Showing posts with label Claims Takaful. Show all posts
Showing posts with label Claims Takaful. Show all posts

Friday, July 31, 2020

Claim Takaful - Dread Disease - Tukar Injap Jantung ; RM 90,000

Penutup bulan Julai 2020.

Claim takaful klien abg lulus. RM 90,000 masuk direct akaun beliau.


Beliau telah menjalani pembedahan ganti injap jantung, iaitu salah satu kategori penyakit kritikal di dalam polisi perlindungan Zurich Takaful.

Caruman bulanan beliau hanya RM 100/bulan.

Kata klien abg, dia nak guna duit pampasan takaful ni untuk pergi umrah. Syukur Alhamdulillah, siapa nak bagi RM 90,000 bila kena penyakit kritikal camni 😊


About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Tuesday, January 28, 2020

Tuntutan Kematian Takaful Warga Emas

Kawan abg. Juga klien abg
Ambil pelan takaful warga emas untuk arwah mak beliau.

Mak meninggal 19.12.2019 😒
Abg submit claim 31.12.2019
Semalam 16.01.2020 Zurich Takaful notify claim approve direct masuk bank. Hanya ambil 16 hari proses termasuk hari cuti.



Apa nak buat dengan duit claim takaful tu,abg dah suggest kat beliau.

1. Daftarkan upah haji (badal) untuk arwah mak untuk this coming musim haji.

2. Bayar fidyah puasa atau apa-apa yang masih tertunggak.

3. Bawak ayah yang masih hidup pergi umrah berdua.

Cantik tak suggestion abg ? πŸ₯°

Apa pun terpulang pada penerima claim untuk guna macam mana.

Jom siapa-siapa nak daftar Takaful Warga Emas untuk parents.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Monday, June 3, 2019

Cara Claim Elaun Harian Hospital

Anda ada ambil insurans yang ada manfaat elaun harian hospital ?


Cara claim elaun harian hospital (Zurich Takaful)



Document yang kami perlukan ialah:


1. Discharge Note/Nota Discaj
- Boleh guna yang original
- Tak ada original, boleh juga guna salinan yang diakui sah oleh hospital atau majian


2. Salinan IC pemilik polisi

3. Salinan buku/statement bank pemilik polisi

Ada yang tanya discharge note tu macamana rupanya?

Ni contoh discharge note. Biasanya hanya sehelai kertas. Akan diberi kepada anda bila anda telah dibenarkan balik oleh doktor.




Kadang-kadang ada hospital (terutama hospital kerajaan) yang tak bagi discharge note, maka anda kena mintak (sepatutnya benda ni tak payah mintak pun).

4. Dah lengkap dokumen 1 - 3, boleh serahkan kepada agent atau kalau buat sendiri, perlu isi borang tuntutan dan hantar ke pejabat insurans/takaful masing-masing.

Bila document lengkap, InsyaAllah proses claim elaun hospital ni akan berjalan dengan segera.. Macam Zurich, dalam 14 hari elaun wad akan masuk terus dalam akaun bank.

✌🏼😊

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Thursday, May 23, 2019

Claim Takaful - Kanser Stage 1

Ini CLAIM TERBARU client berumur 38 tahun.

Kena kanser stage 1, dibayar CASH RM320,000
36 Penyakit Kritikal - RM270,000
Wanita Illness - RM50,000

Ya. Stage 1 dah covered!

Polisi baru 8 bulan ketika disahkan menghidap kanser. Caruman hanya RM350/sebulan




Kalau anda tangguh-tangguh, anda yang rugi sebenarnya sebab penyakit boleh datang secara tiba-tiba, walaupun di usia muda.

Claim ini adalah bukti keberkesanan susunan teknikal saya yang akhirnya bantu client selesaikan masalah kewangan dia.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Friday, May 3, 2019

Benchmark Proses Tuntutan Zurich Takaful

Mungkin ada yang tertanya-tanya;

Berapa lama Zurich nak proses bayar claim ?

Berapa lama Zurich nak approve permohonan takaful ?

Maka kat sini abg kongsikan benchmark proses Zurich untuk rujukan bersama. Klik gambar untuk besarkan imej.




About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Tuesday, April 30, 2019

Claim Takaful - Accident - Jari Tersepit Pintu - RM 1,937.14


Jari tersepit pintu kereta, anak tolak pintu tak sedar jari kat celah pintu.



Bayar takaful Rm33 sebulan je pun. 
Rawatan hospital masuk pagi keluar tengahari (daycare surgery) free je pun.. 

Alhamdulillah client dapat duit cuti sebab kemalangan.. 


Takaful bukan sekadar medical card..

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Friday, January 25, 2019

Duit Kredit Masuk Akaun Waris

Klien kena heart attack dan meninggal dunia pada usia 48 tahun.

Hari ini 23 Jan 2019, akaun waris arwah dimasukkan duit Hibah Takaful arwah sebanyak RM 223,304.00 untuk waris urus kehidupan tanpa arwah.


Ada tak mana-mana isteri yang nak cakap membazir suami ambil takaful bila jadi macam ni ? 

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Friday, October 26, 2018

Claim Kad Hospital - KPJ Ampang Puteri - Cirit Birit - RM 4,815

Klien abg baby umur 11 bulan. Kena cirit birit seminggu. Parents bawak pergi hospital, kena warded.

Untuk 3 hari rawatan dalam wad, kena bil RM 4,815


Mujur amek medical card cepat. Semua bil medical card cover dah. Kalau nak bayar duit sendiri, mau parents sekali tercirit πŸ˜‚

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Saturday, October 20, 2018

Claim Kad Hospital - KPJ Ipoh - Demam Viral - RM 2,779.25

Baby demam panas. Bawak masuk hospital. Bil hospital 3 hari demam panas Rm 2,700. Sebulan punya gaji kalau bayar cash!

Parent dapat bilik berdua, rawatan Q cepat dan kos ribu-ribu jadi percuma. Medical card baru amek 6 bulan, sebulan bayar Rm 100 je.



Fuh, Alhamdulillah seronok dapat tolong bayar bil hospital klien. πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„

Jom mohon takaful.
Klik SINI

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Friday, October 19, 2018

Claim Kad Hospital - Colombia Asia Hospital - Denggi - RM 2,953

Dalam simpanan rekod abg, terlalu banyak rekod bukti claim medical card hospital klien-klien abg. Sampaikan abg takda masa nak update kat blog. Hahaha

Ni claim klien abg tahun lepas baru la ni ada masa nak upload balik satu-satu mana yang dalam simpanan abg.




Admit Colombia Asia Hospital Puchong kerana denggi. Bil kena Rm 2,953, takaful yang tanggung Alhamdulillah.

Nyamuk punya bawaan, mau terbang duit 2-3 ribu untuk sihat semula kalau bayar by cash. 

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Monday, October 15, 2018

Bil Ini Takaful Tak Cover

Awas, bil rawatan sebegini syarikat takaful TAK COVER ya !


Rawatan yang dibuat oleh orang yang tak diiktiraf oleh MMA (Malaysian Medical Association) setakat ini tidak boleh buat tuntutan insurans. 

Bagi rawatan di hospital non panel (bukan panel) kepada insurans/takaful pesakit, rawatan tersebut boleh dibuat tetapi pesakit perlu bayar duit sendiri dahulu dan buat tuntutan semula. Kelulusan tertakluk kepada syarikat insurans/takaful masing-masing.

Anyway, mahal betul bil rawatan tradisional yang dicaj. Boleh pergi umrah balik hari tu harga dia.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Thursday, July 12, 2018

Claim Kad Hospital - Pantai Hospital Penang - Influeza B Infection - RM 8,941

Sakit dari infection dengan viral ni susah jangka. Tau-tau je berjangkit ntah dari mana dari siapa.

Klien baru amek untuk anak 12/2017. Baru ni kena Influenza B, bil saje dah Rm 8,941 untuk 7 hari admit. Ni dah discaj, abg nak buatkan claim elaun hospital pulak, dapat la klien duit cash buat belanja.😚



Baki medical card anak untuk tahun 2018 boleh guna lagi Rm 91,000 !



Anyway, klien abg cuma bayar caruman takaful Rm 150 saja sebulan untuk bagi semua ni pada anak dia. 😁


About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Sunday, April 15, 2018

Claim Kad Hospital - Colombia JB - Anak Patah Kaki - RM 1,901

Kes minggu ni jugak.


Anak klien jatuh kat rumah pengasuh. Bawak pegi klinik, doktor klinik kata tak ada apa cuma terseliuh (x-ray tak buat pun).


Dah seharian anak klien still tak boleh bergerak, maknya bawak pegi hospital x-ray. Patah tulang kaki.

Admit sehari kat hospital, bil kena RM 1,901. Pakai medical card setel bil. Baru sehari admit bil dah macam sebulan punya gaji πŸ˜“

Klien cakap pengasuh cerita lain, anak cerita lain. Lepas ni kena hantar anak ke pengasuh lain.

Dah ada medical card untuk anak tak tu ?

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Claim Kad Hospital - Senawang Specialist Hospital - Chicken Pox - RM 4,593

Empat Ribu Lima Ratus Sembilan Puluh Tiga...

Itu kos untuk baby klien yang kena infection chicken pox.

Macam biasa, bagi medical card kat hospital, bil ribu-ribu takaful yang settle. Mudahkan 😘



Medical card pakej baby
0 - 5 tahun : Rm 150
6 - 16 tahun : Rm 57

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Sunday, February 25, 2018

Claim Kad Hospital - Mahkota Medical Centre - Gastrik, Pneumonia - RM 13,646.78

Klien di Melaka.
Pakej demam, gastrik, jangkitan kuman paru-paru.
Bil RM 13,646


Berapa hari kat hospital ?
Tu untuk 9 hari punya rawatan ye.


Bayar pakai medical card ok.
Gila kau nak bayar cash, 4 bulan punya gaji banyak tu. Hehehe



Mujur ada Medical Card kannnn

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Tuesday, October 17, 2017

Claim Dibayar Zurich Takaful Tahun 2016


Rekod bayaran claim yang dibayar Zurich Takaful bagi tahun 2016. Abg senaraikan dari jumlah yang paling besar ke paling kecil;

1. Claim Perubatan (Medical Card)
RM 54.33  juta

2. Claim Kematian (Meninggal Dunia)
RM 10.59 juta

3. Claim Manfaat Hospital (Elaun hospital dan lain-lain)
RM 1.72 juta

4.  Claim Kemalangan
RM 1.25 juta

5. Claim Penyakit Kritikal
RM 1.19 juta

6. Claim Hilang Upaya Kekal (Lumpuh)
RM 0.42 juta

Berjuta-juta claim telah dibayar Zurich Takaful untuk tahun 2016. Duit claim dibayar dari caruman peserta-peserta takaful. Dan caruman bermula serendah RM 50 sebulan untuk manfaat yang beribu kali ganda dengan kuasa caruman bersama.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Tuesday, January 31, 2017

Claim Kad Hospital - Pantai Hospital Manjung - Baby Terjatuh Head Injury RM 2,068.70




Musibah tak pernah bercuti. Cuti CNY baru ni anak klien abg terjatuh, cedera kat kepala lepas tu muntah-muntah.

Bawak pergi hospital 30 Januari, early diagnosis head injury dan doktor admitkan untuk buat CT Scan. Admit satu malam, discharge hari ni 31 Januari dengan jumlah bil Rm 2,068. Perghhhhh.....
Bil SATU hari boleh beli barang dapur SEBULAN.
Alhamdulillah takda kecederaan serius. Bil pun dah bayar guna Medical Card Takaful. 

Baby awak dah ada Medical Card Takaful ? 
Lau takda, bawak-bawak la buat Medical Card. Kalau baby terjatuh ke sakit ke, takda la awak kena berhabis sebulan punya gaji untuk bayar kos rawatan. Ye dak (^_^)

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Tuesday, January 3, 2017

Hibah Menurut Akta Perkhidmatan Kewangan Islam (IFSA 2013)


Ramai di kalangan orang awam masih keliru dengan Hibah Takaful. Ada yang bertanya;

  • Waris yang dapat hibah takaful kena agih faraid ke ? Jawapannya Tidak.
  • Boleh ke adik beradik arwah suami buat pertikaian dan tuntut hak masing-masing atas Hibah Takaful yang diterima isteri ? Jawapannya Tidak.
Meh kita sama-sama rujuk kepada Akta Perkhidmatan Kewangan Islam atau lebih dikenali dengan singkatan IFSA 2013 berkenaan peruntukan Hibah Takaful;



Dapat sesuatu dari perkongsian ini ?
Apa kata anda kongsikan pula kepada kawan-kawan yang masih belum tahu. 

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Thursday, October 13, 2016

Kalau Ada Insurans Company, Bolehkah Kita Claim Juga Daripada Insurans Personal ?

Kalau ada insurans company, bolehkah kita nak claim juga daripada insurans personal yang kita ambil dengan agent ?

Ya, semestinya boleh dengan syarat-syaratnya. Contohnya insurans company tak cukup limit, boleh claim dari insurans personal pulak. Bila nak buat claim, dokumen asal akan diperlukan untuk buat tuntutan seperti invois/bil asal dan resit asal.

Dan untuk elaun harian hospital, kalau ada 10 polisi insurans, boleh claim dari semua polisi tersebut.

Alkisahnya klien abg ditimpa kemalangan masa main futsal. Masuk KPJ Ampang Puteri, family dia nak pakai insurans company dulu. Cek tengok rupanya had limit insurans company sehingga RM 30,000 sahaja. Jadi lepas guna insurans company, klien abg akan kena datang buat sesi fisioterapi yang mana setiap sesi boleh telan belanja lebih RM 1,000. Insurans company punya limit tak cukup untuk sesi fisioterapi, jadi klien abg akan claim pulak kos fisioterapi tu dengan insurans personal yang dia daftar dengan abg.


Ha, insurans company cover tak banyak ye. Takat RM 30,000 tu untuk masuk besi accident, kejap je boleh habis. Mujur ada backup pelan ambil insurans peribadi.



About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Claim Kad Hospital - KPJ Kajang Specialist Hospital - Demam Denggi RM 5,868.23

Klien kena demam denggi. Bil untuk rawatan demam denggi makan kos sehingga RM 5,868.23

Asalnya klien abg ni demam 3 hari tak kebah-kebah. Bini dia bawak pergi hospital Putrajaya, buat cek darah, positif denggi. Tapi tak masuk wad, doktor suruh balik dan datang semula esok untuk ambil darah sekali lagi.

Lepas tu bini dia call inform abg pasal kes dia, abg suruh pergi private hospital pakai medical card sebab dah confirm denggi. Jadi bini dia bawak ke KPJ Kajang dan doktor kat situ terus buat x-ray, ujian darah. Admit kat situ 4 hari.

Pergh, demam denggi habis urat-urat weh tak larat. Boleh pulak nak balik rumah, esok datang semula hospital semata-mata nak cek darah balik semula. Mujur la ada medical card takaful, boleh jugak refer pergi hospital pakar swasta yang panel dengan takaful. Kos RM 5,868 ? Jangan risau, ada medical card, takaful tanggung semua kos perubatan klien abg.



Klien abg ni ambil pelan had tahunan RM 50,000. Lepas tolak penggunaan semasa RM  5,868.23 maka masih ada baki untuk tahun tersebut sebanyak RM 44,131.77. Kad tahunan RM 50,000 sangat murah, walaubagaimanapun abg tak berapa suggest ambil pelan rendah sebab kos perubatan meningkat setiap tahun. Kurang-kurang kena ambil had tahunan RM 100,000 dan ke atas. Bayangkan ni baru kes denggi biasa dah makan hampir Rm 6,000. Macam mana pulak kosnya untuk penyakit lain yang lebih serius, gerenti makan puluh-puluh ribu punya.



About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus