara jam 6 hingga 7 pagi.

-maka BENARLAH apa yang Allah sebut, dia sendiri tak tahu bila dia akan mati.

-Walaupun harinya dia akan tahu, tetapi minit ke berapa, saat ke berapa nyawa dia akan keluar dia tak tahu.

-Itu Rahsia Allah.

-Ya benar. Dia disarungkan tali di lehernya pada jam 6.47 pagi contohnya tapi dia tak tahu saat ke berapa dia akan kehabisan nyawa.

-Esok paginya, banduan akhir akan diberi peluang untuk bercakap dgn ahli keluarganya.

-Tuan-tuan bagi peluang bercakap dengan ahli keluarga tak ada ungkapan yang akan keluar. Hanya peluk dan nangis, peluk dan nangis. Dah tak boleh bercakap dah.

-Nak cakap apa pun dah tak boleh. Nak cakap apa lagi??

-Nak suruh jaga pokok bunga yang ayah tanam?

-Tak ada apa yang boleh dipesan diketika itu. Yang boleh keluar hanya 2 perkataan sahaja ;

"Maafkan ayah...Maafkan ayah".

-Bila peluk isteri ,, "Maafkan abg, Maafkan abg". Itu sahaja.

-Nak kemaafan sahaja disaat-saat akhir ini.

-Kemudian, dia akan dibawa ke situ lalu digantung.

ALLAH merahsiakan kematian itu untuk saya dan kita semua agar sentiasa melakukan persiapan untuk bertemu dgn Allah SWT.

Wallahua'lam.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Tuesday, March 26, 2019

Bahaya Urutan Tengkuk Kedai Gunting

Seorang lelaki india berusia 54 tahun mendapatkan perkhidmatan gunting rambut di sebuah kedai gunting rambut kegemarannya.

Seperti mana rutin kebiasaan, selepas selesai menggunting rambut, tukang gunting akan memberi servis tambahan urutan kepala dan tengkuk.


Kebiasaanya, kepala pelanggan akan dimanipulasikan ke kiri dan ke kanan sehingga ada bunyi “meletup” atau “crakk” .

Malang buat lelaki ini, selepas urutan itu, beliau mengadu sukar untuk bernafas. Mangsa di kejarkan ke hospital dengan ambulan.

Pemeriksaan MRI mendapati, terdapat kecederaan serius di tulang tengkuk mangsa . Kecederaan ini menyebabkan saraf phrenic tercedera, iaitu saraf yang berfungsi untuk mengawal diagrama iaitu sejenis otot yang membantu pernafasan.

Lelaki malang tersebut terlantar di hospital untuk tempoh masa yang lama dan perlu menggunakan alat bantuan pernafasan sepanjang hayat.

Perkara ini bukan main main, urutan tengkuk yang dilakukan di kedai gunting ini boleh menyebabkan pelbagai kecederaan lain.

Tulang tulang, sendi, otot dan saraf di tengkuk boleh mengalami kecederaan kekal yang mengakibatkan kecacatan untuk jangka masa panjang.

Selain itu, urutan tengkuk juga boleh menyebabkan saluran darah di tengkuk tercedera. Dalam kecederaan yang lebih serius, ia boleh mengakibatkan pendarahan dam strok

Sekiranya terlalu kerap melakukan urutan manipulasi tengkuk, untuk jangka masa panjang ia akan mengakibatkan osteoarthritis pada sendi tengkuk.

Walaupun urutan tengkuk seperti ini mungkin mendatangkan kelegaan untuk sesetengah individu, untuk kebaikan dan keselamatan jangka masa panjang, ianya adalah amat TIDAK DIGALAKKAN.

Tengkuk adalah satu struktur yang stabil, tetapi sebarang manipulasi keterlaluan dan pergerakan yang terlalu kasar boleh mendatangkan kecederaan kekal.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Perjuangan Pesakit Kanser

SEBUAH PERJUANGAN:

Gambar ini dikongsikan oleh seorang sahabat #CSM yang pagi-pagi sudah menunggu di Institut Kanser Negara IKN. Inilah rutin seorang Pesakit Kanser.



Bagi kami HOSPITAL adalah Rumah Kedua.
Terlalu banyak kisah duka ulang-alik dari rumah ke tempat rawatan.

Adakalanya bukan semua rawatan itu percuma.
Ada jugak yang nak kena bayar.

Belum lagi kos ubat Kimoterapi yang tidak mendapat subsidi. Kalau nasib baik anda terpilih jadi 'tikus makmal" dapat Ubat Kimo Free sebab jadi sebahagian dari Research syarikat pembekal.

Ramai yang mengadu tak mampu nak menanggung kos ulang-alik ke Hospital.

Ada yang tak punya kenderaan ... bawak motor sendiri walaupon badan keletihan akibat 'racun kimo'.

Ada jugak yg terpaksa naik pengangkutan awam seperti bas dan keretapi (LRT) malah ramai juga yang bercerita mereka pernah jatuh pengsan di stesen bas atau stesen keretapi.

Maklumlah badan letih tidak bermaya ... kena pulak menunggu bas .. teksi .. atau keretapi.

2 hari lepas sewaktu di wad ziarah pesakit kanser ... tiba-tiba terdengar ada pesakit yang rebah dan meninggal sewaktu ke tandas. (innalillahiwainnailaihirojiiun berakhir sebuah penderitaan)

Sekadar sebuah catatan ... berhenti sejenak melihat penderitaan sahabat kita. Musibah mereka ujian buat kita jua.



mode: gambaq botol ayaq dok
beratoq tunggu giliran

founder cancer survivor Malaysia 
#CSM

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Claim Kad Hospital - KPJ Kajang - Endometrio Cyst

Penyakit cyst ni sangat sinonim dengan golongan orang perempuan.

Nah ni, bil klien abg operate endometrio cyst.
Empat (4) hari dalam wad, Rm 16,347

Tu guna dia medical card.
Kalau nak kumpul duit 16k, 4 tahun pun payah nak dapat.






Bila nak amek medical card tu ?

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Thursday, March 21, 2019

Titik Bekam

Point titik bekam untuk rujukan rawatan.



About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Thursday, March 7, 2019

Ada Banyak Kad Bank Pun Tak Guna

Ada orang dalam wallet dia ada 5 kad debit.

Bank meow, bank sotong, bank biru, bank bunga, bank kopiah.



Ketahuilah, belum tentu semua kad tu mampu untuk swipe bayar deposit hospital 10k bila jadi emergency sakit or accident.

Lagi memburukkan keadaan, bila owner kad koma tak sedar diri, takda sorang pun waris tau nombor ATM untuk keluarkan duit belanja emergency.

Mesti ada at least 1 keping medical card ya ! 

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Tuesday, March 5, 2019

Silap Sendiri

Ternampak status seorang isteri yang hampa bila arwah suami baru je meninggal tak sampai sebulan, dah macam-macam orang minta bayar hutang 😞

Kawan-kawan,

Maaf, kalau boleh kita semua kena peka pasal ni. Siapa nak bayar hutang yang kita tinggalkan bila kita dah takde nanti?



Nak bayar pakai saving sedia ada? 
Kalau cukup tak mengapa. 
Kalau simpanan pun ciput?


Nak tunggu akaun dah tak beku? 
Tak semudah yang disangka jika belum pernah melaluinya.

Sangat susah. Ambik pelajaran dari yang lain.

Jalan penyelesaian dah ada, tinggal nak ambik tindakan je. Sediakan lah insurans/ takaful hayat yang pampasannya cukup untuk nak cover hutang yang tak berbayar lagi.

Jangan bebankan keluarga kita. 
Kasihanilah mereka.

Boleh tinggalkan kepada isteri dan anak-anak. Serendah RM100 dah boleh cipta aset RM500,000.

Setakat nak settlekan hutang dan sediakan dana pendidikan anak-anak serta wang sara diri sementara isteri nak boleh berdikari jadi pencari nafkah utama buat keluarga.

Kalau kita sendiri tak prihatin pada keluarga kita siapa lagi?

Nak tahu lebih lanjut, pm je.

JANGAN SALAHKAN PIHAK YANG MENUNTUT HUTANG, TAPI SALAHKAN DIRI YANG GAGAL MERANCANG.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus