Thursday, January 16, 2020

Medical Card Family - MediSaver VIP Takaful

Mobile view compatibility

Medical Card MediSaver VIP Takaful
Memberi Faedah Perlindungan & Pencegahan


1. Faedah Perlindungan *(Pakej S75-SP)
- TIADA HAD - Had Seumur Hidup
- TIADA HAD - Had Tahunan
- TIADA HAD - Had hari kemasukan wad
- TIADA HAD - Had hari kemasukan ICU
- Had Setiap Hilang Upaya (Per Disability) : RM 967,500
- Harga Bilik Hospital dan Makan RM 225
- Kenaikan 10% kadar bilik hospital & makan setiap 3 tahun
- Lebih 100 panel hospital Seluruh Malaysia
- Pembaharuan Sijil Dijamin sehingga tahun 2115
- Tiada penarikan semula sijil (No PWC)
- Tiada pengubahsuaian manfaat (No AP)
- Pengeluaran Guarantee Letter (GL) di luar negara
- Pengurusan pemindahan perubatan kecemasan serta penghantaran balik seluruh dunia 24 jam USD 1,000,000



2. Faedah Pencegahan Tahunan
i. Pemeriksaan Kesihatan Komprehensif Tahunan

52 Ujian Darah Tahunan;
Kencing manis, Fungsi Buah Pinggang, Profil Lipid, Ujian Fungsi Hati, Serologi, Hematologi, Hepatitis B, Tiriod, Radang Sendi, Urine

ii. Saringan Penanda Kanser Tahunan

Lelaki (4 Ujian Kanser)
- Ujian Kanser Hati (AFP), Kanser Usus Besar (CEA), Perut (CA19.9), Kanser Prostat (PSA)

Perempuan (5 Ujian Kanser)
- Ujian Kanser Hati (AFP), Kanser Usus Besar (CEA), Perut (CA19.9), Kanser Ovari (CA125), Kanser Payudara (CA15.3)



MediSaver VIP Takaful didatangkan dalam 4 pelan pilihan. Tapi untuk blog abg ni, abg nak share 2 pelan aja untuk mudahkan pilihan dan caruman berpatutan.


Pelan S75 & Pelan S75-SP (Super Protector)
Klik gambar untuk imej lebih besar


Pelan S75 adalah pelan paling rendah dalam MediSaver VIP Takaful, manakala pelan S75-SP adalah pelan kategori premium yang lebih baik dari S75.

Berapa caruman bulanan ???

Ha, jom tengok jadual caruman bulanan.
Jadual caruman ni adalah untuk Kad Prinsipal (Kad Utama). Kalau ambil medical card sekali dengan pasangan atau sekali dengan anak atau mak ayah, akan dapat kadar diskaun ya !




Caruman bulanan adalah sangat berpatutan dengan manfaat perlindungan & pencegahan yang diberikan.

Kalau nak murah lagi, boleh. Boleh buat bayaran caruman secara Tahunan. Boleh jimat besar bila bayar tahunan. Jika tak mampu tahunan, bulan pun masih berpatutan.



MediSaver VIP Takaful ni adalah Pelan Medical Card Family yang boleh ambil untuk 3 generasi. Caruman diskaun akan diberikan untuk pemohon Kad Prinsipal.

Generasi 1:
Boleh ambil untuk Ibu Bapa & Ibu Bapa Mertua

Generasi 2:
Boleh ambil untuk Diri Sendiri & Pasangan

Generasi 3:
Boleh ambil untuk anak-anak



Ini senarai panel hospital Medical Card MediSaver VIP Takaful.






Abg nak highlight KELEBIHAN medical card MediSaver VIP Takaful;
  • Caruman yang sangat berpatutan & mampu milik (Umur bawah 55 tahun caruman <150)
  • Diskaun caruman apabila ambil bersama untuk pasangan/anak/mak ayah
  • Had perlindungan tahunan yang tinggi
  • Kad diterima di lebih 100 Panel hospital seluruh Malaysia
  • Kadar bilik (Room & Board) naik 10% setiap 3 tahun
  • Pemeriksaan kesihatan tahunan, boleh bantu kita cegah dan ambil tindakan awal terhadap tanda-tanda penyakit awal
  • Tempoh coverage sehingga umur 95 tahun



TESTIMONI MEDISAVER VIP TAKAFUL











Apa Macam ? Minat ?

Isi borang kat sini je



Ada apa-apa persoalan / pertanyaan ?
Boleh whatsapp sini
https://wasap.my/60134044072


Pelan Medical Card Keluarga, Pelan Medical Card Family, Pelan Medical Card Murah, Medical Card Keluarga, Medical Card Family, Medical Card Murah, Medical Card Medisaver Takaful, MediSaver VIP Takaful, MediSaver Ehsan Takaful

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Monday, January 13, 2020

Cabaran Doktor di Malaysia

Sekiranya anda pernah ada pengalaman masuk ke hospital, anda akan perasan ada doktor yang mukanya kelihatan dari awal pagi sehingga ke tengah malam.

Apabila ada kes kritikal di wad pada 3 pagi, doktor yang sama juga muncul dengan rupanya yang sudah kusut masai !

Itulah doktor oncall.



Doktor oncall bertanggungjawab untuk melihat dan merawat semua pesakit selepas 5 petang. Lebih mencabar, pada hujung minggu, doktor oncall ini perlu untuk menguruskan kes untuk 24 jam tanpa henti.

Sebagai imbuhan, doktor oncall boleh membuat tuntutan kerja lebih masa sebanyak RM200 untuk tugasan selama 15 jam. Ia bersamaan RM13.30 untuk setiap jam.

Bagi pelajar perubatan dan doktor doktor muda yang baru dilantik, cabaran yang lebih besar menanti mereka.

Mereka tidak lagi mendapat jaminan untuk dilantik sebagai Pegawai Perubatan tetap selepas tamat latihan Housemanship. Banyak manfaat sebagai penjawat awam tidak diterima dan laluan untuk melanjutkan pelajaran untuk menjadi pakar juga semakin sukar.

Terkini, kerajaan mengumumkan elaun kritikal bagi pegawai perubatan baru juga dimansuhkan.

Walaupun doktor senior TIDAK TERKESAN akan polisi baru ini, namun ramai doktor doktor senior bangkit menyuarakan hak bagi doktor muda.

Persatuan Perubatan Malaysia telah melancarkan petisyen dan telah mendapat lebih 72 ribu tandatangan dalam tempoh 24 jam!

Di media sosial, doktor doktor telah menambah “frame” #JusticeForJuniorDoctors, Overworked, Underpaid sebagai solidariti kepada doktor doktor muda.

Rata rata komen dan pendapat doktor perubatan di Malaysia TIDAK meminta dan mendesak agar gaji dan elaun dinaikkan ,tetapi mereka benar benar berharap agar manfaat, jaminan dan imbuhan yang sedia ada dikekalkan.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Bengkak Pergelangan Kaki Di Kalangan Warga Tua

BENGKAK PERGELANGAN KAKI DI KALANGAN WARGA TUA


“Abang, mak telefon, kata kaki dia bengkak..”
“Jangan risau. Berdiri solat tarawih lama sangat kot”. Itu detik hati saya.
“Tak bahaya ke? Mak ada darah tinggi..”

Saya tergamam. Mungkinkah bengkak di pergelangan kaki berkait dengan penyakit darah tingginya?

Ramai di kalangan warga tua yang mengadu mengalami bengkak di pergelangan kaki. Bengkak ini tidak menyakitkan dan ia akan hilang dengan sendiri setelah beberapa hari, tanpa perlu mengambil apa-apa ubat. Ia tidak bahaya.


Bengkak ini dinamakan ankle edema iaitu pengumpulan cecair pada pergelangan kaki akibat kesan graviti.

Banyak faktor-faktor yang menyebabkan bengkak di pergelangan kaki. Antara puncanya ialah :

1. Berdiri terlalu lama

2. Duduk terlalu lama dalam kereta atau kapal terbang

3. Berat badan yang berlebihan

4. Jika pernah berlaku kecederaan di kawasan itu, bengkak akan lebih mudah berlaku

Jika bengkak kaki berlaku setelah berlaku perkara-perkara di atas, ia tidak merbahaya. Selalunya bengkak itu tidak menyakitkan dan akan berkurangan setelah beberapa hari.

“Cakap kat mak, supaya angkat kaki melebihi paras jantung ketika berbaring. Nanti bengkak itu akan hilang secara perlahan-lahan”.
Saya memberikan beberapa saranan-saranan yang boleh dilakukan di rumah. Jika bengkak itu mulai surut, maka ia tidak menunjukkan tanda-tanda bahaya. Selain itu, bengkak kaki boleh dihilangkan dengan melakukan pergerakan pada otot betis supaya darah dapat dipamkan ke jantung iaitu dengan melakukan pergerakan ringan pada sendi-sendi dan otot betis. Urutan yang ringan pada bengkak itu juga membantu melancarkan perjalanan saluran limfatik.

Jika bengkak itu berulang, pesakit boleh menggunakan stokin khas yang boleh didapati dari farmasi. Penjagaan makanan juga penting. Pesakit dinasihatkan agar mengamalkan pemakanan ‘low-salt diet’.

Bagi bengkak yang tidak merbahaya, doktor selalunya akan memberikan ubat Frusemide 40mg (diuretic) yang mana air yang terkumpul akan dibuangkan melalui air kencing. Namun ubat ini mempunyai kesan sampingan dan harus diberikan secara berhati-hati kepada pesakit warga emas, terutama jika mereka mempunyai penyakit kronik. Oleh itu ubat ini hanya digunakan setelah mendapat nasihat doktor.

Jika bengkak itu tidak menyusut saiznya, ia adalah tanda bagi komplikasi penyakit yang lebih serius. Warga emas yang mempunyai penyakit kronik seperti diabetes dan darah tinggi harus mendapatkan pemeriksaan yang lebih teliti di hospital, terutama jika bengkak itu tidak berkurangan setelah beberapa hari. Dikhuatiri, bengkak itu menandakan seseorang itu mengalami masalah jantung, ginjal atau hati yang serius.

Sebahagian warga emas mengambil beberapa jenis ubat untuk merawat beberapa penyakit kronik mereka. Ada juga antara ubat-ubatan ini yang boleh menyebabkan bengkak di pergelangan kaki. Beberapa ubat yang diberikan doktor juga boleh menyebabkan bengkak pada kaki. Antaranya :

1. Pil hormon replacement therapy (HRT) dan testosterone

2. Pil untuk penyakit darah tinggi seperti calcium channel blockers (seperti nifedipine, amlodipine, diltiazem, felodipine, and verapamil)

3. Pil yang mengandungi steroids

4. Pil rawatan kemurungan jenis MAO inhibitors (seperti phenelzine dan tranylcypromine) dan tricyclics (seperti nortriptyline, desipramine, dan amitriptyline)

Jadi jika berjumpa doktor untuk mengadu masalah bengkak kaki, saya sarankan agar pesakit membawa ubat-ubatan mereka agar doktor yang memeriksa dapat menyemak ubat-ubatan itu. Doktor akan menghentikan ubat-ubatan itu dan mungkin menggantikannya dengan ubat yang lain bagi mengelakkan bengkak di pergelangan kaki berulang. Saya pernah ditanya oleh seorang rakan yang mengadu bengkak di kaki ibunya.

“Doc, ibu I ada bengkak di pergelangan kaki tapi yang peliknya, dia mengadu sakit pada bahagian itu. Bahaya tak?”
Jika bengkak kaki disertai dengan rasa sakit, selalunya ia menunjukkan masalah yang lebih merbahaya, sama ada infeksi dan gout. Pemeriksaan yang rapi harus dilakukan. Jadi saya mencadangkan agar warga tua yang mengalami masalah bengkak di pergelangan kaki agar menjalani pemeriksaan oleh doktor, terutama jika mereka adalah pesakit kronik seperti seperti hypertensi/darah tinggi, diabetes/kencing manis dan hyperkolestrol.

Saya bimbang bengkak kakinya adalah tanda-tanda komplikasi penyakit kronik seperti kegagalan jantung, buah pinggang atau mungkin hati. Doktor akan memberikan rawatan berdasarkan penyakit yang sebenar, dan bukan hanya untuk menghilangkan bengkak di pergelangan kaki sahaja.

Rujukan :

Goldman L. Approach to the patient with possible cardiovascular disease. In: Goldman L, Ausiello D, eds. Cecil Medicine. 23rd ed. Philadelphia, Pa: Saunders Elsevier; 2007:chap 48.

Benoit Blondeau; Lawrence L Tretbar; Morgan, Cheryl E.; Simon J. Simonian (2007). Lymphedema: Diagnosis and Treatment. Springer.

Post Asal : Dr Zubaidi

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Peristiwa Penting Bulan Islam Tahun 2020


Peristiwa penting bulan Islam tahun 2020;

1. 22 Mac 2020 : Israk & Mikraj
2. 9 April 2020 : Nifsu Syaaban
3. 24 April 2020 : Awal Ramadhan
4. 10 Mei 2020 : Nuzul Quran
5. 24 Mei 2020 : Hari Raya Aidilfitri
6. 31 Julai 2020 : Hari Raya Aidil Adha
7. 1-3 Ogos 2020 : Hari Tasyrik
8. 20 Ogos 2020 : Maal Hijrah
9. 29 Ogos 2020 : Hari Asyura
10. 29 Oktober 2020 : Maulidur Rasul

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Wednesday, January 1, 2020

Jangan Pindahkan Simpanan Tabungan ASB/TH Ke Takaful

Dividen ASB terendah dalam sejarah !

5.50 %



Maka apabila dividen ASB yang diumumkan rendah, banyak pelaburan mula berkira-kira untuk pindahkan pelaburan dan simpanan kepada instrumen yang bagi pulangan lebih tinggi.

Dalam situasi dividen ASB yang rendah ni, pastinya akan datang golongan yang menangguk di air keruh dengan mempromosikan skim-skim tabungan takaful atau skim unit trust yang menjanjikan pulangan berlipat kali ganda.

Harus diingatkan, 'pelaburan' dalam instrumen takaful mempunyai initial cost yang tinggi dan bukannya untuk jangka masa singkat (<10 tahun) kerana instrumen takaful adalah bermotifkan PERLINDUNGAN, bukannya PELABURAN (pure investment).

Kalau ada ejen takaful/insurans suruh keluarkan duit ASB, pindah ke takaful/insurans untuk 'saving', ambil buluh runcing dan tikam di tapak kakinya.

Untuk unit trust pula, abg tak nak komen lanjut sebab yang ni bergantung pada performance pelaburan masing-masing. Memang ada yang capai pulangan dividen 25% sebagainya, namun prestasi tahun-tahun sebelumnya bukanlah jaminan bagi prestasi yang berkekalan pada tahun akan datang. Ada risiko pelaburan menjadi pulangan negatif. Tetapi untuk jangka sederhana dan panjang, unit trust boleh dijadikan dana pulangan yang berbaloi jika kena pada 'fund'nya. Hal ini boleh rujuk pada agent unit trust ya.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Tuesday, December 31, 2019

Tak Pergi Hospital Bukan Kerana Takut Ubat, Tapi Kerana Takut Bil Hospital

Admit hospital 2-3 malam.
Doktor pakar datang melawat 2x sehari, sekali melawat dalam 5-10 minit.


Keluar wad, bil tak lari empat ribu (4,000).
Itulah dia kos rawatan, keselesaan dan kepantasan


Orang tak takut makan ubat
Orang tak takut kena injection
Orang cuma takut pada kos bil rawatan
Sekali bil ratus-ratus pun dah rasa perit
Apa lagi bila bil cecah puluh ribu ringgit
.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Claim Kad Hospital - Pantai Hospital Ipoh - H1N1 & Hyperphosthatasemia - RM 6,502

Bil rawatan anak-anak zaman sekarang.
Bermula dengan demam on off.
Diagnos dengan H1N1 dan influenza.

Bil rawatan 4 hari, RM 6,502



Tuan-tuan yang takda amek medical card untuk anak, RM 6,500 ni terpaksa kumpul duit untuk setahun gaji. 

Itu pun catu sana, catu sini. Jadi, apa kata join amek medical card dengan abg.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus