Wednesday, April 4, 2018

Check Kolestrol

Selalu dengar kes orang main futsal, main basikal, main badminton, tiba-tiba rebah jatuh. Bawak pegi hospital rupanya jantung ada blockage.

Kenapa jadi macam tu mengejut ?

Sebabnya.....



Tak monitor paras kolestrol dalam badan. Ambil mudah, rasa konon-konon sihat tapi tak pernah nak check. Kolestrol kalau tak dikawal, lama-lama tersumbat salur jantung.

Kos check kolestrol (total) Rm 10 sahaja. Detail kolestrol (ldl dan hdl) Rm 20 sahaja.

Kos pasang stent jantung blockage, paling murah 1 stent Rm 20,000.

Dah ada insurans perubatan ?

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Monday, April 2, 2018

Pesan Untuk Anak Lelaki

Pesan untuk anak-anak terutamanya anak-anak lelaki. Bila mak ayah kita mati, terjun la turun dalam liang sambut mayat dia, bukak papan keranda tu angkat sebentar mayat mak ayah kita tu. Biar kita yang pusing mayat mak ayah kita tu mengadap ke kiblat.

Biar kita! Bukan orang lain. Jangan kita tengok je.

"Mak kali terakhir aku tengok mak ni mak, mak hari ni last mak aku tengok mak".

Biar kita yang jadi orang yang perelai ikatan di kepala dia, ikatan ditubuh dia tu.

Biar kita!



Pegang perlahan-lahan badan mak kita tu, pusing dia elok-elok, ambik gumpalan tanah letak pulak belakang tengkok mak kita tu.

"Mak last mak hari ni mak. Lepas dari ni aku tak tengok mak dah".

Terlintas dalam hati dalam kita dok pegang mak kita tu. Ingat sejak kita lahir, tangan mak ni yang suap dimulut kita. Ingat hari pertama kita boleh berjalan, taik, muntah kita dia la orangnya yang tak pernah tolak pun. Walau anak jahat mana pun kita, kita tetap anak dia. Dia tak pernah buang pun kita.

Takkan hari mak ayah kita mati, kita tak boleh terjun dalam liang dia, pusing badan mayat dia, mengadap ke kiblat. Kalau kita ada tiga empat beradik, empat-empat beradik terjun dalam.

"Abang pegang belakang bang".

Jangan kita duk harap dekat orang. Kita jadi anak, kita patut terjun dalam tu. Kita tak boleh baca talkin, kita naik atas, kita duduk sekejap. Dengar talkin yang terakhir untuk mak kita tu. Kita duduk kejap tepi kubur mak kita tu. Tengok macam mana ni last dah hari ni.

Tak ada benda dah yang kita nak bagi dekat mak kita dah melainkan kita hanya boleh serah doa.

"Ya Allah, aku angkat tangan ya Allah. Aku redha mak aku kau ambik ya Allah. Dia yang melahirkan aku. Ya Allah hari ni aku tinggal dia Ya Allah, aku serah dia atas urusan mu belaka Ya Allah. Aku tadah tangan Ya Allah. Aku minta kau ampunkan dosa mak aku, Ya Allah. Ya Allah.. Kau ampunkanlah segala dosa-dosanya Ya Allah. Kasihi lah dia sebagaimana dia mengasihi aku ketika aku masih kecil Ya Allah".

Kawan-kawan, kalau doa untuk mak sebegitu kita doa dengan Allah, beruntung mak kita. Adakah Allah akan tolak doa sebegitu?

Takkan Allah tolak doa ikhlas datang dari seorang anak.

Sebab tu pesanan pada kita selagi kita ada mak kita yang masih hidup. 

Kawan-kawan, buat jasa la kepada orang tua kita selagi mereka masih ada bersama kita.

Al-Fatihah buat ibu bapa kita.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Sunday, April 1, 2018

Doa Antara 2 Khutbah Jumaat

Sesungguhnya setiap muslim itu adalah bersaudara.

Doa utk antara 2 khutbah yang boleh kita amalkan dan jadikan checklist wajib doa:

1. Ya Allah jika disaat ini, ada keluargaku yang sakit, sembuhkan lah dia. آمِيّنْ

2. Ya Allah jika disaat ini ada keluargaku yg bermasalah, berilah jalan keluar untuk dia. آمِيّنْ

3. Ya Allah jika disaat ini ada keluargaku yg kesempitan wang, kau murahkanlah rezekinya. آمِيّنْ

4. Ya Allah jika disaat ini ada keluargaku yg bermasam muka diantara satu sama lain damaikanlah mereka. آمِيّنْ

5. Ya Allah jika disaat ini ada keluargaku yang sesat duniawi, kurniakan Nur kpd dia. آمِيّنْ


6. Ya Allah jika disaat ini ada keluargaku lalai, kurniakanlah Hidayah Mu kpd dia. آمِيّنْ

7. Ya Allah jika di saat ini ada keluargaku yg bersedih hati. kembalikanlah keceriaan diwajahnya. آمِيّنْ

8. Ya Allah jika disaat ini ada keluargaku yg berada dipersimpangan jalan yang berliku, tunjukkanlah jalan yg diredai oleh Mu.

9.Ya Allah engkau jadikanlah keluargaku semua, keluarga yg bahagia.

آمِيّنْ آمِيّنْ آمِيّنْ يَا رَبَّ العَـــالَمِيْن

Mohon Engkau perkenan dan terimalah doa kami Ya Allah

🕋🕌

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Modal Hidup Senang

Modal terbesar hidup senang adalah KESIHATAN.

Tak sihat, takda orang nak ambil kerja.
Tak sihat, tak mampu nak buat kerja.
Tak sihat, kos ubat ribu-ribu belanja.
Tak sihat, orang pun tak kawan.



Dah ada insurans kesihatan?

Belum ada???

Awak tak sihat, orang kasi-han aja.
Kasi wang payah sekali.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

"Anak Berapa Orang ? Isteri Kerja Ke ?"

Perasan tak, bila dengar seseorang meninggal mengejut (terutamanya bila usia muda), secara automatic kita akan bertanya:

1) Anak berapa orang?
2) Anak2 umur berapa?
3) Isteri kerja ke?
4) Sakit apa?

Tanpa sedar kita sebenarnya tertanya-tanya macamana keluarga si mati akan teruskan kehidupan selepas kematian arwah..

Macamna ye? Anak2 teruskan persekolahan tanpa masalah kewangan?



Bagaimana perbelanjaan sehari hari selepas meninggal arwah sebagai pencari nafkah keluarga?

Alangkah bersyukur selepas kita dapat jawapan di atas, ada satu ayat sambungan.......

“ Oh, ARWAH ada polisi TAKAFUL (HIBAH) RM500,000 untuk keluarga?”

Lega hati bila kita dengarkan.....

Nak tahu lebih lanjut bagaimana caranya?

Hubungi abg ye

0134044072

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Claim Kad Hospital - Senawang Specialist Hospital - Kencing Tikus - RM 5,834

Anak klien demam on off.
Bawak g hospital.
Cek lab positif kencing tikus.

Guna medical card Zurich Takaful.
Bil semua Rm5,800 untuk 4 hari. 😲
Mau melompat kalau kena bayar cash. Sib ada medical card. 😘



Bahaya weh kencing tikus. Silap haribulan boleh maut kalau tak dirawat.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus

Monday, March 5, 2018

Perginya Tanpa Petanda

Suami meninggal dunia mengejut.
Nak tak nak, isteri kena terima.

Pengalaman abg buat takaful, belum pernah lagi hari ni suami meninggal, esok isteri dah masuk kerja. Paling kejap pun isteri mesti akan cuti seminggu untuk uruskan macam-macam hal.


Seorang isteri yang kehilangan suami mengejut akan memerlukan masa untuk bangkit semula. Daripada 2 income, tiba-tiba jadi 1 income, dengan komitmen perbelanjaan yang sama, siapa tak kalut ?

Tu belum fikir masalah emosi nak uruskan anak-anak kecik. Ada yang pergi kerja menangis, balik kerja menangis, gara-gara masih belum dapat terima kenyataan kematian orang tersayang yang juga ketua dalam keluarganya.

Pampasan takaful bagi yang ada ambil takaful, pastinya dapat bantu ringankan beban kewangan si isteri .

Siapa yang nak bagi 500k bila suami meninggal? 
Melainkan suami ada daftar takaful.

Harta yang lain semua dah ada 'hak' yang tunggu.

Duit takaful tu lah nak buat sara hidup, nak bayar hutang, nak besarkan anak, macam-macam lagilah. Ada duit, nak cuti sebulan pun boleh. Tak ada duit, sabtu ahad pun tak tinggal buat kerja.

*Gambar tahun lepas masa melawat klien kat ICU accident.

About Author:

Konsultan MAA Takaful. Nak sembang takaful boleh whatsapp bila-bila 013-404 4072


Let's Get Connected: Twitter | Facebook | Google Plus